MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DI RAHMATI ALLAH SAKALIAN .
Bulan Rabi’a awal merupakan salah satu dari bulan yang mulia kerana pada bulan inilah , junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW diputerakan .Keputeraan baginda adalah rahmat kepada sakalian Alam .Firman Allah SWT dalam Surah Al-‘anbiya’ ayat 107 yang bermaksud :
Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Sesungguh Nabi Muhammad SAW merupakan penghulu segala rasul yang mempunyai kelebihan darjat daripada nabi –nabi dan rasul-rasul yang lain .Baginda SAW dikurniakan dengan makjizat al-quran adalah salah satu makjizat yang paling utama kerana menjadi pertunjuk kepada manusia seluruhnya dan sesuai sepanjang zaman.
Mencintai Rasulullah SAW menjadi kewajipan kepada umat islam seluruhnya lebih dari diri sendiri .Perasaan cinta kepada baginda tidak cukup hanya dilahirkan melalui perkataan atau sambutan hari keputeraan baginda semata –mata .Sebaliknya hendaklah mencontohi sifat keperibadian yang mulia rasulullah saw .Firman Allah SWT dalam surah al-ahzab ayat 21 yang bermaksid:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Firman Allah SWT lagi dalan surah al-Qalam ayat 4 yang bermaksud :
Dan bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Rasulullah saw sentiasa bercakap benar dalam semua keadaan dan tidak pernah berdusta .Baginda juga bersifat ‘adil terhadap semua orang sekalipun terhadap keluarganya sendiri .Ini ditegaskan melalui sabda baginda yang maksud :
Demi Allah seandainya anakku Fatimah mencuri nescaya aku potong tangannya .
Rasulullah SAW juga mempunyai sifat kesabaran yang tinggi .Ini dibeuktikan melalui kejayaannya menyibarkan dakwah islam walaupun mendapat rintangan yang begitu kuat daripada orang – orang Arab pada waktu itu .Contoh kesabaran Rasulullah SAW mengenai kisah seorang perempuan tua yahudi yang sentiasa menganggu dengan membaling sampah kepada Rasulullah SAW apabila melintasi rumahnya .Bahkan perempuan tua itu pernah membaling najis haiwan tetapi baginda sedikit pun tidak menghiraukannya .Pada suatu hari sewaktu Rasulullah SAW melintasi rumah perempuan tua itu, baginda merasa pelik kerana tidak diganggu seperti biasa .Lalu beginda diberitahu bahawa perempuan tua tersebut telah jatuh sakit .Baginda pun menziarahi dan memberi makan serta minum kepaanya .Budi pekerti Rasulullah SAW yang tinggi itu menyebabkan perempuan tua itu memeluk Islam .
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DI RAHMATI ALLAH SAKALIAN .
Marilah kita pada bulan Maulid ar rasul ini kita bersungguh-sungguh meneladani peribadi dan akhlak mulia rasulullah SAW , insyaallah kita mendapat kebahgiaab dunia dan akhirat.
Keperibadian Rasulullah SAW yang perlu kita teladani antaranya :
Pertama : AMANAH , Sifat ini adalah merupakan sifat terpuji (mahmudah) yang telah menjadi pegangan hidup rasulullah saw sejak kecil lagi , diberi gelaran al-amin (yang amanah) sebelum diangkat menjadi rasul dan diberi kepercayaan untuk menjdi hakim bagi menyelesaikan perbalahan puak di Mekah bagi meletakkan hajar aswad .Justeru itu , kita hendaklah bersifay amanah dan menjadikannya sebagai pakaian kehidupan di sepanjang masa dan tempat .Dengan sifat ini seperti Rasyuah, penyelewengan , penipuan dan sebagainya akan dapat di atasi dan diselesaikan .Sebagai penjawat awam hendaklah amanah di dalam melaksanakan tugas yang diberikan seperti menjaga waktu bekerja , menyempurnakan tugas dalam tempuh yang ditetapkan dan sebagainya.Firman Allah SWT dalam surah an Nisak ayat 58 yang bermaksud :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya),
Kedua :BENAR (SIDDIQ) ,rasulullah saw bersifat benar dan tidak pernah menipu sesiapapun sama ada terhadap orang mukmin ataupun orang kafir .Abu Lahab tidak beriman sekalipun percaya kepada ucapan rasulullah saw , keenggannya menerima dakwah islam bukan tidak percaya kepada Rasulullah tetapi keangkuhan dan kesombongannya.Apabila sifat benar ini dipupuk dan dihayati dalam kehidupan, kita mampu melahirkan insan yang cemerlang dan tinggi akhlaknya sebagaimana akhlak para sahabat yang dibimbing oleh Rasulullah saw .Sekiranya jenarasi muda menghayati sifat benar maka kejadian jenayah dapat dielakkan seperti penyalahgunaan najis dadah .Sesuatu jenayah itu kebiasaannya bermula dari sikap suka menipu sama ada ibu bapa ,guru , keluarga dan masyarakat .Oleh itu latihlah anak-anak kita supaya sentiasa menghayati sifat benar di dalam kehidupan mereka .contohnya ibubapa jangan mendidik anak –anak menipu , terdapat ibubapa menyuruh anaknya memberitahun tetamu yang datang dengan mengatakan dia tidak ada sedangkan dia berada dirumah .Sabda Rasulullah SAW :
katakanlah yang hak itu walaupun ianya pahit
Ketiga :BIJAKSANA (FATANAH) .Baginda rasulullah saw walaupun seorang yan ummi namun baginda dianugerahkan dengan kebijaksanaan .kebijaksanaan Rasulullah saw itu dapat mengatur stratigi bagi menegakkan Agama Islam , contohnya termeterainya “Perjanjian Hudaibiyah” walaupun tidak dipersetujui oleh sesetengah sahabat tetapi akhirnya terbukti tindakan Rasulullah itu adalah betul dan tepat .Begitu juga cara perjalanan hijra Rasulullah saw ke Madinah yang menyuruh supaya sahabatnya berhijrah terlebih awal daripada baginda .Hijrah inilah yang memberikan sinar kepada tertegaknya agama Islam di atas muka bumi ini.
Oleh itu apabila kita hendak memilih ketua maka pilihlah orang bijaksana kerana tindakkan dan arahannya akan memberikan manfaat dan boleh dijadikan panduan kepada kita .Allah SWT amat memuliakan orang yang bijaksana atau berilmu pengetahuan berbanding dengan orang jahil .firman Allah SWT dalam Surah al mujadilah ayat 11 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.
Keempat :TABLIGH (Menyampaikan) iaitu menyampaikan wahyu allah , tidak ada satu ayat pun atau keterangan dari Allah melainkan semuanya telah disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW .Tugas baginda adalah menyampaikan wahyu Allajh sama ada diterima atau ditentang oleh masyarakatnya.Firman Allah SWT dalam surah AlMaaidaah ayat 67 yang bermaksud:
Wahai Rasul Allah! sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika Engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah Engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
Adalah menjadi kewajipan kita meneruskan risalah baginda yang ditinggal dan diamanahkan kepada kita .Kita wajib menyampaikan ajaran Islam dan menengakkannya di muka bumi ini supaya manusia seluruhnya dapat memahami risalah Allah ini agar agam Islam ini tidak difitnahkan sebagai agama membawa keganasan .
Antara perkara yang menjadi kewajipan kita untuk meneruskan risalah Rasulullah SAW, kita bukan sahaja menyeru manusia kepada amar makrf dengan melupakan mencegah kemungkaran sedangkan mencegah kemungkaran itu adalah lebih utama di zaman serba moden ini .
Umat Islam hendakah bersungguh –sungguh mencegah kemungkaran supaya tidak berluasa di kalangan masyarakat kita .Oleh itu peranan tegur menegur ke arah kebaikan hendaklah dijadikan budaya hidup kita .Masyarakat Islam hari ini hendaklah bersedia menerima teguran untuk kebaikan mereka .Janganlah dijadikan teguran yang baik itu membawa perselisihan dan perbalahan di antara kita .Yang tua menegur yang muda , yang muda menghormati yang tua.
MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DI RAHMATI ALLAH SAKALIAN .
Di samping kita mengamalkan sifat- sifat terpuji Rasulullah SAW kita juga hendaklah benar –benar mencintai rasulullah SAW dengan mengamalkan sunahnya dan meninggalkan larangannya .Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud :
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Bersempena dengan maulid rasulullah sawa marilah kita membanyakan selawat kepada Rasulullah .firman Allah SWT dalam surah al-ahzab ayat 56 yang maksud :
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Sabda rasullah saw yang bermaksud :
Barang siapa berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari Qiamat “ .
Sakalian terima kasih , wassalam .
No comments:
Post a Comment