SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, July 6, 2012

Tazkirah 5,Pagi Jumaat 6.7.2012.Balasan orang yang minum arak.

arak minuman yang bahaya .
Sabda Rasulullah saw :
لعن اللهُ الخمر وبايعها وشاربها ومشتريها .
Allah SWT melaknat kepada pembuat arak,yang menjualnya, yang membelinya dan yang meminumnya.
Sabda Rasulullah saw ,”Orang yang minum arak pada hari kiamat kelak dengan keadaan hitam mukanya dan merah dua biji matanya,lidahnya menjelir sampai ke dada , maka keluar dari mulutnya nanah , orang ramai telalu benci kepadanya,oleh itu dilarang memberi salam dan ziarahnya waktu sakit dan jangan sembahyang jenazahnya , bahawasanya Allah menyiksanya seperti siksa orang mendrhaka kepada dua ibu bapa, dan barangsiapa meminum arak di dunia maka diharam kepada di akhirat nanti .
Sabda Rasulullah saw ,”Orang yang minum arak akan dikeluarkan dari kuburnya lebih busuk dari bangkai dengan keadaan membawa tergantung lampu minyak tanah pada lehernya,dan satu mangkuk di tangannya , dibadannya penuh dengan ular dan kala, dipakai kasut daripada neraka yang terlalu panas sehingga mengelegak otaknya, dan didudukkan sama dengan Firun,Qarun dan Hamman “.
Aisyah meriwayatkan , bahawa Nabi Muhammad saw bersabda ,”Barang siapa meminum satu teguk arak , akan dibinasakan tubuhnya dengan digigit oleh ular, kala dan lipan sehingga hari Qiamat, barang siapa menyampaikan hajat orang minum arak maka seolah –olah ia meruntuhkan agama Islam , dan barang siapa memberi pinjam kepada seorang satu dirham untuk minum arak maka seolah –olah ia membantu membunuh seorang muslim yang soleh dan barang siapa yang menghalalkan arak maka orang itu lepas dari aku dan aku terlepas darinya .”
Salma r,a meriwayatkan bahawa ia dengar Rasulullah bersabda ,”Barang siapa minum arak Allah tidak menerima amalnya tujuh hari dan dihilangkan akalnya, dan tidak diterima kebajikannya selama 40 hari,jika ia meninggal dunia dalam tempuh tersebut maka keadaannya diceritakan oleh Ibnu Masud r,a daripada Rasulullah ,”Bahawa orang yang minum arak sebanya empat kali akan disiksa dengan beberapa siksaan , di masukkan ke tempat bernama “Sijjin” dan juga tidak diterima sembahyang dan sedekahnya , melainkan jika ia bertaubat .

No comments:

Post a Comment