SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, July 1, 2012

Hadis Keduabelas MEMASUKI PINTU BESAR RIBA



pemberian ikhlas tanpa riba.
عن ابو امامه " أَنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْل ُ : مَنْ شَفَعَ لِأَحَدٍ شَفَاعَةً فَأُهْدِيَ لَهُ هَدِيَّةٌ عَلَيْهَا فَقَبَلَهَا فَقَدْ أَتَى بَابًا عَظِيْمًا مِنْ أَبْوَابِ الرِّبَا ( رواه ابو داود(
Terjemahan Hadis
Barang siapa memberikan satu pertolongan kepada seseorang lalu ia dihadiahkan dengan satu hadiah kerananya , lantas ia menerimanya, maka sesungguhnya ia telah mendatangi satu pintu yang besar dari pintu-pentu riba . (Hadis Riwayat Abu Daud ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud , hadis ini daripada Abu Amamah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW .Hadis ini juga terdapat di dalam al-Misykat 2/3757/1109 . Imam Abu Daud : Nama penuhnya ialah Sulaiman bin Al-Asy’ab bin Ishak al-Asadai as-Sajtani dilahirkan pada tahun 202 hijrah , beliau belajar hadis dari para ulamak Iraq , Kharasan , Syam , Mesir dan lain-lain .Karangan beliau yang masyhur ialah kitab”As-Sunan” mengenai kitab ini beliau berkata :”Aku tuliskan hadis Rasulullah SAW sebanyak 500,000 hadis,kemudian aku pilih dan aku susun di dalam kitab “As-Sunan” ini sebanyak 4,800 hadis yang sahih sahaja atau mendekati yang sahih “ .Beliau terkenal seorang mujtahid .Di antara penetapannya ialah tidak perlu diqadha’kan solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja . Beliau wafat di Basrah pada tahun 275Hirha dalam usia 73 tahun .
Nilai Hadis
Hadis ini tinggi nilainya , kerana ia menerangkan bahawa pertolongan yang diberi hendaklah ikhlas tanpa ada apa – apa motif yang lain .Kiranya ada motif lain , dengan pertolongan itu ada pemberian hadiah dari pihak yang kena tolong , maka itu adalah merupakan satu pintu dari pintu-pintu riba .
Keterangan Hadis secara terperinci
Hadis ini menerangkan tentang :
(i) Pertolongan yang diberi hendaklah ikhlas .
(ii) Tidak boleh menerima sebarang hadiah dari pertolongan yang diberikan.
(iii) Pertolongan yang menerima hadiah adalah merupakan riba .
(iv) Riba dan pintu – pintunya .
Keterangan :
(i)Pertolongan yang diberi hendaklah ikhlas
Sesuatu pertolongan yang diberikan hedaklah ikhlas tanpa mengharapkan apa – apa balasan atau ganjaran dari orang yang menerima pertolongan itu, kerana sifat tolong menolong itu adalah satu sifat yang mulia dan digalakkan di dalam Islam , firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Al-Maaidaah :2) .
Oleh itu pertolongan yang diberi hendaklah ikhlas semata – mata menuntut keridhaan Allah SWT .ikhlas merupakan roh sesuatu amalan , setiap amalan yang dilakukan tanpa ikhlas tidak diterima .Maka dengan ini kiranya sesuatu pertolongan itu yang diberi itu , kemudian orang mendapat pertolongan itu memberi hadiah kepadanya maka tidak boleh diterima , kerana ini merupakan tidak iklhas dan ditegah oleh Rasulullah SAW di dalam hadis ini .
(ii)Tidak boleh menerima sebarang hadiah dari pertolongan yang diberikan.
Apabila sesuatu pertolongan yang diberikan kepada seseorang itu , maka penolong itu tidak boleh menerima hadiah dari orang yang menerima pertolongan, kerana ini tidak ikhklas dan merupakan satu pintu dari pintu –pintu riba .
(iii)Riba dan pintu – pintunya
Oleh itu seseorang yang memberi pertolongan hendaklah jangan menerima hadiah dari orang yang menerima pertolongan , kerana ia merupakan salah satu dari pintu riba , sedangkan riba itu adalah dilarang oleh syarak Di dalam al- Quran menjelaskan riba di dalam bentuk pinjaman dan jual beli , berdasarkan hadis ini memberi pertolongan kemudian mernerima hadiah dari penerima pertolongan adalah termasuk riba , maka hendaklah kita jauhi dari perbutan riba itu , kerana ia merupakan dosa yang besar , dan orang yang memakan riba itu diisytiharkan oleh Allah SWT boleh diperangi , frrman Allah SWT yang bermaksud“:278. Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.279. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).(Al-Baqarah :278 -279 ) .
Pengajaran Hadis .
1.Sesuatu pertolongan itu hendaklah ikhlas tanpa meminta sebarang ganjaran dan hadiah .
2.Jika dengan sebab memberi pertolongan ada orang menghulurkan hadiah , lantas yang memberi pertolongan itu menerimanya ,maka penerimaan hadiah itu adalah merupakan satu pintu besar dari pintu-pintu riba .
3.Riba adalah merupakan dosa besar dan dicela di dalam syariat Islam

No comments:

Post a Comment