SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, May 25, 2012

IKTIBAR DARIPADA SEBATANG PENSEL

Seorang ibu memberi ingatan kepada anaknya hendaklah kamu menjadi sebatang pensel,
1.pensel mengingatkan kamu jika kamu boleh membuat sesuatu yang hibat , jangan lupa ada yang memegangnya,ingatlah bahawa ada orang yang membimbing langkah hidup kamu iaitu Allah.
2.ketika kamu menulis, adakalanya pensel menjadi tumpul, maka kamu terpaksa mengasahnya,pensel itu pasti menderita ketiak diraut (diketam),tetapi pensel itu akan tajam dan elok tulisannya.Begitulah hidup kamu mestilah berani mengalami kesukaran dan penderitaan ia menjadikan baja untuk kamu beroleh kebagiaan.
3.diwaktu menulis kemungkinan berlaku kesalahan, maka kita padamkan yang salah , buat pembetulan, begitulah dalam hidup ini kita mesti membetulkan kesalahan kita dan minta maaf .
4.Di dalam pensel ada arang , seperti dalam manusia ada hati , maka selalu berjaga -jaga dengan perkara yang tidak baik dalam diri kamu dan hindarkan dia .
5.pensel akan meninggalkan goresan (tanda /tulisan),begitulah dalam hidup kamu ,kamu akan meninggalkan kesan ke atas diri kamu atau orang lain.maka tindak tanduk kamu hendaklah berhati -hati supaya kesannya membawa natijah yang baik kepada kamu dan orang lain .

No comments:

Post a Comment