orang yang melambat - lambatkan solat dari waktunya tidak perlu ditaati.
عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "سَيَلِيْ أُمُوْرَكُمْ بَعْدِيْ رِجَالٌ يَطْفِئُوْنَ السُّنَّةَ وَيَعْمَلُوْنَ بِالْبِدْعَةِ وَيُؤْخَرُوْنَ الصَّلاَةَ عَنْ مَواقِيْتِهَا . فَقُلْتُ : يَا رِسُوْلَ اللهِ ! إِنْ أَدْرَكْتُهُمْ كَيْفَ أَفْعَلُ ؟ قَالَ تَسْأَلُنِيْ يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ كَيْفَ تَغْعَلُ ؟ لاَ طَاعَةَ لِمَنْ عَصَي ْ اللهَ . (رواه ابت ماجه , احمد , عبدالله بن احمد و الطباراني .)
Terjemahan Hadis.
Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a katanya .Bersabda Rasulullah SAW :”Pemerintahan kamu akan dikuasai sesudahku oleh lelaki yang akan memadamkan sunnah dan mereka melakukan bid’ah dan mereka menlambat-lambatkan solat dari waktunya ! Saya berkata :Ya Rasulullah ! Jika saya mendapati mereka bagaimanakah saya akan lakukan ? Rasulullah SAW bersabda :Engkau tanyak kepadaku . hai Ibnu Ummu Abdin bagaimana engkau hendak lakukan ? Tidak ada ketaatan bagi orang yang menderhakakan Allah .” (Hadis riwayat Ibnu Majah ,Ahmad , Ahmad bin Abdullah dan at-Tabarani ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib Al-Hazli . Beliau adalah antara orang – orang yang mendahului memeluk Islam serta terhitung dari golongan pembesar sahabat rasul ,dan beliau
adalah orang yang amat berani membaca al-Quran di Mekah secara terang –terang hingga kerananya dia pernah diseksa .
Di samping itu Abdullah bin Mas’ud adalah khadam rasul yang setia , ke mana saja rasul pergi ,beliau tidak ketinggalan turut sama .Beliau tidak pernah berenggang dari rasulullah samada di rumah mahupun dalam perjalanan , dan beliau terkenal dalam kalangan sahabat sebagai penyimpan rahsia rasulullah .
Beliau adalah seorang yang sangat kurus badannya , hitam warnanya lagi pendek .Tetapi ini tidaklah menjadi kurang dan hina peribadinya , kerana beliau adalah lautan ilmu dan karung yang penuh tepu dengan pengetahuan .Demikian menurut pengakuan Saidina Omar sendiri kepada beliau .
Pada suatu hari pernah para sahabat tertawa melihat kedua belah kakinya yang kurus .rasulullah pada saat itu berkata : Bahawa kaki Abdullah dalam timbangan kebih berat dari bukit Uhud .Sebab itu tak usahlah diketawakan kerana kurus kedua belah kakinya , kerana yang menjadi ukuran ialah amalnya bukan kedua belah kakinya .
Abdullah pernah menjadi pengurus baitul Mal di Kufah setelah Rasul wafat , dan beliau banyak meriwayatkan hadis .Menurut riwayat ada sebanyak 848 hadis yang disebut di dalam kitab al-Bukhari dan Muslim .
Nilai Hadis
Hadis in mempunyai niali yang sangat besar kepada umat Islam di dalam menjalani hidup berpolitik , bahawa di larang mentaati pemimpin yang derhaka kepada Allah .
Keterangan Hadis secara terperinci
1.Ciri – ciri pemimpin selepas Rasulullah SAW :
(a)Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW .
(b)Beramal dengan bid’ah .
(c)Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya .
Ketearangan :
Rasulullah SAW menerangkan kepada kita bahawa pada zaman selepasnya akan diperintah oleh orang yang tidak beramal dengan sunnahNya , maka mereka ini adalah dikalangan orang – orang menderhaka kepada Allah dan Rasulnya , kerana mentaati Allah dan Rasulnya adalah satu kewajipan yang
mesti dilakukan, beramal dengan sunnah Rasulullah adalah termasuk di dalam mentaatinya , kerana Rasulullah telah mengarahkan umatnya supaya beramal dengan sunnahnya, sebagaimana sabdanya :
فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ
Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat kebenaran dan pertunjuk dan gigitlah dengan gerham-gerham gigi (berpegang sungguh-sungguh).
Wasiat ini adalah satu perintah tegas kepada umat Islam untuk berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah para sahabat terbilang ( Abu Bakar .Umar . Othman dan Ali) mengenai akidah dan amal ibadat .
Juga akan diperintahkan oleh pemimpin yang beramal dengan bid’ah , mereka ini adalah orang yang menderhaka kepada Allah SWT , kerana perbuatan bid’ah adalah dilarang oleh Rasulullah SAW , dan di anggap orang yang sesat dan akan dimasukkan ke dalam neraka , sabda Rasulullah SAW :
أَمَّا بَعْدُ , فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ , وَإِنَّ أَفْضَلَ الْهَدْيَ هَدْيُ مُحَمَّدٍ , وَشَرُّ الْاُمُوْرِ مُحَدَّثَتُهَا , وَكَلُّ مُحَدَّثَةٍ بِدْعَةٌ , وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ , وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ .
رواه مسلم .
“Adapun kemudian daripada itu , maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah , dan sesungguhnya semulia –mulia pertunjuk itu ialah pertunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara itu ialah yang di ada-adakan, dan tiap –tiap yang di ada –adakan itu bid’ah , dan tiap –tiap bid’ah itu sesat dan tiap –tiap kesesatan itu di dalam neraka . (H.R.Muslim)
.
Bid’ah yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah bidah di dalam urusan agama sama ada akidah atau amal ibadat.
Terdapat juga pemimpin yang tidak indah kepada perintah Allah dan Rasulnya, seperti mengerjkan solat fardu lima waktu dengan lambat , tidak di awal waktu sedangkan Rasulullah SAW mengatakan bahawa mengerjakan solat awal waktu adalah seafdal-afdal amalan seperti sabdanya :
أَوَّلُ الْوَقْتِ رِضْوَانُ اللهِ , وَاَخِرُهُ عَفْوُ اللهِ , وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيُصَلِّيْ الصَّلاَةَ وَلَمْ يُخْرِجُهَا عَنْ وَقْتِهَا , وَلَمَا فَاتَهُ مِنْ اَوَّلِ الْوَقْتِ خَيْرٌ لَهُ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا .
Ertinya :Sembahyang pada awal waktunya mendapat keridhaan Allah , dan pada akhirnya mendapat keampunannya, apabila seseorang hamba itu akan mengerjakan sembahyang , dan tiada meluputkannya dari waktunya, dan tiada melambatkannya pula dari awal waktunya.adalah lebih utama baginya daripada dunia dan seisinya
Orang yang melengah – lengahkan solat itu adalah termasuk orang yang lalai dan akan dimasukkan ke dalam neraka wil , friman Allah SWT :
فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون .
4. (kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli solat -
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;
(Al _ Maaaun :4-5)
Orang yang melambat –lambat mengerjakan solat , tiadak mengerjakan pada awal waktu adalah dianggap menderhaka kepada Allah .
(2)Jangan mentaati mereka (pemimpin) yang derhaka kepada Allah yang terdapat tiga perkara :
(a) Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW
(b) Beramal dengan bid’ah .
(c) Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya
.Jika terdapat kepada pemimpin – pemimpin , maka mereka adalah menderhaka kepada Allah SWT, mereka yang menderhaka kepada Allah , tidak perlu mentaati perintahnya .ini jelas diterangkan diakhir hadis ini .
Pengajaran Hadis .
1.Pemimpin yang mempunyai tiga ciri berikut :
Pertama : Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW .
kedua : Beramal dengan bid’ah
Ketiga : Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya, maka ia adalah menderhaka kepada Allah SWT .
2.Jika terdapat pemimpin yang berbuat maksiat kepada Allah maka bolehlah rakyat mengambil tindakal dengan tidak mentaati perintahnya .
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment