SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, December 23, 2010

Kuliah 10 :SERDAHANA DI DALAM BERAMAL

(a) 1.Firman Alla Taala dalam Surah Al Isra' ayat 29 yang bermksud:

" Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu ,dan janganlah pula engkau menghulurkan dengan sehabis-habisnya.,kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan."

2. Firman Alla Taala dalam Surah Al Furqan ayat 67 yang bermksud:
."Dan juga mereka ( yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya , tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan ( sebaliknya ) perbelanjaan mereka adalah betul serdahana di antara kedua -dua cara ( boros dan bakhil ) itu ."

Kedua -kedua ayat di atas adalah memerintahkan umat Islam supaya bersedahana di dalam berbelanja ,tidak terlalu kedekut seperti " genggam tak tiris, dan tidak terlalu boros ,kerana boros itu saudara syaitan .

(b)Firman Alla Taala dalam Surah Al Isra' ayat 110 yang bermksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad ! ) , "Serulah nama Allah atau nama Ar Rahman ,yang mana sahaja kamu serukan ( dari kedua -dua nama itu baik belaka );kerana Allah yang mempunyai banyak nama - nama yang baik serta mulia .Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa' atau sembahyangmu , juga janganlah engkau perlahankannya , dan gunakanlah sahaja satu cara yang serdahana antara itu."

Semasa kaum kafir musyrik mendengar Nabi Muhammad SAW menyebut dalam doa'nya "Ya Allah ,Ya Rahman " mereka merasa pelik dan berkata "Muhammad mendakwa mempunyai satu Tuhan ,tetapi ia menyebut nama dua Tuhan - lalu turun ayat di atas yang menjelaskan tentang bahawa Allah dan Ar Rahman ialah nama Tuhan yang Maha Esa ,yang mana sahaja disebutkan adalah baik belaka,kerana Allah ada mempunyai 99 nama yang baik ( Asmaul Husna ).Seperti :
Ar Rahman ,Ar Rahim , Al Malik , AlQudus, As Salam
dan lain -lain lagi yang mengadungi makna sebaik -baik dan semulia -mulia yang layak kepada ALLAH .
Pada permulaan Islam , Rasulullah SAW diperintahkan mengerjakan ibadat secara sembunyi dan dilarang menyaringkan suara ketika sembahyang kerana untuk mengelakkan dari gangguan orang -orang kafir musyrik.Di samping juga dilarang membaca secara perlahan ,kerana tidak dapat didengar oleh sahabat -sahabat yang turut sama bersembahyang jemaah . Maka dianjurkan supaya membaca dengan suara yang serdahana .Tikdak nyaring dan tidak perlahan .

(c)Firman Allah Taala dalam Surah Lukman ayat 32 yang bermksud:
" Dan (orang -orang yang tidak bersifat demikian ) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok -kelompok awan menyerkup,pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata - mata .Kemudian apabila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengEsakanNya ).Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti -bukti kemurahan Kami melainkan tiap - tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi ."

Dalam kehidupan ini , Umat Islam disuruh mengekalkan baik sangka (Husnul zan) terhadap Allah dan meletakkan keyakinan kepadaNya dalam apa jua keadaan .Merujuk kepada ayat di atas , betapa Allah SWT menyuruh Umat Islam supaya meletakkan kepercayaan semata-mata kepadaNya dalam menhadapi sesuatu bencana dan kesusuhan dalam hidup.Ketika menhadapi musibah daripada Allah SWT kita umat islam disuruh bertawakkal Kepada Allah SWT dengan mendoa dan mengikhlaskan kepercayaan kepadaNya semata -mata .Pada ketika menghadapi sesuatu keadaan yang sukar ,kita disuruh bersabar dan berserah kepada Allah SWT . Sekiranya kita diselamatkan Allah dari bencana tersebut maka hendaklah bersyukur dan berterima kasih kerana melepaskan kita dari bencana tersebut .Ada segelintir Umat Islam yang tidak bersifat adil di atas bencana yang menimpa mereka dengan merunggut -runggut dan melepaskan rasa kecewa kepada Allah .Sepatutnya mereka bersifat sedahana dengan redha menerima bencana dan bersyukur kalau mereka selamat dari bencana tersebut .
(d) Firman Allah Taala dalam suruh Fatir ayat 32 yang bermksud:

" Kemudian Kami jadikan Al Quran itu diwarisi oleh orang -orang yang kami pilih dari kalangan hamba -hamba kami,maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri ( dengan tidak mengindahkan ajaran Al Quran ) dan di antaranya ada yang bersikap serdahana , dan antaranya pula ada yang mendahului( orang lain ) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah . Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar ( dari Allah semata -mata )."

Di dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa Umat Nabi Muhammad SAW diwariskan Kitab suci Al Quran ( terutama selepas wafat baginda SAW )yang mereka warisi ialah isikandungan , hukum hakam, dan aqidah di dalamnya.
Walaupun mereka (Umat Nabi Muhammad SAW ) mewarisi kitab suci Al Quran tetapi mereka berpecah kepada tiga gulungan :

(1) Zalim akan diri sendiri.

(2) Serdahana ( cermat dan berhati -hati di dalam beramal)

(3) Mendahului berbuat kebajikan.

Banyak pentafsiran yang dibuat oleh Ahli Mufasirin mengenai tiga gulungan tersebut .di antaranya Sahal bin Abdullah mengatakan gulungan pertama orang bodoh ,golongan kedua orang yang berlajar dan golongan ketiga ialah orang alim.Ibni Atiah Iskandari pula mentafsirkan gulungan pertama orang yang cinta kepada Allah semata-mata dunia,golongan kedua yang cinta kepaa Allah ,kerana memikir hari kemudian,golongan ketiga Gugur keinginannya kerana mengikut printah Allah .Di dalam kitab Tafsir Ar Razi menyalin 10 makna ketiga -tiga golongan tersebut ,seperti berikut :

zalim serdahana Mendahului berbuat baik
Banyak salah Sama baik dengan salah Lebih banyak baik
Kulit lebih baik dari isi Sama isi dengan kulit Isi lebih baik
Tauhid & Tak beramal Tauhid & beramal Tauhid & banyak amal
Baca Al Quran tak mengetahui Baca Al Quran mengetahui Baca Al Quran mengetahui dan beramal
Jahil Suka belajar Alim
Masamah Maimanah Muqrabin
Neraka selepas dihisab Syurga selepas dihisab Syurga tanpa hisab
Buat maksiat ,tak menyesal dan tak taubat Buat maksiat menyesal dan taubat Buat maksiat , menyesal dan diterima taubat
Tidak beramal dengan Al Quran Beramal dengan Al Quran Beramal dengan Al Quran dan mengajar orang lain .

Yang dimaksudkan dengan "kurnia yang amat besar " pada penghujung ayat 32 Surah Fatir ini ialah golongan yang diterangkan di atas masih ada harapan untuk mendapat syurga Allah dengan cara yang berbuat zalim menginsafi dirinya dan bertaubat lalu diterima Allah taubatnya, dimasukkannya ke dalam Syurga, dan yang serdahana amalan mempertingkatkan amalannya dengan mudah masuk syurga, menakala yang mendahului kebajikan itu , tidak ragu -ragu dengan janji Allah sehingga ada yang sanggup berkorban jiwa di dalam memerangi musuh Allah sehingga ada yang mati syahid

No comments:

Post a Comment