Hadis Pertama
TANGGUNG JAWAB RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَانَتْ بَنُوْ إِسْرَائِيْلَ تَسُوْسُهُمُ الْاَنْبِيَاءُ , كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ , وَ أَنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِيْ , وَسَيَكُوْنُ خُلَفَاءُ فَيَكْثِرُوْنَ . قَالُوْا : فَمَا تَأْمُرُنَا ؟ قَالَ : فُوْا بِبَيْعَةِ الْاَوَّلِ فَالْاَوَّلِ , أُعْطُوْهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ .
(رواه البخاري ومسلم )
Terjemahan Hadis .
Daripada Abi Hurairah r.a berkata “Bahawa Rasulullah SAW bersabda:” Nabi –Nabi adalah pemimpin – pemimpin politik Bani Israil . Tiap –tiap seorang Nabi mati ia digantikan oleh Nabi yang lain, dan sesungguhnya tiada Nabi lagi selepas aku , dan akan muncul khalifah yang ramai .Mereka berkata :”Apakah perintah anda kepada kami ?”. Rasulullah SAW bersabda :”Tepatilah baiah kamu kepada khalifah yang pertama dan yang berikutnya ,dan berikan hak-hak mereka .Kerana sesungguhnya Allah akan bertanya tentang pimpinan yang diserahkan Allah di tangan mereka .
(H.Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) .
Keterangan mengenai perawi Hadis .
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah , Abu Hurairah ialah Abdul Rahman bin Dhakhrun , ia sendiri telah menerangkan bahawa di masa jahiliyah namanya Abdul Syamsi (Hamba matahari) setelah Islam ia ditukar dengan Abdul Rahman .
Beliau mendapat nama Abu Hurairah kerana Rasulullah SAW melihat anak kucing bergantung pada lengan bajunya , lalu beliau dipanggil Abu Hurairah .
Beliau telah meriwayatkan sebnayak 5,394 hadis dan hanya 300 dipersetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim dan 418 hadis yang dipersetujui oleh Al-Bukhari .Imam Syafie mengatakan bahawa Abu Hurairah seorang yang banyak menghafaz hadis .
Nilai Hadis .
Hadis ini adalah hadis yang menerangkan tentang hak yang perlu ditunaikan oleh seorang pemimpin , dan tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin.
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Nabi sebagai pemimpin politik umat .
Hadis ini menerangkan bahawa Bani Israil dipimpin oleh para nabi mereka , di antara mereka ialah Nabi Sulaiman AS dan Nabi Daud AS adalah sebagai pemimpin nombor satu di Negeri Pelastin ,Nabi Musa AS selepas menjatuhkan Fir’un di Mesir , Nabi –nabi yang terdahulu seperti Adam AS , Nuh AS dan lain-lain sebagai pemimpin . Ada yang sebagai pemimpin nombor satu dan ada yang tidak menjadi pemimpin nombor satu .Kalau mereka tidak menjadi pemimpin mereka adalah sebagai pembangkang seperti Nabi Ibrahim AS, Zakaria AS, Yahya AS .Isa AS dan lain –lain
2.Seorang Nabi yang wafat akan digantikan dengan Nabi yang lain sesudahnya .
2.1.Nabi pada bahasa ialah orang yang membawa perkhabaran mengenai perkara – perkara ghaib . Pada istilah nabi ialah orang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan diberi wahyu untuk diirinya sahaja , tidak disuruh menyampaikan kepada orang lain .Ia menjadi contoh ikutan kepada orang ramai .
Beriman kepada nabi –nabi yang diutuskan oleh Allah itu merupakan satu daripada rukun iman , tiap-tiap orang Islam wajib mempercayainya , firman Allah SWT yang bermaksud :
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi .
(Al-Baqarah :177)
Nabi – nabi itu dipilih Allah silih berganti , bermula dari Nabi Adam AS hingga nabi akhir zaman Nabi Muhammad SAW mereka itu bersifat dengan :
(i)Benar , firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi.
(Mariam : 41)
(ii)Menyempurnakan janji ,firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. (Mariam : 54 )
Dan lain –lain sifat yang mahmudah yang tidak mencacatkannya sebagai orang yang mulia di sisi Allah SWT . Dan mempunyai tabiat yang sama dengan tabiat – tabiat yang ada pada manusia lain seperti makan , minum dan berkahwin firman Allah SWT yang bermaksud :
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (Ali Imran : 79)
Bilangan nabi sangat ramai ,di dalam hadis berikut ada menerangkan bilangan nabi :
قَال أبو ذر " قُلْتُ : يَا رَسُوْل َ اللهِ كَمْ وَفَاءُ عِدَّةُ الاَنْبِيَاءُ قَالَ : مِائَةِ أَلْفٍ وَاَرْبَعَةُ وَعِشْرُوْنَ أَلَفًا , الرَسُلُ مِنْ ذَلِكَ ثَلاَثُمِائَةٍ وَخَمْسَةُ عَشَرَ جّمًّا غَفِيْرًا . رواه أبي أمامة .(
Ertinya: kata Abu Zar .Aku bertanya :”Wahai Rasulullah berapa bilangan nabi –nabi .Jawab baginda:”124,000 orang dan 305 0rang adalah menjadi rasul .
(Riwayat Abu Amamah ).
2.2.Nabi Muhamad SAW penutup sekalian nabi :
Hadis ini menerangkan bahawa Nabi Muhammad SAW nabi yang terakhir , maka tiada lagi nabi dan Rasul selepas baginda, firman Allah yang bermaksud:
3.Khalifah pengganti Nabi- nabi .
“Baginda Rasulullah menerangkan bahawa selepasNya tidak ada nabi lagi , ia akan digantikan dengan khalifah.”
3.1.Takrif khalifah :
Khalifah ertinya pengganti . Ia dimaksudkan kepada suatu jawatan ketua umum dalam Negara Islam yang bertanggungjawab mentadbir urusan dunia dan hal ehwal agama selepas Rasulullah .Kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya ada sama dengan Rasulullah setiap orang hendaklah patuh kepada segala perintahnya ..
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An’am :165 )
3.2.Tugas Khalifah :
Tugas khalifah ialah memimpin umat manusia dengan memberi panduan – panduan ke jalan yang benar dan menyelesaikan masalah mereka mengikut dasar- dasar yang telah ditetapkan Allah SWT.
4.Tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin
4.1.Menepati bai’ah kepada pemimpin.
Untuk menegakkan Negara yang kuat mestilah berlaku hubungan yang erat di antara pemimpin dan rakyat,maka Islam telah mewajibkan suatu perkara yang dinamakan bai’ah ,tujuannya ialah untuk mengwujudkan ketaatannya dan menunaikan kewajipan oleh semua pihak dengan ikrar dan perjanjian yang dimenteraikan di antara pemimpin dan rakyat
4.2.Menunaikan hak – hak pemimpin
Rakyat hendalah menunaikan semua hak mereka terhadap pemimpin , di antaranya :
(a)Taat kepda perintah pemimpin di dalam perkara yang tidak maksiat .Adapun dalam perkara maksiat maka tidak perlu taat , firman Alllah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An –Nisa’ : 59 )
Sabda Rasulullah Saw :
لآَ طَاعَةَ لِمَخْلوْقٍ فِي مَعْصِيَّةِ الْخَالِقِ
”Tidak harus taat kepada makhluk dalam perkara menderhakai Tuhan “.
(b) Menolong dan memberi nasihat .Apabila pemimpin menunaikan kewajipannya mengikut Islam maka wajiblah rakyat menyokong dan menolongnya terutama apabila Negara menghadapi ancaman dan gangguan luar Negara dan dalamnya .Dan wajib juga menolong untuk menjayakan usahanya ,kerana usahanya untuk kebaikan dan mencegah kemungkaran .
Dengan berlakunya rakyat menunaikan hak-haknya terhadap pemimpin dan pemimpin menunaikan hak terhadap rakyat maka terlaksanalah tanggungjawab kedua belah pihak ,yang mana pemimpin akan ditanya oleh Allah atas pimpinannya sabda Rasulullah SAW :
عَنْ ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ . فَالْاَمِيْرُ الَّذِيْ عَلَي النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ , وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى اَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُمْ , وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ , وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَي مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ . أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ . (متفق عليه ).
Terjemahan :”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya . ( Hadis sahih )
Pengajaran Hadis .
1.Nabi –nabi adalah pemimpin politik sesuatu kaum .contohnya kaum Bani Israil dipimpin oleh sebahagian besar nabi –nabi mereka .
2.Nabi Muhammad SAW adalah penutup semua nabi dan rasul, maka tidak ada kebangkitan nabi dan rasul selepas baginda .
3.Khalifah adalah sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW selepas baginda wafat .
4.Wajib taat kepada bai’ah yang diberikan kepada khalifah .
5.Rakyat hendaklah menunaikan tanggungjawab mereka terhadap pemimpin dengan sempurna
Ahli -ahli PAS hendaklah taat kepada perintah presiden PAS.
Pembaca blog ini akan berpeluang melihat dan mengambil pengajaran hadis - hadis mengenai politik sebanyak 20 keluaran.
Ustaz haji Zakaria bin Haji Omar Setiausaha PAS Cawangan Lubuk Kawah Temerloh .
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment