SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, January 26, 2011

kuliah 17.Berlumba-lumba mengerjakan amalan yang baik

(a)Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 110 yang bermaksud:

" Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikan zakat , dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan."

Ayat ini merupakan gesaan kepada kita supaya melakukan amalan baik ,dengan berlumba -lumba ,jangan memberi peluang kepada orang lain ,atau pada awal waktunya , tidak bertangguh-tangguh ,seperti mendirikan sembahyang pada awal waktu ,kerana merupakan banyak pahala,begitu juga dalam mengeluarkan zakat , apabila cukup nisabnya maka henaklah dikeluarkan segera.,segala sumbangan yang kita berikan itu dengan cara mendahului orang lain akan mendapat pahala yang banyak dari Allah , kerana Allah itu sentiasa melihat apa - apa yang kita lakukan .

(b)Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 148 yang bermaksud:

" Dan bagi tiap - tiap umat ada arah (kiblat) yang masing -masing menujunya, oleh itu berlumba - lumba kamu mengerjakan kebajikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua ( berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan)sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap -tiap sesuatu"

Allah mengalihkan perhatian kaum Muslimin supaya jangn tergugat dan terpengaruh kepada komplut -komplut ,fitnah -fitnah dan perkataan -perkataan yang ditaburkan oleh Ahli Kitab dan juga mengalihkan perhatian Umat islam supaya berlumba-lumba kepada alaman-amalan kebajikan,sambil mengingatkan mereka bahawa sekalian manusia akan dihimpunkan di padang Mahsyar pada hari Akhirat kelak

(c)Firman Allah Taala dalam Surah Taubah ayat 100 yang bermaksud:

" Dan orang - orang terdahulu - yang mula - mula ( berhijrah dan memberi bantuan ) dari orang " Muhajirin" dan "Ansar " dan orang - orang yang menurut ( jejak langkah ) mereka dengan kebaikan ( iman dan taat),Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia(Allah) ,serta ia menyediakan untuk mereka Syurga - Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai , mereka kekal di dalamnya selama - lamanya, itulah kemenangan yang besar ."

Di dalam ayat ini Allah menyebut ada tiga gulungan yang mendapat keredhaan Allah dan juga mereka pula redha akan Allah,dengan mendapat balasan syurga -syurga yang penoh nikmat kerana mereka adalah gulungan yang berlumba -lumba mengerjakan kebajikan. Tiga gulungan itu ialah :

(1) Orang -orang Islam Mekah yang mula -mula berhijrah ke Madinah dan orang -Orang Islam Madinah yang menolong mereka pada peringkat awal hijrah.

(2) Golongan Muhajirin dan Ansar

(3) Golongan Tabiin .

Ketiga -ketiga golongan tersebutlah yang menjadi Islam berkembang keseluruh dunia .Yang mana mereka memainkan peranan masing -masing :

Golongan pertama : Mereka sanggup meninggalkan tanahair temapt tumpuh darah mereka dengan meninggalkan harta benda ,ikut berhijrah bersama nabi apabila perintah hijrah dikeluarkan ,bergitu juga pihak yang menanti (Orang Islam Madinah) sanggup membantu orang -orang yang baru berpindah itu ,dengan berkorban apa yang ada pada mereka.

Yang mereka ikrarkan di dalam dua perjanjian : Aqabah petama dan Aqabah kedua.

Golongan kedua : Adalah terdiri dari orang -orang yang telah berpindah ke Madinah sama ada yang awal atau yang akhir semua di sebut Muhajirin dan begitu juga Ansar yang membantu golongan muhajirin tidak kira peringkat awal atau kemudian semua berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disebut sebagai:

Baldatun taiyibah warabul ghafur

Golongan ketiga : Sahabat -sahabat yang hidup selepas Nabi yang mengikut jejak langkah golongan pertama dan kedua ,yang menyibarkan islam samada melalui penaalukan atau melalu dakwah .

(d)Firman Allah Taala dalam Surah Al Anbiya' ayat 90 yang bermaksud:

"Maka kami perkenankan doanya, dan kami kurniakan kepadanya (anaknya ) Yahya , dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul,(untuk melahirkan anak) baginya.(kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul -rasul itu kerana )sesungguhnya mereka sentiasa berlumba - lumba dalam mengerjakan kebaikan,dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penoh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusu' ( dan taat) kepada kami."

Ayat ini adalah sambungan dari ayat 89 yang mana Nabi Allah Zakaria memohon kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak , maka Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria lalu dikurniakan seorang putera bernama Yahya.Keluarga ini adalah keluarga bahgia , dan mereka berlumba -lumba mengerjakan kebajikan,Nabi Zakaria,isterinya dan juga Yahya.Mengerjakan amal kebajikan dengan harapan mendapat Syurga Allah dan takut dan gerun dari azabnya yang pedih .

No comments:

Post a Comment