Menghargai pengorbanan guru
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan inayahNya kita sekali lagi dapat menyambut Hari guru pada 16 Mei yang mencatat sejarah tersendiri buat warga pendidik diseluruh Negara.Ianya merupakan tarikh keramat buat insan bergelar guru.kenangilah jasa dan pengorbanan mereka buat selama-lamanya.
Guru diertikan sebagai orang yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seseorang.Dalam ertikata lain,guru juga diibaratkan sebagai penterbiyaj,ejen perubahan dalam peningkatan mendidik atau membina ilmu.Guru merupakan orang yang berilmu dan Allah SWT akan mengangkatkan mereka dengan beberapa darjat.Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11 yang bermaksud :”, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
Guru menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan jenerasi pelajar yang berkualiti bagi memenuhi hasrat bangsa dan Negara.Guru juga bertanggungjawab dalam mencari dan menyuburkan nilai murni.Semangat tekun serta bersungguh-sungguh dalam membina Negara yang utuh dan budaya saing .Diantara contoh guru yang boleh dijadikan panduan ialah :
Pertama :Jibril yang mengajar baginda Rasulullah SAW melalui wahyu pertama dengan meminta baginda Rasulullah SAW membaca beberapa kali dan diajarnya sehingga baginda rasulullah saw dapat membaca dengan baik.
Kedua :Baginda Rasulullah saw sendiri merupakan guru yang terbaik lantas mengajar pula kepada para sahabat untuk disampaikan kepada pengikutnya.
Ketiga :Khatib juga dikategorikan sebagai guru kerana menyampaikan nasihat dan tunjuk ajar kepada siding Jemaah.Maka siding Jemaah diingatkan supaya memberi tumpuan sepenuhnya kepada khutubah (nasihat yang diperkatakan).
Perana guru dalam masyarakat sekarang bertambah dan penting sekali oleh kerana masyarakat sentiasa berubah dari segi bentuk dan keperluan,maka guru bukan sahaja mengajar di sekolah,malah membimbing,mengasuh,memberi nasihat di luar sekolah, diantara lain perana guru ialah :
1.Menentukan perubahan dalam objektib,metalamat,halatuju berkonsepkan ilmu.
2.Membentuk sikap,nilai dan akhlak manusia.
3.Menjadikan manusia mengenal Allah SWT.
4.Mengajar manusia beriman kepada Allah dengan keimanan yang teguh,kental dan sebati dalam jiwa.
5.Mendidik pelajar tentang kaitan agama dengan matapelajaran yang lain seperti Sains dan Geografi boleh dikaitan dengan kuasa Allah.
6.Mempertingkatkan mutu pendidikan selaras dengan falasafah pendidikan Negara.
Jelaslah kepada kita seorang insan yang bergelar guru perlu memberi sepenuh perhatian terhadap murid atau anak didiknya,memberi galakkan dan bimbingan kepadanya untuk mencapai kemajuan dan memberi pujian apabila mereka beroleh kejayaan, setiap kesalahan perlu diberi teguran dan keritikan yang membina.Guru yang benar –benar Berjaya dalam pengajarannya ialah guru yang sanggup berkorban untuk keceriaan dan kebahgiaan orang lain,biarpun dirinya sendiri menghadapi berbagai onak dan duri , namun dalam menempuh rintangan dan dugaan yang mencabar tugas guru memerlukan ketekunan, ketabahan , kegigihan , inisiatif dan kecekalan .Begitulah pahit maung buat insan yang bergelar guru.
Bagi mengiratkan lagi hubungan murid dan guru Agama Islam telah menggariskan beberapa adab supaya mereka menghormati dan menyayangi guru.antaranya ialah :
1.memberi salam ketika bertemu guru.
2.memandang mereka dengan penuh kemuliaan
3.menunaikan tugas dan tanggungjawab kepada mereka
4.duduk dengan penuh tertib di hadapan mereka.
5,mendengar dan memberi tumpuan serta ingat apa yang mereka sampaikan.
6.mengenang jasa dan pengorbanan mereka
7.tidak memberkecilkan /menguji mereka dengan berbagai cara.
8.mendoakan kebaikan untuk mereka .
Tidak menghormati guru dan nasihat ibubapa boleh mengakibatkan manusia menjadi liar.manusia akan rosak dan runtuh akhlaknya,manusia akan dimurkai Allah dan manusia akan dibenci masyarakat sekeliling .jadikan diri kita insan atau manusia yang berguna,manusia yang disukai oleh Allah dan manusia yang disukai dan disenangi oleh masyarakat.
Sesungguhnya hari guru yang disambut saban tahun memberi peluang kepada kita untuk melahirkan terima kasih dan penghargaan atas khidmat bakti jua pengorbanan guru yang tidak jemu –jemu mendidik anak bangsa kita.Sesungguhnya tanggungjawab gurulah membina bangsa bersatupadu dan mengecapi kesejahteraan hidup dalam Negara berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan.Menghargai jasa guru bukanlah hanya dibangku sekolah dan sejauh sekali sekadar mengingatinya dan seketika sahaja atau hanya setahun sekali ketika sambuta hari guru.Sebaliknya jasa mereka perlu dikenang dan dihargai sepanjang masa dan disepanjang hayat kita ini kerana sumbangan dan jasa serta pengorbanan mereka tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.pengorbanan mereka tiada tolok bandingnya ,mereka yang Berjaya hari ini adalah hasil dari asuhan dan didikan guru.Guru mempekenalkan merek erti sebuah kehidupan dalam dunia yang penuh mencabar.
Setiap murid ada cara tersendiri untuk menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada guru antaranya :
1.Dengan memberi hadiah 2.dengan kata –kata pujian/sanjungan yang diungkapkan.
3.Dengan mengikut nasihat dan patuh kepada jarannya. 4.dengan menegur sapa dan mengingati kembali apa yang pernah diajar oleh guru mereka.
Satu persolan yang timbul dibenak kita tentang jasa dan pengorbanan guru iaitu berapa ramaikah yang masih ingat kepada guru yang pernah mengajar dan mendidik kita ?adakah kita pergi menziarahi mereka,setidak-tidaknya sekali dalam setahun ketika pulang ke kampong halaman? Jawapannya tentu ada tetapi bilangannya mungkin tiidak ramai,jika dibandingkan dengan ribuan muridnya ketika di bangku sekolah.Apakah mereka yang tidak bersua dan menziarahi mereka dianggap tidak menghormati dan menghargai guru? Inilah perkara – perkara yang perlu dilakukan dan perlu difikirkan oleh kita serta jenerasi kita hari ini.
Sesungguhnya seorang guru tidaklah mengharapkan balasan dari anak muridnya.Jauh sekali dari meminta hadiah berupa wang ringgit sebagai tanda penghargaan,tetapi apa yang diharapkan agar anak didiknya menjadi insan yang Berjaya dan menjadi insan kamil yang mendapat rahmat dan keridaan dari Allah di dunia dan akhirat.
Apakah perasaan seorang guru seandainya mereka mendapati ada di kalangan bekas anak didiknya menjadi tokoh besar dalam bidang –bidang tertentu ? Tentulah sekali mereka berbangga dan berpuashati atas kejayaan mereka,sebaliknya apakah pula perasaan mereka mendapati ada di kalangan mereka terlibat dalam perkara – perkara yang tidak bermanfaat seperti dalam penagihan dadah,jenayah,perjudian dan pelbagai kegiatan yang tidak bermoral ? fikir-fikirkanlah ???”Selamat menyambut hari guru “.
Al Marhum Tuan Guru Haji Hasanuddin Muhammad - Pendidik dan pendakwah yang tersuhur di Pahang.
Guruku yang sangat ana kasihi,
selamat hari guru kepada seluruh guru di Malaysia.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
58 seconds ago
No comments:
Post a Comment