SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, July 31, 2012

kempen sambutan kemerdekaan


Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memukul beduk sebagai tanda peresmian pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke - 55 Peringkst Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru - baru ini.Turut mengiringi beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang mewakili kerajaan pusat,Dato' Seri Mustapa Mohammad.Ketika berucapTuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "individu pertama yang memerdekakan tanah air dan membebaskan manusia daripada kejahilan ialah Nabi Muhammad SAW ( Foto Muhammad yusri Amin.Harakah 30 julai - 2 Ogos 2012 ) .

DEMO HAPUS JUDI

PERHIMPUNAN YANG DIANJURKAN PAS,PKR,SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA(SAMM)KUMPULAM ALFATEH DAN JIRAN MUDA KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) TERATAI ITU TELAH DIADAKAN DI PERKARANGAN MASJID MUADZAM SHAH (SINAR HARIAN AHAD 29 JULAI)

Monday, July 30, 2012

KELEBIHAN HIJAU

HIJAUNYA BUAH INI ADALAH MENAWAN KITA.
PAS BERLATARBELAKANG HIJAU.
HARI INI ADALAH HARI ISNIN,PAS PAHANG MENJADIKAN HARI INI HARI HIJAU,KERANA HIJAU LAMBANG BAGI PAS,DAN MENJADIKAN HIMPUNAN HIJAU UNTUK MENYATAKAN SETIANYA PENGIKUT – PENGIKUT PAS,UNTUK BERJUANG BAGI MENCAPAI KEMENANGAN DALAM PRU 13 .SEBENARNYA ADA BEBERAPA KEISTIMEWAAN/KELEBIHAN HIJAU ITU DIANTARA LAIN :
1. AHLI SYURGA MEMAKAI CADAR YANG HIJAU FIRMAN ALLAH SWT AYAT 76 SURAH AR RAHMAN :
مُتَّكِئِيْنَ عَلَي رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ .
penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar Yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani Yang sangat indah.
2.PAKAIAN AHLI SYURGA ADALAH HIJAU FIRMAN ALLAH SWT DALAM AYAT 21 SURAH INSAN :
عَلِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ .
mereka di Dalam syurga memakai pakaian hijau Yang diperbuat dari sutera Halus dan sutera tebal (yang bertekat),
3.POKOK YANG HIJAU MENJADI BAHAN API, AYAT 80 SURAH YASSIN :
اَلَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنْتُمْ مِنْهُ تُوْقِدُوْنَ .
"Tuhan Yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon Yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu".
4.BUMI INI PENUH DENGAN KEHIJAUAN,FRIMAN ALLAH SWT DALAM AYAT 63 SURAH AL HAJJ:
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللهَ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَتُصْبِحُ الْأَرْضُ مٌخْضَرَّةً .
tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya(.

Sunday, July 29, 2012

MAJLIS TADARUS AL-QURAN MTD MENTAKAB .


TEMERLOH 28.7.2012.SATU MAJLIS TADARUS AL-QURAN ANJURAN DMP KAWASAN TEMERLOH TELAH DIADAKAN BAGI MTD MENTAKAB DENGAN DIKETUAI OLEH USTAZAH.CHE NORLIAH OMAR DAN USTAZAH.NORAIN MOHD AKIK DIBANTU OLEH PUAN SALASIAH BERTEMPAT DI SURAU KG.BARU BINTANG,KIRA – KIRA 40 ORANG PERSERTA HADIR DARI JMC SELURUH DUN MENTAKAB.ACARA MAJLIS TADARUS AL-QURAN PADA JAM 10.00 – 12.00 TH, DIIKUTI DENGAN TAZKIRAH RAMADAN OLEH USTAZAH NORAIN DAN PENYAMPAIAN ULE –ULE RAMADAN KEPADA PESERTA. (LAPORAN DAN FHOTO OLEH USTAZAH NORLIAH BT OMAR AJK DMP KAWASAN TEMERLOH).

GAMBAR DISEKITAR MAJLIS TADARUS AL-QURAN .













Saturday, July 28, 2012

adab -adab orang yang berpuasa

Bersempenanya datang Ramadan marilah kita mengikuti adab – adab orang berpuasa.
1.Menyegerakan berbuka puasa .
Rasulullah SAW bersabda :
لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ .
Sentiasalah manusia di dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka .
Dan sabda Rasulullah SAW berfirman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling dikasihi dari hambaKu ialah yang paling segera berbuka .
2.Berbuka dengan tamar atau makanan manis atau air .
عَنْ أنس : كَانَ رَسٌوْلُ اللهِ (ص) يُحِبُّ اَنْ يُفْطِرَ عَلَي ثَلاَثِ تَمَرَاتٍ اَوْ لَمْ تُصِبْهُ النَّارُ .
Daripada Anas : Adalah Rasulullah SAW berbuka dengan tiga biji tamar atau suatu yang tidak dimasak dengan api .
3.Berdoa atau berzikir di masa berbuka .Daripada Ibn Abas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berdoa :
اَللهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَعَلَي رِزْقِكَ اَفْطَرْنَا فَتَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ .
Wahai Tuhanku untuk engkau aku berpuasa dan dengan rezeki engkau aku bebuka,terimalah dari kami sesungguhNya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui .
4.Bersahur .
عَنْ اَنَسٍ قَالَ رسول الله عليه وسلم : تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِيْ السَّحُوْرِ بَرَكَةٌ .
Daripada Anas Rasulullah SAW bersabda:”Hendaklah kamu bersahur kerana makan sahur itu berkat .”
5.Menyediakan makanan ( memberi makan) untuk orang berbuka puasa .Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ اَجْرُ صَائِمٍ وَلاَ يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَئٌ .
“Barang siapa memberi makan untuk berbuka bagi orang yang puasa, maka ia memperolehi pahala orang yang berpuasa dan orang yang berpuasa itu tidak kurang sedikit pun pahalanya.
6.Membanyakkan sedekah .
عَنْ اَنَسٍ , قِيْلَ يَا رَسُوْلَ الله اَيُّ الصَّدَقَةِ اَفْضَلُ , قَالَ : صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ .
Daripada Anas : Ditanya wahai Rasulullah : Apakah sedekah yang lebik baik ? Rasulullah SAW menjawab :”Sedekah di Bulan Ramadan .”
7.Membanyakkan membaca Al-Quran .
عن عبدالله بن عمر قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : اَلصِّيَامُ وَالْقُرْاَنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ . يَقُوْلُ الصِّيَامُ اِيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهْوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفَعْنِي فِيْهِ . وَيَقُوْلُ الْقُرْاَنُ : مَنَعْتُه النَّوْمَ بِالْلَيْلِ فَشَفَعْنِي فِيْهِ . فَيَشْفَعَانِ .
Dari Abdullah bin Umar .Rasulullah SAW bersabda :”Puasa dan Quran memberi syafaat kepada seseorang hamba di hari Kiamat .Puasa berkata :”Wahai Tuhanku aku telah menghalangnya dari makan dan nafsu di siang hari , maka berilah padaku keizinan untuk memberi syafaat kepadanya .AlQuran pula berkata : Aku telah menghalangnya dari tidur diwaktu malam maka berilah padaku keizinan untuk memberi syafaat kepadanya .Maka memberi syafaat kedua-duanya.”
8.Melakukan qiam Ramadan .
Abi Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ اِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“Barang siapa melakukan qiam di Bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu” .
9.Beritikaf di dalam masjid .
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : كَان النَّبِيُّ (ص) يَعْتَكِفُ اَلْعَشْرَالاَوَخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّي تَوَفَّاهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ .
Diriwayatkan oleh Aisyah (R.A)Bahawa Rasulullah SAW beritikaf di sepuluh akhir bulan Ramadan hingga beliau wafat .
10.Menjauhkan diri dari mengumpat , mencela dan mengeji serta lain-lain .
عَنْ اَبِيْ هُرَْيْرَةَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِيْ اَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ .
Dari Abi Hurairah Rasulullah SAW bersabda :”Siapa yang tidak meninggalkan perkataan zur (dusta,umpat , mengeji) dan tidak meninggalkan perbuatan itu tidak ada hajat bagi Tuhan untuk meninggalkan makanannya dan minumannya.”.

Friday, July 27, 2012

Tazkiran 8.Pagi Jumaat 27.7.2012.Siksa orang yang berzina.

Diriwayatkan oleh Rasulullah saw pada malam mikraj nabi melihat dalam neraka, ada sebuah rumah tembaga dan pintu sangat sempit , di dalamnya terdapat ramai orang lelaki dan perempuam yang terpenjara didalamnya,disiksa dengan ular dan kala jengking, dan diikat faraj dan zakar mereka,nabi bertanya kepada Jibril siapakah mereka,jawan Jibril mereka adalah orang -orang yang melakukan zina.
Sabda Rasulullah SAW :”Barang siapa berjabat tangan denga perempuan ajnabi,maka pada hari Kiamat kelak kedua tangannya terikat kepada tengkok dengan rantai dari api neraka dan jika ia mencium hidung perempuan ajnabi maka bibir,hidung dan keningnua akan digunting dengan gunting api neraka,jika ia menapikan ia berzina , sedangkan ia berzina nescaya dua pehanya mengaku melakukan perbuatan itu di hadapan Allah .Dengan hal demikian Allah memandangnya dengan murka sangat sehingga tanggal daging mukanya dan tidak berdaging dan dihalau ke naraka dengan keadaan mukanya hitam legam.Dengan hal demikian semua anggotanya mengaku melakukan perbuatan zina tersebut.Dengan hal demikian ia disiksa dengan sikaan yang sangat dahsyat kerana dia tidak malu kepada Allah SWT .

Thursday, July 26, 2012

TAFSIR AYAT 5- 7 SURAH AL-TARIQ.


keadaan sperma - yang berjaya menuju ovum hanya satu sahaja,itulah kita.

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5) خُلِقَ مِنْ مَاءِ دأفِقٍ (6) يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)
5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
6. ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) -
7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.
TAFSIR AYAT SECARA TERPERINCI :
Manusia wajib berfikir tentag bagaimana permulaan penciptaannya suapaya dia ketahui kudrat Allah SWT untuk mengadakan apa yang selain dari itu,iaitu kebangkitan semula.Manusia dicipta dari air yang terpancut dan terpancar ke dalam rahim,iaitu yang terdiri dari air mani lelaki dan perempuan yang kemudian disatukan pensenyawaan .Ia adalah air yang keluar dari tulang belakang lelaki melalui saluran saraf tertentu yang berhubung dengan otak dan air yang keluar dari antara tulang dada wanita atau tempat kalung pada dadanya.Seseorang bayi terbentuk dari percampuran dua jenis air yang seterusnya menempati rahim dan akhirnya membentuk janin dengan kehendak Allah swt.FirmanNya ayat 5 suarah al-hajj yang bermaksud: dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya.”
JUARA
Mengikut kajian kejadian manusia apabila lelaki memnacut air mani ke dalam rahim wanita maka di dalam air mani itu mengandungi 250 juta sperma yang dibebaskan untuk menuju ke ovum yang satu.Maka jadi perlumbaan dan persaingan yang hebat,dan terpaksa menempuhi beberapa rintangan untuk sampai ke ovum itu,rintangan pertama yang mesti dilalui oeh sperma itu ialah dipangkal rahim,kerana disana ada cecair berasid,mana sperma yang lemah ia akan terbunuh,hanya 40 juta sperma sahaja yang berjaya melepasi rintangan ini,Setelah 40 juta sperma yang berjaya melepasi halangan di pangkal rahim,sperma itu terpaksa melalui beberapa halangan lagi,ada yang berjaya melalui halangan , kebanyakkannya kecundang dalam perjalanan ke tiub Fallopio .Daripada 40 juta sperma itu hanya 100 sperma yang berjaya.dalam 100 sperma yang berjaya sampai ke ovum dengan izin Allah hanya satu sperma sahaja yang berjaya menerobos masuk ke dalam sel ovum dan penyatuan belaku. satu yang berjaya itulah kita.Kita adalah juara, oleh itu jagalah nama baik juara,bersempena dengan bulan Ramadan yang Mubarak ini maka tunaikan ibadat puasa dengan sebaiknya, jangan langgar perintah Allah , ingat kita juara, juara mesti jaga nama baik,jangan sia – siakan atas nama “JUARA” .

Wednesday, July 25, 2012

Bersiap untuk buat perubahan besar.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Temerloh – Ketua Penerangan PAS Pusat Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak semua pencinta Islam agar sama – sama menjalani Ramadan kali ini sebagai bulan mempersiapkan diri untuk membuat satu perubahan besar politik Negara ini.
Katanya bagi musuh Islam menganggap Ramadan sebagai bulan seolah –olah umat Islam lemah,lesu dan letih sebaliknya orang Islam meletakkan Ramadan bulan jihad sehingga berlakunya siri peperangan sejak zaman Nabi Muhammad saw.
“Marilah kita sama –sama menjalani Ramadan ini sebagai bulan jihad kita untuk mempersiapkan diri bergerak kehadapan membaut satu perubahan besar dalam konteks politik Negara kita,mengajak masyarakat balik kepada Islam.
“Kita tidak mengajak masyarakat untuk bermusuh,berpecah belah atau memfitnah,sebaliknya mengajak masyarakat balik kepada Islam”
“Apabila kembali kepada Islam Insya-Allah bangsa kita akan selamat,Negara kita akan selamat dan pemuda kita akan selamat.”ujarnya dalam perutusan Ramadannya.
Tambahnya”Ramadan kali ini merupakan bulan puasa terakhir sebelum menghadapi PRU13 justeru itu diharapkan meningkatkan semangat jihad menjelang detik –detik penting itu.
Ustaz Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata,”Ramadan bulan yang memperoses dan melahirkan hamba Allah yang bertakwa,bulan ibadah,bulan al-quran,bulan zikrullah,bulan taubat kepada Allah,bulan pembersihan diri daripada dosa dan maksiat dan yang penting menjadikan keazaman kita untuk melakukan yang lebih baik daripada sebelum Ramadan dan selepasnya.”
“Marilah wujudkan suasana ibadah seumpama ada majlis – majlis zikir,tazkirah sebagai satu fenomena baru untuk menambahkan pengetahun di samping kita menunggu waktu berbuka.
“Fenomena yang tidak dapat dielakkan apabila masuk Ramadan kita dapati budaya masyarakat kita yang buka gerrai perniagaan,satu fenomena yang baik dalam konteks ekonomi tetapi harus kita lihat dalam kita berbuka selepas lebih 12 jam berpuasa,bila kita hendak berbuka puasa hendaklah kita memilih,melihat siapa yang menjual kuiah tersebut.
“Jangan beli kuih daripada orang yang tidak sembahyang,jangan beli kuiah orang yang tidak takut Allah sebab makanan mempengaruhi jiwa kita,mempengaruhi sikap kita,mempengaruhi kelakuan kita.Jadi makanan yang tidak baik menjadi darah daging kita,”Tegasnya.
Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar tidak menjadikan Ramadan kali ini menjadi pesta makanan,bukan pesta ibadah.
Katanya sebahagiannya begitu sibuk daripada sebelum Asar lagi sudah membuka gerai kemudian sampailah habis Maghrib.
Walaupun ruang mencari rezaki ini sangat baik tetapi dalam waktu yang sama setiap penjual mestilah memahami menjual kepada orang yang mahu berbuka puasa.
Mereka sepatutnya berlumba untuk mendapatkan pahala daripada apa yang dijual dan mendapat untung apa yang dijual,mudah –mudahan kedua –duanya mereka dapat.
Selamat menyambut Ramadan mudah –mudahan diterima ibadah puasa yang penuh keberkatan yang mendapat natijah dengan tahajudnya,dengan zikirullahnya,dengan muhasabahnya.Seluruhnya akan menyebabkan kita dekat kepada Allah dan bertambah iman kita .
(HARAKAH 23- 26 JULAI 2012).

Tuesday, July 24, 2012

Tazkirah Ramadan

“ibadat sepanjang Ramadan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit.oleh yang demikian amalan puasa Ramadan ini diwajibkan oleh allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri,terutama nafsu makan dan minum.
Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah allah taala.
Di sebalik perintah allah,wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan.meskipun perintahnya bercanggah hak kita sendiri.
Apa yang utama,dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadan,ia sebagai cara untuk kita membendung perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana satu hak orang lain”.
Tuan guru dato’ bentara setia
Nik abdul aziz nik mat
Mursyidul am pas
(Harakah 23-26 julai 2012).

Monday, July 23, 2012

Hadis Kelimabelas JANGAN TAAT KEPADA ORANG YANG MENDERHAKA KEPADA ALLAH

orang yang melambat - lambatkan solat dari waktunya tidak perlu ditaati.

عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "سَيَلِيْ أُمُوْرَكُمْ بَعْدِيْ رِجَالٌ يَطْفِئُوْنَ السُّنَّةَ وَيَعْمَلُوْنَ بِالْبِدْعَةِ وَيُؤْخَرُوْنَ الصَّلاَةَ عَنْ مَواقِيْتِهَا . فَقُلْتُ : يَا رِسُوْلَ اللهِ ! إِنْ أَدْرَكْتُهُمْ كَيْفَ أَفْعَلُ ؟ قَالَ تَسْأَلُنِيْ يَا ابْنَ أُمِّ عَبْدٍ كَيْفَ تَغْعَلُ ؟ لاَ طَاعَةَ لِمَنْ عَصَي ْ اللهَ . (رواه ابت ماجه , احمد , عبدالله بن احمد و الطباراني .)
Terjemahan Hadis.

Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud r.a katanya .Bersabda Rasulullah SAW :”Pemerintahan kamu akan dikuasai sesudahku oleh lelaki yang akan memadamkan sunnah dan mereka melakukan bid’ah dan mereka menlambat-lambatkan solat dari waktunya ! Saya berkata :Ya Rasulullah ! Jika saya mendapati mereka bagaimanakah saya akan lakukan ? Rasulullah SAW bersabda :Engkau tanyak kepadaku . hai Ibnu Ummu Abdin bagaimana engkau hendak lakukan ? Tidak ada ketaatan bagi orang yang menderhakakan Allah .” (Hadis riwayat Ibnu Majah ,Ahmad , Ahmad bin Abdullah dan at-Tabarani ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud bin Ghafil bin Habib Al-Hazli . Beliau adalah antara orang – orang yang mendahului memeluk Islam serta terhitung dari golongan pembesar sahabat rasul ,dan beliau
adalah orang yang amat berani membaca al-Quran di Mekah secara terang –terang hingga kerananya dia pernah diseksa .

Di samping itu Abdullah bin Mas’ud adalah khadam rasul yang setia , ke mana saja rasul pergi ,beliau tidak ketinggalan turut sama .Beliau tidak pernah berenggang dari rasulullah samada di rumah mahupun dalam perjalanan , dan beliau terkenal dalam kalangan sahabat sebagai penyimpan rahsia rasulullah .

Beliau adalah seorang yang sangat kurus badannya , hitam warnanya lagi pendek .Tetapi ini tidaklah menjadi kurang dan hina peribadinya , kerana beliau adalah lautan ilmu dan karung yang penuh tepu dengan pengetahuan .Demikian menurut pengakuan Saidina Omar sendiri kepada beliau .

Pada suatu hari pernah para sahabat tertawa melihat kedua belah kakinya yang kurus .rasulullah pada saat itu berkata : Bahawa kaki Abdullah dalam timbangan kebih berat dari bukit Uhud .Sebab itu tak usahlah diketawakan kerana kurus kedua belah kakinya , kerana yang menjadi ukuran ialah amalnya bukan kedua belah kakinya .
Abdullah pernah menjadi pengurus baitul Mal di Kufah setelah Rasul wafat , dan beliau banyak meriwayatkan hadis .Menurut riwayat ada sebanyak 848 hadis yang disebut di dalam kitab al-Bukhari dan Muslim .

Nilai Hadis

Hadis in mempunyai niali yang sangat besar kepada umat Islam di dalam menjalani hidup berpolitik , bahawa di larang mentaati pemimpin yang derhaka kepada Allah .

Keterangan Hadis secara terperinci

1.Ciri – ciri pemimpin selepas Rasulullah SAW :

(a)Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW .

(b)Beramal dengan bid’ah .

(c)Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya .

Ketearangan :

Rasulullah SAW menerangkan kepada kita bahawa pada zaman selepasnya akan diperintah oleh orang yang tidak beramal dengan sunnahNya , maka mereka ini adalah dikalangan orang – orang menderhaka kepada Allah dan Rasulnya , kerana mentaati Allah dan Rasulnya adalah satu kewajipan yang
mesti dilakukan, beramal dengan sunnah Rasulullah adalah termasuk di dalam mentaatinya , kerana Rasulullah telah mengarahkan umatnya supaya beramal dengan sunnahnya, sebagaimana sabdanya :

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِيْنَ , عَضُّوْا عَلَيْهَا بِالْنَوَاجَدِ

Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah yang mendapat kebenaran dan pertunjuk dan gigitlah dengan gerham-gerham gigi (berpegang sungguh-sungguh).

Wasiat ini adalah satu perintah tegas kepada umat Islam untuk berpegang teguh dengan sunnahnya dan sunnah para sahabat terbilang ( Abu Bakar .Umar . Othman dan Ali) mengenai akidah dan amal ibadat .

Juga akan diperintahkan oleh pemimpin yang beramal dengan bid’ah , mereka ini adalah orang yang menderhaka kepada Allah SWT , kerana perbuatan bid’ah adalah dilarang oleh Rasulullah SAW , dan di anggap orang yang sesat dan akan dimasukkan ke dalam neraka , sabda Rasulullah SAW :

أَمَّا بَعْدُ , فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيْثِ كِتَابُ اللهِ , وَإِنَّ أَفْضَلَ الْهَدْيَ هَدْيُ مُحَمَّدٍ , وَشَرُّ الْاُمُوْرِ مُحَدَّثَتُهَا , وَكَلُّ مُحَدَّثَةٍ بِدْعَةٌ , وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ , وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ .
رواه مسلم .
“Adapun kemudian daripada itu , maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah , dan sesungguhnya semulia –mulia pertunjuk itu ialah pertunjuk Muhammad dan sejahat-jahat perkara itu ialah yang di ada-adakan, dan tiap –tiap yang di ada –adakan itu bid’ah , dan tiap –tiap bid’ah itu sesat dan tiap –tiap kesesatan itu di dalam neraka . (H.R.Muslim)
.
Bid’ah yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah bidah di dalam urusan agama sama ada akidah atau amal ibadat.
Terdapat juga pemimpin yang tidak indah kepada perintah Allah dan Rasulnya, seperti mengerjkan solat fardu lima waktu dengan lambat , tidak di awal waktu sedangkan Rasulullah SAW mengatakan bahawa mengerjakan solat awal waktu adalah seafdal-afdal amalan seperti sabdanya :

أَوَّلُ الْوَقْتِ رِضْوَانُ اللهِ , وَاَخِرُهُ عَفْوُ اللهِ , وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيُصَلِّيْ الصَّلاَةَ وَلَمْ يُخْرِجُهَا عَنْ وَقْتِهَا , وَلَمَا فَاتَهُ مِنْ اَوَّلِ الْوَقْتِ خَيْرٌ لَهُ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيْهَا .
Ertinya :Sembahyang pada awal waktunya mendapat keridhaan Allah , dan pada akhirnya mendapat keampunannya, apabila seseorang hamba itu akan mengerjakan sembahyang , dan tiada meluputkannya dari waktunya, dan tiada melambatkannya pula dari awal waktunya.adalah lebih utama baginya daripada dunia dan seisinya
Orang yang melengah – lengahkan solat itu adalah termasuk orang yang lalai dan akan dimasukkan ke dalam neraka wil , friman Allah SWT :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون .

4. (kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli solat -
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;
(Al _ Maaaun :4-5)
Orang yang melambat –lambat mengerjakan solat , tiadak mengerjakan pada awal waktu adalah dianggap menderhaka kepada Allah .

(2)Jangan mentaati mereka (pemimpin) yang derhaka kepada Allah yang terdapat tiga perkara :
(a) Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW
(b) Beramal dengan bid’ah .
(c) Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya

.Jika terdapat kepada pemimpin – pemimpin , maka mereka adalah menderhaka kepada Allah SWT, mereka yang menderhaka kepada Allah , tidak perlu mentaati perintahnya .ini jelas diterangkan diakhir hadis ini .
Pengajaran Hadis .
1.Pemimpin yang mempunyai tiga ciri berikut :

Pertama : Tidak beramal dengan sunnah Rasulullah SAW .

kedua : Beramal dengan bid’ah

Ketiga : Mengakhirkan solat fardu lima waktu daripada waktunya, maka ia adalah menderhaka kepada Allah SWT .

2.Jika terdapat pemimpin yang berbuat maksiat kepada Allah maka bolehlah rakyat mengambil tindakal dengan tidak mentaati perintahnya .

Sunday, July 22, 2012

TAHNIAH UNTUK TUNISIA

PRESIDEN PAS DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,BERADA DI TUNISIA13 JULAI LALU DALAM RANGKA LAWATAN BERTEMU PIMPINAN TERTINGGI PARTI AN NAHADAH SELEPAS PARTI ISLAM ITU BERJAYA MEMENANGI PILIHAN RAYA NEGARA ITU OKTOBER TAHUN LALU.DALAM KESEMPATAN ITU,BELIAU TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PRESIDEN PARTI AN NAHADAH, DR.RASHID GHANOUSHI SEKALI GUS MENYAMPAIKAN UCAPAN TANIA DARIPADA PAS DI ATAS KEMENANGAN PARTI ITU KUNJUNGAN ITU BEREMPENA DENGAN MUKTAMAR KALI KE 9 PARTI ITU YANG DIBUAT SECARA BESAR -BESARAN BERMULA 13 JULAI LALU DAN BERAKHIR 15 JULAI .(HARAKAH 20-22 JULAI 2012)

Saturday, July 21, 2012

membaca al-quran

bersempena dengan bulan ramadan ini marilah kita membaca al-quran , sekurang -kurangnya tamat 30 juzuk sekali,bayangkan bagaiman Imam Abu Hanifah pengasas Mazhab Hanapi boleh tamat sekali pada sebelah siang dan sekali pada sebelah malam. kita bagaimana ....cubalah tamat ijuzuk pada satu hari .

Friday, July 20, 2012

Tazkirah 7 Pagi Jumaat 20.7.2012 . Balasan orang yang berzina .

Firman Allah Taala dalam surah al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud :
dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Dan firman dalam surah al-Nur ayat 2 yang bermaksud :
“ perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.”
2 ayat di atas menyatakan hukum yang dikenakan kepada mereka yang berzina, tetapi banyak siksa yang Allah kenakan kepada mereka yang berzina di antara lain :
1.Diriwayatkan oleh Rasulullah SAW bersabda :”Jauhkan kamu berzina kerana akan dikenakan siksa 6 perkara , 3 perkara di dunia dan 3 perkara di akhirat,
3 siksa di dunia :
(i)Dikurangkan hartanya yang halal
(ii)Dikurangkan berkat umurnya
(iii)Apabila keluar rohnya dari jasad didindingkan dari melihat Allah dan dilihatkan api neraka.dan sentiasa melihat Malaikat Zabaniah.
3 siksa akan diterima di akhirat :
(i)Allah akan melihat kepadanya dengan pandangan yang murka,maka hitam mukanya.
(ii)Menerima azab yang sangat pedih
(iii)Dirantai dengan api neraka.
Sabda Rasulullah SAW :Barang siapa melihat perkara yang haram,maka di akhirat nanti matanya akan dipenuhi dengan api neraka jahannam dan barang siapa menzina akan seorang perempuan maka ia akan dibangkitkan dari kuburnya dengan keadaan yang sangat dahaga serta bertelanjang,dan juga mukanya hitam,tengkoknya dirantai dengan api neraka,dan pakaiannya daripada qitran .”
Sabda Rasulullah saw barang siapa berzina dengan perempuan yang ada suami,dan suaminya tidak mengetahui yang isterinya berzina dengan lelaki lain,maka atas lelaki yang berzina dan perempuan yang berzina itu disiksa pada hari kiamat,dan lelaki yang berzina itu akan dimabil kebajikannya diberikan kepada suami perempuan yang dizinanya , dan dosa suami perempuan yang dizina itu akan diberi kepada suami perempuan yang zina itu, jika suaminya mengetahui maka ia diam,maka diharamkan Allah SWT masuk syurga,kerana ditulis namanya sebagai dayus dipintu syurga , dan ia disumpah oleh tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

Thursday, July 19, 2012

HIMPUNAN OREN CAPAI SASARAN

TEMERLOH : Ketua penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man mensifatkan Himpunan Oren 14 Julai lalu berjaya mencapai matlamatnya.
Katanya,sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan hasrat itu telah berjaya dilakukan.
Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno,Dato’ Ahmad Maslan yang mengatakan Himpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.
“Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat.Jika sasaran 20,000 berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal.
“ini dibuktikan oleh lapuran media pro –Umno yang tetap mengecilkan jumlah peserta himpunan itu kepada hanya 1,000 orang walhal ianya lebih jauh kebih ramai daripada itu”, katanya.
Ahmad Maslan berkata:”Perhimpunan membuktikan majority peneroka menyokong penyenaraian Felda Global vantures Holding (FGVH) di Bursa Saham Malaysia.
Menurut Tuan Ibrahim peserta Himpunan oren itu lebih ramai daripada himpunan tajaan Umno yang dibuat di seluruh felda yang menghimupunkan dua tiga puluh orang sahaja.
“Himpunan itu dibuat di semua rancangan felda di seluruh Negara dan pihak media menyiarkannya di dalam akhbar harian supaya kelihatan ramai.
“Namun benarkah peneroka menyokong penyenaraian FGV itu bersetuju dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada mereka berbanding jumlah saham yang diterima oleh pembesar Felda itu ?”soal beliau.
Difahamkan pembesar – pembesar Felda diberi saham sehingga 180,000 unit berbanding 800 unit kepada peneroka.
Hanya pemimpin Umno seperti Ahmad Maslan saja yang gembira dengan jumlah 800 unit saham yang diberi kepada peneroka dengan mengatakan jumlah itu terlalu besar dan akan membawa keuntungan kepada peneroka kata Tuan Ibrahim.(Harakah 20 – 22 Julai 2012 ).

DOA MUNAJAT.

marilah kita sama -sama doa munajat


Tuesday, July 17, 2012

MAKAN AMAL DAN CERAMAH .


14.7.2012 TEMERLOH SATU PROGRAM MAKAN AMAL DAN CERAMAH TELAH DIADAKAN ,BERTEMPAT MARKAS PAS DARU AMIN SUNGAI GAU ANJURAN DMP KAWASAN TEMERLOH UNTUK MENGUTIP DANA BANGUNAN PASTI SUNGAI GAU.
GAMBAR DISEKITAR MAKAN AMAL
SELEPAS SOLAT ISYAK PROGRAM MAKAN AMAL DILANJUTKAN DENGAN CERAMAH OLEH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH HJ MD JUSOH DARUS, MR.WOO BENDAHARI DAP PAHANG/PENGERUSI DAP TEMERLOH . USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD AHLI PERHUBUNGAN PAS NEGERI TERENGGANU DAN YB,ZAILAH YUSOF KETUA DEWAN MUSLIMAT DAN AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG .
Abirerah pengerusi majlis / setiausaha pas kawasan Temerloh.



TUAN HJ MD JUSOH DARUS YDP PAS KAWASAN TEMERLOH.
MENGINGATKAN SUPAYA MEMBUAT PERUBAHAN , UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN DALAM PRU 13, UMN0 – BN MEMERINTAH 54 TAHUN DENGAN BERBAGAI KEZALIMAN DAN PENIPUAN.

MR.WOO PENGERUSI DAP TEMERLOH / BENDAHARI DAP PAHANG.
MR.WOO – DAP ADALAH AHLI PAKATAN RAKYAT , SOKONG CALUN DAP YANG BERTANDING – KITA BUAT PERUBAHAN , KERANA NEGARA SEKARANG KEADAAN TENAT DENGAN HUTANG NEGARA YANG TERLALU BANYAK DAN BAGET YANG SENTIASA BERHUTANG . DAP MEMERINTAH PULAU PINANG DENGAN ADIL .

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD – AHLI PERHUBUNGAN PAS TERENGGANU /YDP PAS KAWASAN BESUT .
MENCERITAKAN TENTANG KEBANGKITAN ISLAM DI MESIR DENGAN DIUSAHAKAN OLEH IKHWAN MUSLIMIN , SEHINGGA 86 TAHUN MEREKA BERJUANG AKHIRNYA BERJAYA MENJADI PRESIDEN MESIR DR.MURSHI.(DARI ANGKAT IKHWAN MUSLIM)
MENCERITAKAN TENTANG KEZALIMAN BN MEMERINTAH TERENGGGANU,AKHIRNYA MEREKA MENERIMA PADAH DENGAN RUNTUHNYA BEBERAPA PROJEK BESAR DI TERENGGAU SEPERTI STADIUM,ASTAKA DAN MASJID.
YB.ZAILAH YUSOH KETUA DEWAN MUSLIMAT /AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG.
MENDEDAHKAN BEBERAPA KEKACAUAN DALAM PEMERINTAH BN ,DENGAN KETIRISAN ,RASUAH DAN KEZALIMAN .
BELIAU MENYATAKAN BAHAWA SERMAI 250,204 ANAK LUAR NIKAH BERMULA DARI 2007 HINGGA 2011. DENGAN PERANGKAAN SEPERTI BERIKUT:
2007 = 44,234 ORANG
2008 = 46,822 ORANG
2009 = 52,378 ORANG
2010 = 52,982 ORANG
2011 = 53,788 ORANG.
DALAM LAPURAN AUDIT NEGERA BANYAK WANG RAKYAT DISALAHGUNAKAN DENGANK KETIRASAN YANG BESAR JUMLAHNYA, SEBAGAI CONTOH SEBUAH BILIK MAKMAL KOMPETAR BERHARGA RM40,000 DITINTUT SEBANYAK RM200,000 .
0LEH HAL DEMIKIAN MARILAH KITA MEMBUAT PERUBAHAN DENGAN MENUKAR KERAJAAN BN KEPADA PAKATAN RAKYAT.
GAMBAR DISEKITAR CERAMAH
(LAPORAN US.ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK TEMERLOH ).
USTAZ ZAKARIA BIN OMAR PENULIS BLOG .

Monday, July 16, 2012

RAYU AGONG SELAMATKAN FELDA


RIBUAN RAKYAT IRINGI SERAHAN MEMO.
RAKYTA YANG MENYERTAI HIMPUNAN OREN ANJURAN GERAKAN SELAMATKAN FELDA MENJUNJUNG KASIH DAN MERAYU YANG DI-PERTUAN AGONG,TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH ,SERTA RAJA – RAJA MELAYU MEMPERTIMBANGKAN UNTUK CAMPUR TANGAN BAGI MENYELAMATKAN TANAH RAKYAT DARI TERGADAI.
ANTARA KANDUNGAN MEMORANDUM YANG DIHANTAR KE ISTANA NEGARA 14 JULAI 2012,RAKYAT MEMOHON PERKENAN RAJA – RAJA MELAYU BAGI MENGGESA KERAJAAN PIMPINAN PERDANA MENTERI,DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK SUPAYA :
• PECAT MOHD ISA SAMAD SEBAGAI PENGERUSI FELDA
• BATALKAN PINJAMAN BANK PENEROKA
• BATALKAN CAGARAN TANAH FELDA PLANTATIONS
• SELESAIKAN TUNTUTAN PENEROKA
• HAPUSKAN HUTANG PENEROKA
• LINDUNGI TANAH PENEROKA
• JAMINAN KEPENTINGAN MASA DEPAN GEBERASI KEDUA DAN KETIGA
• BUBAR FELDA PLANTATIONS DAN BUKA FELDA BARU UNTUK GENERASI BARU FELDA.
(HARKAH KELUARAN 16 -19 JULAI 2012 ).
gambar disekitar himpunan oren 14.7.2012





Saturday, July 14, 2012

BERBAKTI KEPADA KEDUA IBU BAPA.

anak dimasa kelahairannya dibelai dengan penuh kasih sayang,
ibu mengasihi anak dengan penoh kasih sayang , maka henaklah anak-anak berbakti kepadanya.

1 .Berbakti kepada kedua ibubapa suatu kewajipan .
Allah memerintahkan kepada manusia supaya berbakti dan berbuat baik kepada keduanya dan larang menderhakainya dengan sekeras-kerasnya , firman Allah SWT yang bermaksud :
23. dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."(Al-Isra’ :23-24 )
Firmannya lagi yang bermaksud:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).(Loqman :14)
.2 Berbakti kepada ibubapa adalah ibadat yang paling utama .
Betapa besarnya pengorbanan ibupada kepada anak-anak mereka , dengan memberi kasih sayang kepada anak mereka yang masih kecil , juga yang telah dewasa . Bapa dan ibu sentiasa menjaga kesihatan , makan , minum dan pakaian anak mereka . Maka berbakti kepada kedua adalah paling utama , kerana Allah memerintahkan kewajipan tersebut selepas mengasakan dan beribadat kepadaNya .Firman Allah SWT yang bermksud :
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa .( An Nisa’ :36)
FirmanNya lagi yang bermaksud :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah
(Al-Ahqaaf :15)
3 . Hadis –hadis yang menunjukkan kelebihan berbakti kepada ibubapa:

(i)Amalan yang paling disukai Allah selepas solat.
Berkata Abdullah bin Masud r.a :
سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَيُّ الْاَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَي اللهِ ؟ فَقَالَ : الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا . قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : بِرُّ الْوَالِدَيْنِ . قُلْتُ : ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ : اَلْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ .
Saya pwenah bertanya kepada Rasululla SAW, kataku : Amalan yang mana satu yang lebih dicintai Allah ? Jawab Baginda : Solat pada waktunya .Tanyaku lagi .Sesudah itu apa pula?Jawab Baginda : Berbakti kepad kedua ibubapa .Tanyaku lagi:Sesudah itu apa lagi? Jawab Baginda seterusnya :Berjihad (berjuang) fil sabilliah.
(ii)Rida Allah bergantung kepada rida ibubapa.
Sabda Rasulullah SAW :
رِضَا اللهِ فِىْ رِضَا الْوَالِدَيْنِ , وَسَخَطَهُ فِي سَخَطِ الْوَالِدَيْنِ .
Keridaan Allah bergantung kepada rida kedua ibubapa , dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibubapa.
(iii) Menderhaka kepada ibubapa dosa besar .
Sabda Rasulullah SAW :
ثَلاَثٌ لاَ يَنْفَعُ مَعَهُنَّ عَمَلٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ , وَالْفِرَارُ يَوْمَ الزَّحْفِ .
Tiga perkara tidak ada guna amalan bersamanya , iaitu : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa , dan lari dari medan perperangan yang sedang rancak .
SabdaNya lagi :
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ ثَلاَثٌ : اَلْإِشْرَاكُ بِاللهِ , وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ ,وَشَهَادَةُ الزُّوْرِ
Dosa yang paling besar tiga perkara : mensyirikkan Allah, menderhaka kepad kedua ibubapa dan bersaksi dusta .
.4 .Berbakti kepada ibu lebih utama kepada bapa .
Adalah berbakti kepada ibu adalah lebih utama dan lebih pahalanya , kerana ibu itu mengalami kesusuhan , mengalami kesakitan waktu melahirkan ,menyusu dan memeliharanya hingga dewasa dan sentiasa memberi kasih sayang dan lain-lain lagi , Berkata seseorang kepada Rasululllah SAW :
مَنْ اَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صُحْبَتِىْ ؟ أَيْ بِبِرِّيْ وَصِلَّتِيْ : فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُمُّكَ .قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ : ثُمَّ مَنْ . قَالَ : أَبُوْكَ .
“Siapakah orang yang lebih berhak mendapat kebaktian dan kasih sayangku? Jawab Nabi :Ibumu .Sambung orang itu lagi .kemudian siapa pula ?Jawab Nabi :Ibumu.Ia bertanya lagi : kemudian siapa pula ? Jawab Nabi :Ibumu .Bertanya lagi kemudian siapa ? jawab nabi :Ayahmu .”
5 .Berbakti kepada ibubapa selepas keduanya meninggal dunia.
Sabagiamana wajib seseorang itu berbakti kepada dua ibubapanya pada masa hidup mereka , maka wajiblah atasnya berbakti kepada keduanya selepas ia meninggal dunia .caranya dengan memohon doa dan istighfar sebanyak-banyaknya untuk mereka berdua,bersedekah, membayar hutang mereka . melaksanakan wasiat mereka , memperhubungkan silaturrahim dengan sekalian keluarga , berbakti kepada kawan dan rakan mereka . dan lain-lain lagi .
Doa untuk ibubapa :
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا .
Ya! Tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihaniku semasa kecil .”
6 .Kesimpulan .
Kesimpulanya, tahukah kamu bahawa orang yang paling saying kepada kamu ialah kedua ibubapamu.Mereka yang mendidik dan memberi pelajaran kepadamu sejak kecil lagi .Merekalah yang memandu kamu ke jalan petunjuk hingga kamu berpegang dengan Agama Islam .Oleh itu terimalah segala nasihat-nasihat mereka, amalkan dengan sebaik-baiknya sebagai pedoman untuk kamu di dunia bagi menuju akhirat.Berdoalah kepada keduanya semoga beroleh kebahgiaan di dunia dan akhirat.