SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, July 11, 2012

Hadis Keempatbelas PERLU MELANTIK SEORANG SAHAJA PEMIMPIN


عَنْ أَبِيْ مُحَمَّدٍ عَبْدِاللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَال رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:" مَنْ بَايَعَ إِمَامًا فَأَعْطَاهُ صَفْقَةَ يَدَهُ وَثَمَرَةَ قَلْبَهُ فَلْيُطِعْهُ إِنِ اسْتَطَاعَ , فَإِنْ جَاءَ اَخَرُ يُنَازِعُهُ فَاضْرِبُوْا عُنُقَ الْاَخَر . ( رواه مسلم ) .
Terjemahan Hadis
Daripada Abi Muhammad Abdullah bin Amru bin As r.a berkata ia :Sabda Rasulullah SAW :” Barangsiapa membaiah seorang imam (pemimpin) lalu ia memberikan kepadanya jabatan tangannya dan buah hatinya (kesetiaannya) maka hendaklah ia taat kepada imam (pemimpin) itu jika ia mampu .Maka jika datang orang lain yang menentangnya maka hendaklah kamu penggal leher imam (pemimpin) yang seorang itu “,(Hadis riwayat :Muslim) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan dari Abi Muhammad Abdullah bin Amru bin As ,seorang tokoh agama yang tekun beribadat dan salah seorang dari kalangan sahabt yng utama dalam jurusan ilmu dan riwayat .Abu Hurairah berkata :”Selain aku, maka beliaulah orang yang banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah .Beliau – katanya – boleh menulis , sedanga aku tidak bolehmenulis “. Hadis yang doiriwayatkannya ada sebanyak 700 hadis dan 17 hadis daripadanya dpersetujui bersama Al-Bukhari dan Muslim .
Nilai Hadis
Hadis ini memperkatakan tentang nilai jawatan seorang Imam , ia perlu dikekalkan kalau sudah dibaiahkanya , tidak perlu melantik imam yang kedua , sebagaiman dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis ini .
Keterangan Hadis secara terperinci
Nawawi dalam Syarah Muslim (12/341-342 ) menj adikan dalil bahawa “jika seseorang menderhakai pemimpin yang telah diberi biah , dan menentangi di samping menuntut supaya biah diberikan kepadanya, maka dia ditegah daripada itu .Jika ia tidak akur, dia hendaklah diperangi dan jika kejahatannya tidak dapat dibendung kecuali dengan membunuhnya,maka hendaklah di dibunuh .Itu adalah harus.”
Disokong pula sebuah hadis yang lain ,yang mana hadis dari Abu Hurairah r.a, beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda :
سَتَكُوْنَ خُلَفَاءُ فَتَكْثُرُ , قَالُوْا : فَمَا تَأْمُرُنََا ؟ فُوْا بَيْعَةِ الأَوَّلِ فَالْأَوَّلِ , وَأَعْطُوْهُمْ حَقَّهُمْ , فَإِنَّ اللهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرَّعَاهُمْ .
Akan datang beberapa orang khalifah (pemimpin), dan ia akan bertambah ramai.”Sahabat – sabahat bertanya:”Apa yang tuan perintahkah kepada kami?”Rasulullah bersabda:”Setialah kamu dengan baiah yang pertama kemudaian yang berikutnya .Berikanlah hak (1) mereka kepada mereka sesungguhnya Allah akan menyoal mereka tentang apa yang telah Allah amanahkan kepada mereka” (2) .
Al –Nawawi berkata di dalam syarah Muslim (12/231) :”Apabila dibaiahkan seorang khalifah (pemimpin) baru selepas baiah khalifah (pemimpin) yang pertama , mak baiah yang pertama adalah sah dan wajib setia dengannya .Semantara baiah yang kedua adalah terbatal dan haram hukumnya untuk setia dengannya .Begitu juga haram bagi orang kedua itu untuk menuntut baiah kepadanya.Hukum ini berlaku sama ada orang yang berbaiah untuk khalifah (pemimpin) yang kedua itu tahu dengan baiah khalifah (pemimpin) yang pertama atau tidak tahu , dan sama ada kedua – dua khalifah (pemimpin tersebut berada di dalam dua negara yang berlainan atau dalam satu negara sahaja, seperti salah seorang berada di dalam negara pemimpin yang dilucutkan dan seorang lagi berada di tempat lain “.Pendapat Nawawi ini berdalilkan dengan hadis dari Afrajah r.a daripada Rasulullah SAW .baginda bersabda :
سَتَكُوْنَ هَنََاتٌ وَ هَنََاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُغَرِّقَ أَمْرَ هّذِهِ الْاُمَّةِ وَهِيَ جَمِيْعٌ فَاضْرِبُوْهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ . ( رواه: مسلم)
Akan berlaku banyak fitnah dan banyak fitnah .Maka sesiapa yang mahu memecahbelahkan urusan umat ini sedang ia bersatu , hendaklah kamu pancaung ,mereka dengan pedang ,tidak kira sesiapa sahaja .” (H.R.Muslim)
Pengajaran Hadis .
1.Hendaklah melantik seorang pemimpin sahaja di dalam satu jemaah Islam , jika ada yang menawarkan diri untuk memegang jawatan itu , maka tetanglah ia , walaupun sehingga membunuhnya .
2.Dilarang melantik pemimpin yang kedua , kiranya pemimpin yang pertama masih sah , hendaklah dengar dan patuh kepadanya .
3.Islam amat menintikberat kepada perpaduan umatnya sehinggakan di dalam satu jemaah Islam berhak di lantik seorang pemimpin sahaja , kerana dengan berbilang pemimpian akan menjadikan jemaah itu berpecah belah .

No comments:

Post a Comment