SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, January 22, 2011

Kuliah 16: PERKATAAN - PERKATAAN YANG BAIK .


(a).Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah ayat 83 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan - perkataan yang baik ".

Ayat ini adalah satu daripada isi kandungan perjanjian Allah dengan Bani israil .yang menghendaki menggunakan percakapan yang baik dengan orang ramai terutama di dalam menyampaikan dakwah " menyuruh berbauat baik dan menlarang dari melakukan munkar "

(b)Firman Allah Taala dalam surah Al baqarah ayat 263 yang bermaksud:.

" (Menolak peminta - peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka ) adalah lebih baik daripada sedekah ( pemberian) yang diiringi ( dengan perbuatan atau perkataan yang ) menyekitkan hati.Dan (ingatlah)Allah Maha Kaya lagi MahaPenyabar ."

Perkataan yang baik hendak diucapkan diwaktu peminta sedekah datang meminta sedekah kepada kita, sekiaranya di masa kita di datangi peminta sedekah kita juga susah macamnya maka hendak menolaknya dengan perkataan yang manis dan tidak mengecilkan hatinya, begitu juga hendaklah merahsiakan orang yang datang meminta sedekah kepada kita, kerana kedatangannya itu adalah kerana ia terlalu terdesak ,layanan yang diberikan oleh kita kepada peminta sedekah seperti layanan di atas adalah lebih baik daripada kita menghulurkan bantuankepadanya dengan kata -kata kesat dan mengungkit -ungkit , kerana perbuatan tersebut tidak mendapat pahala di sisi Allah.

(c) Firman Allah Taala dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud:

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah )Allah ,serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,sambil berkata " Sesungguhnya aku adalah dari orang - orang Islam(yang berserah semata - mata kepada Allah).."

Nikmat pertuturan merupakan nikmat teragong yang dikurniakan oleh SWT kepada manusia dan membezakan mausia dari makhlukNya yang lain.Agama Islam memberikan perhatian yang berat kepada perkataan - perkataan yang dituturkan oleh seseorang , kerana perkataan yang lahir mengambarkan hakikat pemikiran dan tabiat pekertinya. Allah memberi tahu bahawa seruan yang mengajak untuk mentaati Allah adalah merupakan sebaik -baik perkataan yang dikeluarakan oleh seseorang disamping itu juga ia melakukan amal salih .

Menampilkan diri dengan label islam adalah amat dituntut walaubagaimanapun pengakuan sahaja tidak cukup malah hendaklah dibuktikan dengan tindak tanduk yang merupakan seorang muslim yang sejati . Di zaman moden ini ada setengah -tengah pihak takut dengan perkataan Islam, dan menuduh Islam ganas, ini adalah tidak betul kerana makna islam itu sendiri adalah sejahtera.Kita hendaklah mejadi Islam sebagi "cara hidup" yang mencakupi semua bidang kehidupan bersesuai dengan Firman Allah Taala Surah Al Baqarah ayat 208 yang bermaksud:

" Wahai orang - orang beriman ! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi ) segala hukum -hukumnya ,

No comments:

Post a Comment