SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, January 5, 2011

Kuliah 14 : AMALAN YANG MEMBAWA KEPADA KEBAJIKAN.

(a).Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah ayat 189 yang bermaksud:
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peridaran ) anak -anak bulan,Katakanlah ."(peridaran) anak -anak bulan itu menandakan waktu -waktu (urusan dan amalan) manusia ,khasnya ibadat Haji.Dan bukanlah perkara kebajikan ; kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya ( ketika kamu berihram),akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa ; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya ,serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya "

Di dalam ayat di atas Nabi Muhammad SAW di tanya mengenai hilal ( anak -anak bulan) lalu Baginda menjawab tentang faedah bulan,yang mana boleh menjadi pedoman kapada manusia untuk menentukan awal berpuasa,hari raya ,idah perempuan diceraikan,musim haji dan lain -lain lagi . Tidaklah dinamakan kebajikan memasuki rumah pada musim haji ikut pintu belakang,kebajikan yang sebenarnya ialah bertaqwa kepada Allah dengan mengerjakan haji mengikut peraturan-peraturan yang telah ditentukan,Oleh itu masuklah ke rumah melalui pintu hadapan. Dengan melakukan perintah Allah dan bertaqwa kepadaNya ,Tuhan memberi jaminan akan mendapat kejayaan.

(b) Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud:
"Kamu tidak sekali -kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayang .Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

Kasih sayang sesama manusia bukanlah hanya sekadar di bibir sahaja . Tetapi ia perlu dipraktikkan dengan jiwa,keikhlasan dan pengorbanan. Pengorbanan yang paling tinggi dalam kasih sayang ialah memberikan apa yang paling kita sayangi kepada orang lain yang lebih memerlukan.
Islam sangat menggalakan kita berkorban dan memberi bantuan ketika kita mempunyai kelebihan harta . Pemberian itu pula bukanlah mengira kepada bentuk tetapi apa yang penting ialah keikhlasan dan memahami erti pengorbanan yang sebenar.

Allah sangat mengtahui isi hati seseorang sama ada benar - benar ikhlas atau sebaliknya . Sangatlah rugi orang yang menghulurkan bantuan tetapi dengan hati yang tidak ikhlas . Ia bukan sahaja menyusahkan orang yang menerima bantuan,malah ia juga menimbulkan syak wasangka dan curiga kepada mereka .

(c) Firman Allah Taala dalam surah Al Insan ayat 5-6 yang bermaksud:
"5.Sesungguhnya orang -orang berbakti (dengan taat dan kebajikan),akan meminum dari piala,sejenis minuman yang bercampur dengan "kafur".
6.Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya hamba -hamba Allah (yang taat) mereka boleh mengalirkannya (di tempat -tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah -mudahnya dan menurut kemahuannya."

Orang - orang yang taat disediakan di dalam Syurga minuman yang bercampur kapur, iaitu mereka minum di dalam gelas yang dicebuk dari sebuah matair yang sentiasa mengalir dengan banyaknya ,biasanya orang Arab mencampurkan minuman arak dengan kapur atau halia untuk menambahkan kelazatannya,dengan keterangan ini tahulah mereka bahawa di Syurga ada disediakan minuman yang bercampur kapur itu, tetapi kelazatannya adalah lebih lagi daripada air yang mereka minum di dunia , mutu dan kelazatannya hanya Allah segala yang mengetahui, didedahkan supaya menjadikan orang Islam lebih banyak berbuat amal yang akan membawa kepada kebajikan dirinya

No comments:

Post a Comment