SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, July 28, 2012

adab -adab orang yang berpuasa

Bersempenanya datang Ramadan marilah kita mengikuti adab – adab orang berpuasa.
1.Menyegerakan berbuka puasa .
Rasulullah SAW bersabda :
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ .
Sentiasalah manusia di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka .
Dan sabda Rasulullah SAW berfirman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling dikasihi dari hambaKu ialah yang paling segera berbuka .
2.Berbuka dengan tamar atau makanan manis atau air .
عَنْ أنس : كَانَ رَسٌوْلُ اللهِ (ص) يُحِبُّ اَنْ يُفْطِرَ عَلَي ثَلاَثِ تَمَرَاتٍ اَوْ لَمْ تُصِبْهُ النَّارُ .
Daripada Anas : Adalah Rasulullah SAW berbuka dengan tiga biji tamar atau suatu yang tidak dimasak dengan api .
3.Berdoa atau berzikir di masa berbuka .Daripada Ibn Abas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa :
اَللهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَعَلَي رِزْقِكَ اَفْطَرْنَا فَتَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ .
Wahai Tuhanku untuk engkau aku berpuasa dan dengan rezeki engkau aku bebuka,terimalah dari kami sesungguhNya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .
4.Bersahur .
عَنْ اَنَسٍ قَالَ رسول الله عليه وسلم : تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِيْ السَّحُوْرِ بَرَكَةٌ .
Daripada Anas Rasulullah SAW bersabda:”Hendaklah kamu bersahur kerana makan sahur itu berkat .”
5.Menyediakan makanan ( memberi makan) untuk orang berbuka puasa .Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ اَجْرُ صَائِمٍ وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَئٌ .
“Barang siapa memberi makan untuk berbuka bagi orang yang puasa, maka ia memperolehi pahala orang yang berpuasa dan orang yang berpuasa itu tidak kurang sedikit pun pahalanya.
6.Membanyakkan sedekah .
عَنْ اَنَسٍ , قِيْلَ يَا رَسُوْلَ الله اَيُّ الصَّدَقَةِ اَفْضَلُ , قَالَ : صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ .
Daripada Anas : Ditanya wahai Rasulullah : Apakah sedekah yang lebik baik ? Rasulullah SAW menjawab :”Sedekah di Bulan Ramadan .”
7.Membanyakkan membaca Al-Quran .
عن عبدالله بن عمر قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : اَلصِّيَامُ وَالْقُرْاَنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . يَقُوْلُ الصِّيَامُ اِيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهْوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفَعْنِي فِيْهِ . وَيَقُوْلُ الْقُرْاَنُ : مَنَعْتُه النَّوْمَ بِالْلَيْلِ فَشَفَعْنِي فِيْهِ . فَيَشْفَعَانِ .
Dari Abdullah bin Umar .Rasulullah SAW bersabda :”Puasa dan Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba di hari Kiamat .Puasa berkata :”Wahai Tuhanku aku telah menghalangnya dari makan dan nafsu di siang hari , maka berilah padaku keizinan untuk memberi syafaat kepadanya .AlQuran pula berkata : Aku telah menghalangnya dari tidur diwaktu malam maka berilah padaku keizinan untuk memberi syafaat kepadanya .Maka memberi syafaat kedua-duanya.”
8.Melakukan qiam Ramadan .
Abi Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“Barang siapa melakukan qiam di Bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu” .
9.Beritikaf di dalam masjid .
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : كَان النَّبِيُّ (ص) يَعْتَكِفُ اَلْعَشْرَالاَوَخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّي تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ .
Diriwayatkan oleh Aisyah (R.A)Bahawa Rasulullah SAW beritikaf di sepuluh akhir bulan Ramadan hingga beliau wafat .
10.Menjauhkan diri dari mengumpat , mencela dan mengeji serta lain-lain .
عَنْ اَبِيْ هُرَْيْرَةَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِيْ اَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ .
Dari Abi Hurairah Rasulullah SAW bersabda :”Siapa yang tidak meninggalkan perkataan zur (dusta,umpat , mengeji) dan tidak meninggalkan perbuatan itu tidak ada hajat bagi Tuhan untuk meninggalkan makanannya dan minumannya.”.

No comments:

Post a Comment