SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TINGGAL 2010 SELAMAT DATANG 2011

HARI INI ADA 1 JANUARI 2011 ,KITA UCAPKAN SELAMAT DATANG TAHUN BARU DAN SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010.YANG AKAN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA DAN TIDAK AKAN BERSUA KEMBALI , YANG TINGGAL HANYA PERISTIWA SUKA DUKA DAN PAHIT MAUNG YANG MENJADI KENANGAN DAN TELADAN KEPADA KITA.
KITA BERHARAP TAHUN 2011 YANG KITA HADAPI INI AKAN MEMBAWA RAHMAT DAN NIKMAT KEPADA KITA SERTA BERTAMBAH UMUR DALAM KEBAJIKAN DAN MAJU JAYA DALAM SEMUA BIDANG KEHIDUPAN KITA .JANGAN PULA DILUPAI DENGAN PEMERGIAN 2010 INI UMUR KITA BERTAMBAH SETAHUN LAGI DAN MENINGKAT LEBIH TUA SEDANGKAN JARAK PERJALANAN KITA SEMAKIN DEKAT KE LUBABNG KUBUR.
SEORANG ULAMAK BERNAMA HASSAN AL-BASRI PERNAH MENGKHABARKAN BAHAWA HIDUP KITA INI SEUMPAMA JUMLAH BILANGAN HARI, APABILA LUPUT SATU HARI MAKA BERKURANGLAH SEBAHAGIAN DARI DIRI KITA INI .OLEH ITU KITA HARUS SENTIASA MENGENANG NILAI SETIAP HARI UMUR KITA DI SAMPING SELALU MENCARI JALAN UNTUK MENDAPAT FAEDAH DARIPADANYA, KERANA HARI YANG BERLALU ITU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI.
SEBUAH HADIS QUDSI MENJELASKAN KEPADA KITA YANG BERMAKSUD ;
SETIAP HARI FAJAR TERBIT MAKA HARI AKAN BERKATA KEPADA MANUSIA ,WAHAI MANUSIA AKU ADALAH MAKHLUK,AKU MENYAKSIKAN SETIAP PERBUATAN YANG KAMU LAKUKAN ,AMBILLAH KESEMPATAN YANG ADA PADA HARI ITU UNTUK MEMBUAT KEBAJIKAN KERANA APABILA AKU BERLALU ,TIDAK KEMBALI LAGI SEHINGGA HARI QIAMAT .
HADIS INI MENGGALAKAN KITA SENTIASA BERUSAHA MEMBUAT KEBAJIKAN DAN ALAM SOLEH SERTA MUHASABAH MENGANAI UMUR KITA, KERANA UMUR KITA INI, SEBENARNYA PENDEK.OLEH ITU PERLIHARALAH IA SUPAYA JANGAN SAMPAI TERBUAT PERKARA MUNGKAR.
PUTARAN KEHIDUPAN UMAT ISLAM DAN ORANG – ORANG BERIMAN SELURUHNYA BERNILAI IBADAT , SETIAP IBADAT YANG DILAKUKAN PENUH KEIKHLASAN SEMATA –MATA KERANA ALLAH SWT AKAN BEROLEH GANJARAN .INI DISEBABKAN MUTALAMT UTAMA KITA DICIPTA OLEH ALLAH SWT DI DUNIA INI ADALAH SEBAGAI KHALIFAH DENGAN MENGABDIKAN DIRI KEPADANYA , DI SAMPING MENJADI MANUSIA YANG BERIMAN ,OLEH ITU BEREPATAN DENGAN BULAN INI MARILAH KITA JADIKAN SEBAGAI BULAN MUHASABAH DIRI ,KERJAYA ,IBADAT DAN JUA RACANGAN KEHIDUPAN KITA .RASULULLAH SAW PERNAH MENGINGATKAN UMMAHNYA TENTANG PERKARA – PERKARA SEPERTI UMUR ,ILMU ,HARTA BENDA DAN ALAM SOLEH MELALUI HADISNYA YANG DIRIWAYATKAN OLEH AT TERMIZI.
MAKSUDNYA:”BELUM MELANGKAH KAKI SESEORANG HAMBA (HADAPAN ALLAH SWT)PADA HARI KIAMAT , SEHINGGA LEBIH DAHULU DITANYA TENTANG UMURNYA UNTUK APA DIHABISKAN ,DITANYA TENTANG ILMUNYA DIMANA IA AMALKAN ,DITANYA TENTANG HARTANYA DARIPADA MANA DIA PEROLEHI DAN UNTUK APA DIBELANJAKAN , DITANYA TENTANG TUBUH BADANNYA UNTUK APA DIGUNAKAN “
MUHASABAH BERMAKNA MENGHITUNG ATAU MENGIRA SEGALA AMALAN ATAU SEBAGAINYA SEPERTI PERNAH DIUCAPKAN OLEH SAIDINA UMAR ALKHATTAB R.A
“BERMUHASABAHLAH KAMU TERHADAP DIRI KAMU , SEBELUM KAMU DIHISAB (DIHADAPAN ALLAH SWT PADA HARI QIAMAT).
MUHASABAH BUKAN SEMATA – MATA UNTUK MENGHITUNG UNTUNG RUGI KEHIDUPAN KITA ATAU MENGHITUNG BANYAK ATAU TIDAK HUTANG PIUTANG KEHIDUPAN KITA DAN YANG LEBIH UTAMA KITA MUHASABAH TENTANG BERTAMBAH ATAU TIDAK KEIMANAN ,AMAL SOLEH DAN TAQWA KITA UNTUK BEKALAN HIDUP DI AKHIRAT NANTI ,DI SAMPING BEKERJA KERAS UNTUK MEMBURU ATAU MENGEJAR KEKAYAAN DAN KECEMERLANGAN DI DUNIA INI ,SESUAI DENGAN FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-QASAS YANG BERMAKSUD;
"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia;
KITA HENDAKLAH MEMPERBAIKI DIRI KITA DALAM MELAKUKAN IBADAT DENGAN MENAMBAHKAN KEBAIKAN DAN KECEMERLANGAN IBADTA ,FIRMAN ALLAH SWT DALAM AYAT 97 SURAH AN NAHAL YANG BERMAKSUD ;
97. sesiapa Yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka Sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka, Dengan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan.

SEMPENA DENGAN TAHUN 2011 INI , MARILAHKITA MENYAMBUTNYA DENGAN RASA KESYUKURAN DAN KEINSAFAN KEPADA ALLAH SWT DAN KITA TUMPUKAN KEAZAMAN DALAM MENINGKATKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN SERTA BERJUANG MENEGAKKAM ISLAM DALAM PELBAGAI BIDANG DAN MEMPERTAHANKAN MARUAH AGAMA SERTA MENJADI SEOARANG MUKMIN YANG BENAR – BENAR BERIMAN DAN BERTAQWA KEPADA ALLAH .
KITA PERLU BERSIKAP PRIHATIN KEPADA AGAMA ,AKHLAK DAN KERJAYA SERTA BERKERJA KERASBAGI MEWUJDKAN KEKUATAN SEBAGAI ASAS MENCAPAI KEJAYAAN ,MANAKALA SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DAN BERCAKARAN SESAMA KITA HANYA MENGUNTUGKAN MUSUH UNTUK DIJADIKAN BAHAN PERCATURAN MEREKA YANG ADA DI MANA – MANA .TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA MELAINKAN KITA SENDIRI .FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AR RA’DU AYAT 11YANG BERMAKSUD :
11. bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.


SELAMAT TAHUN BARU 2011.

No comments:

Post a Comment