SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, May 17, 2012

Adab – adab suami terhadap isteri .

1.Mengajar dan mendidik ilmu fardu ain kepada isterinya, terutamanya hukum berkaitan fiqah wanita.
2.Hendaklah menyuruh isterinya supaya tekun menunaikan solat.Jika isteri ingkar maka tidurlah terpisah satu hingga tiga malam dan jika masih tidak berubah (masih ingkar), maka pukullah tetapi jangan sampai mencederakan si isteri.
3.Bersabar dengan karenah isteri.sabda Nabi S.a.w.”Sesiapa bersabar di atas perangai buruk isterinya, dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti yang diberikan kepada nabi Aub dan sesiapa (isteri) bersabar di atas perangai buruk suaminya nescaya dia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti Asiyah isteri kepada Firun.”
4.Menegur dengan berhikmah jika ada perbuatan isteri yang menyalahi syarak.
5.Berlemah lembut dalam pergaulan dengan isteri.
6.Cemburu tidak keterlaluan .tidak boleh cemburu dipengaruhi oleh emosi yang berlebihan sehingga menyebabkan berlakunya sengketa.
7.Menjaga penampilan, kemas dan bersih .Ibnu Abass berkata:”sesungguhnya aku senang berhias untuk isteriku sebagaimana aku senang jika isteriku berhias untukku.”
8.Reda akan isterinya kerana itu akan memudahkan masuk syurga .

No comments:

Post a Comment