SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, July 4, 2012

ciri -ciri mukmin sejati

memohon kepada Allah .
kayu yang besar yang menpunyai batang yang kuat dan teguh,daun dan buah yang lebat.
bersabar dan redha musibah yang mengenainya .
Ciri – ciri mukmin sejati banyak digambarkan di dalam al-Quran dan Hadis.Antaranya ialah :
1.Mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat,bercita –cita luhur untuk terus mengerjakan kebaikan dan sabar menghadapi cubaan.
Allah berjanji memberikan ganjaran kepada individu seperti ini menerusi firmanNya yang bermaksud :
97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.(Surah an-Nahli ayat 97 .)
2.Mukmin sejati sentiasa berbuat manfaat sama ada untuk diri sendiri atau terhadap orang lain.
Dalam al-Quran, Allah menggambarkan orang yang beriman itu laksana sepohon kayu besar yang mempunyai batang kuat dan teguh, daun rending dan buah lebat .Pohon seperti ini mendatangkan manfaat dan memberikan perlindungan kepada manusia,firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud :
24. tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) Bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah Yang baik adalah sebagai sebatang pohon Yang baik, Yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
3.Mukmin sejati hanya meminta pertolongan daripada Allah dalam menghadapi sesuatu kesulitan.
Berbanding orang lemah iman yang mudah hilang pertimbangan apabila berdepan dengan kesulitan,mukmin sejati menumpukan harapan hanya kepada Maha Pencipta.
4.Mukmin sejati tidak bersikap lemah,terutama dari segi kerohanian.
Mereka tidak mudah lemah semangat,sebaliknya sentiasa pasrah kepada Allah dan mengjngati amaran Allah swt menerusi firman yang bermaksud :
87. Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".(Surah Yusuf ayat 87 .)
5.Mukmin sejati tidak menyesal apa yang menimpanya, sebaliknya redha dengan apa sahaja ketentuan Allah swt.
Mereka akur bahawa kehidupan ini akan berdepan dengan kesenangan dan kesusahan secara silih berganti.Ia adalah ujian Maha Berkuasa.
( Us.Zakaria Omar).

No comments:

Post a Comment