Membentuk Jenarasi Masjid
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk. ( Taubah :18)
Ayat di atas , Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa di antara tanda – tanda keimanan seseorang itu adalah terletak di atas kesungguhan dan kecintaan untuk memakmurkan rumah – rumah Allah ( Surau dan Masjid ).
Sesungguhnya adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap muslimin menjadikan rumah – rumah Allah sebagai tempat tumpuan jasad dan hati bagi mendekatkan diri kepada Allah .Orang yang mengunjungi dan cintakan kepada rumah – rumah Allah ini adalah terdiri daripada mereka yang mencintai dan mentaati Allah dan RasulNya.
Manakala orang – orang yang membenci dan menjauhkan diri daripada rumah Allah atau menghalang seseorang untuk memakmurkannya adalah tergolong daripada orang – orang yang tidak mencintai Allah dan RasulNya .Ini kerana perbuatan menjauhkan diri dari masjid dan surau , jelas bertentangan dengan kehendak perintah Allah dan RasulNya serta tergulung daripada orang – orang yang tidak mendapat rahmat Allah .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Daripada Othman bin Affan berkata “ Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa yang berwudhuk untuk bersembahyang maka ia menyempurnakan wudhuknya kemudian berjalan untuk bersembahyang bersama –sama atau bersama – sama jamaah atau masjid maka diampunkan Allah dosa-dosanya .
Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang yang beriman untuk membina dan membentuk jenarasi muda sebagai perawis untuk memakmurkan masjid – masjid pada hari ini dan akan datang .Tanggungjawab ini ialah bagi membentuk hati –hati yang cinta dan sayangkan kepada kemakmuran rumah –rumah Allah .Jenarasi yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid adalah merupakan jenerasi yang akan memberi keamanan dan ketenteraman kepada masyarakatnya untuk melakukan perkara makruf dan mencegah daripada kemungkaran, malah mereka ini tergolong daripada golongan yang akan mendapat perlindugan Allah di akhirat .
Kalau kita ingin melihat jenerasi ini akan menjadi pemakmur – pemakmur masjid maka tindakan yang sewajarnya mestilah dilakukan bermula dari sekarang agar masjdi –masjid tidak akan bermegah dengan keindahan bangunannya sahaja tetapi kosong sepi daripada majlis –majlis ilmu.
Di antara langkah-langkah tersebut ialah peranan ibubapa, mereka ini mestilah menjadi suri teladan kepada anak – anak dengan menunjukkan minat yang mendalam untuk mengunjungi dan bersama –sama berjemaah di masjid dan surau .Ini kerana ibubapa yang taat dan rajin ke masjid dan ditambah dengan asuhan yang bersungguh –sungguh mendidik anak –anak agar jinak dan rapat dengan masjid akan melahirkan jenerasi yang akan beriman dan bertaqwa serta sentiasa mengingati Allah dan pengisi kepada kemakmuran masjdi.Sikap sambil lewa dan memandang ringan tanggungjawab melahirkan jenerasi masjid ini telah menyebabkan ibubapa lebih berminat mengunjungi tempat –tempat hiburan dan berjyal beli serta membawa keluarga bersama –sama.Bertambah malang lagi setenga-tengah ibubapa melalaikan anak –anak ditempat tersebut sewaktu azan maghrib dikemudangkan, sedangkan diwaktu tersebut orang –orang Islam digalakkan ke masjdi untuk bersembahyang jamaah .
Sikap ibubapa yang membiarkan anak –anak lalai dengan program tv sewaktu umat islam menuju ke masjid dan surau untuk bersembahyang jamaah adalah merupakan menyumbang besar kepada sikap tidak berminat dan menjauhkan diri daripada masjid oleh jenerasi hari ini.
Oleh itu sebagai langkah membetulkan suasana yang serba pincang ini dan mengembalikan suasan jenerasi yang mencintai masjid maka ibubapa sewajar mengambil langkah bijak dan diridhai oleh Allah dengan kembali kelandasan yang betul iaitu kembali mengikuti jalan –jalan yang benar sebagai mana yang ditentukan Allah dan RasulNya dan menghidupkan sunnah Rasulullah dan memakmurkan masjdi .Allah juga menuntut agar manusia kembali kejalanNya ,iaitu kembali mengikut fitrah kejadiannya sebagai makhluk yang baik dan sempurna .Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud :
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
Apa yang berlaku kepada jenerasi hari ini akan menjadi sebahagian daripada perkara yang akan dipersoalkan oleh Allah diakhirat nanti .Apakah amah membentuk jenerasi yang beriman dan bertaqwa telah dilaksanakan ? maka beruntung dan bergembiralah orang – orang yang Berjaya mendidik jenerasinya menjadi hamba Allah sebenar –benarnya , malanglah orang –orang yang membiarkan jenerasinya menjadi seorang yang ingkar dan sombong kepada Allah dan RasulNya, kelak di akhirat nanti ia akan dicampakkan oleh Allah ke dalam neraka bersama jenerasinya sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Setiap kamu adalah pemimpin dam setiap kamu bertanggungjawab dengan yang dipimpinnya.maka pemerintah bertanggungjawab kepada manusia (rakyatnya) dan orang lelaki bertanggungjawab kepada ahli kerluarganya .
masjid yang indah banyak aktiviti membentuk jenerasi masjid
jangan biarkan masjid indah tidak jamaah yang datang.
sediakan guru yang berkelayakkan untuk menarik jenerasi muda
jadikan jenerasi mengikuti kuliah di masjid.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
5 minutes ago
No comments:
Post a Comment