SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, July 7, 2012

HAIWAN BERHATI MANUSIA

INILAH BAYI YANG DISELAMATKAN OLEH ANJING.
MANUSIA SANGGUP BUANG BAYI.
Bolgatanga - Pihak berkuasa baru -baru ini melaporkan seekor anjing di Ghana digelar sebagai wira kerana melindungi bayi baru dilahirkan yang dibuang di bawah jambatan di Winkongo berhampiran ladang tuannya untuk sepanjang malam.
Tujuan asal pemilik anjing itu untuk mencari haiwan peliharaannya membawa kepada penemuan bayi tersebut.
Penduduk kampong terkejut melihat anjing itu memeluk bayi yang masih bertali pusat tersebut seperti anaknya sendiri.
Pengarah Kesihatan Daerah TalensiNabdam ,Rosemary Azure berkata ,"bayi malang itu semakin pulih daripada jangkitan dan dia kini ditempatkan di pusat jagaan kesihatan.
Difahamkan,pihak berkuasa masih menyiasat untuk mengesan identiti ibu bapa bayi tersebut yang dipercayai adalah pasangan remaja kawasan itu ( Sinar harian edisi Pahang Sabtu 9.6.2012 ).
iktibar dari berita ini :
Haiwan pun kasih kepada bayi , bagaimana dengan manusia yang sanggup membuang bayi ??? tepatlah firman Allah dalam surah Al-Araf ayat 179 :
dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.

No comments:

Post a Comment