SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, May 31, 2012

Menutup Pintu Maksiat .

Menutup Pintu Maksiat .
Pintu taubat sentiasa terbuka selagi pintunya belum ditutup iaitu ketika nyawa sampai kehalqum dan Qiamat telah berlaku .Sabda Rasulullah SAW “ Setiap sering orang melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang sering melakukan kesalaha ialah yang sering bertaubat kepadaNya .”
Cara bertaubat kepada Allah SWT :
1. Seorang yang bertaubat itu hendaklah Ikhlas dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah . Nescaya Allah akan menerima taubatNya,Apabila seorang bersih dan ikhlas dalam ibadatnya maka hatinya sentisa ingat kepada Allah maka terjauhlah ia maksiat .
2. Seerorang yang bertaubat itu hendaklah bersungguh –sungguh .kerana dengan bersungguh –sungguh itu maka ia dapat menundukkan nafsu sahwatnya.
3. Seorang bertaubat itu hendaklah sentiasa ingat akan akhirat,maka lupa ia akan dunia yang mempunyai tipu daya itu .Kerana nikmat yang akan iterima di akirat nanti adalah berganda –ganda lebihnya dari nikmat dunia yang rasai hari ini .
4. Seorang bertaubat hendaklah penuhi masa lapangnya perkara –perkara yang manfaat dengan ini akan menjauhkan dari melakukan maksiat .
5. Seroang bertaubat hendaklah menutup pintu –pintu yang boleh ia melakukan maksiat semula.
6. Seorang yang bertaubat hendak menutup pandangan yang boleh membawa kepada maksiat , Kerana dari mata akan membawa kehati .
7. Seorang bertubat hendaklah bercampur gaul dengan ulamak dan orang soleh .Kerana teman yang baik akan menegur apabila didapati temannya melakukan maksiat.
8. Seorang yang bertaubat hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah, semoga Allah menerima taubatnya , kerana Allah yang maha meneriam Taubat .

No comments:

Post a Comment