SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, January 30, 2011

kuliah:18

Kuliah 18 :PENUTUP

Amalan -amalan baik yang terdapat di dalam Al Quran terlalu banyak ,kuliah ini menyingkap sebahagian darinya , sebagai panduan hidup dan menggalakkan untuk melakukannya dan meninggalkan segala laranganya,semoga Allah SWT memberi pertolongan dan kejayaan kepada kita Umat Islam kerana amalan -amalan yang baik kita lakukan dan dapat menegakkan Syariat Allah keseluruhannya di Malaysia ini di samping itu mendapat balasan syurga sebagaimana dijanjikan oleh di dalam firmanNya ayat 25 Surah Al Baqarah yang bermaksud:

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan yang berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga - syurga yang megalir sungai - sungai di dalamnya .Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka berkata " Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu: Mereka diberi buah - buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri -isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."

Akhirnya saya berdoa kepada Allah semoga Allah tambahkan Iman dan ketaqwaan saya ,serta banyak melakukan amalan - amalan kebaikan,dan memohon keampunan dariNya di atas kesalahan -kesalahan dan dosa -dosa yang dilakukan dan berikan rahmat di atas saya dan juga keluarga saya dan cucuri rahmat ke atas roh dua ibu bapa saya semoga ditempatkan bersama -sama orang-orang beramal salih.Sekian Wassalam .

No comments:

Post a Comment