SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, December 9, 2010

MENGUBATI PENYAKIT WAS – WAS.

PENYAKIT was – was adalah satu penyakit yang tidak boleh dibiarkan dan perlu diubati segera.
Was –was itu timbul apabila seseorang itu melayani perasaannya dan ia mempunyai kaitan dengan ilmu yang dimiliki sama ada belum sampai ke tahapnya atau langusng tidak mempunyai ilmu pengetahuan .
Yang banyak berlaku ialah disebabkan seseorang itu tidak mempunyai faham kosep niat .Mungkin penjelasan daripada guru yang mengajar tidak mencukupi atau dengan pemahaman cetek .
Ramai yang terlibat dengan was – was yang bersangkut paut dengan ibadat harian.
Sebenarnya setiap orang mesti yakin apa yang dilakukan memadai dengan sekali sahaja ,contohnya Takbir ,lakukan sekali sahaja , basuh aggota wuduk dengan 3 kali ,jangan lebih , jangan lakukan lebih daripada yang diperintahkan , kalau lakukan lebih ia akan mengulangi beberapa kali , ini disebabkan rasa was – was .
Yang menjadikan manusia was – was sebab dipengaruhi oleh jin atau syaitan dan sikap manusia itu sendiri .Tanpa ilmu akan memudahkan seseorang itu dipengaruhi oleh jin dan syaitan ,sebab itu Islam menekankan pentingnya memiliki ilmu supaya syaitan susuh menebusi kita .
PENGERTIAN NIAT .
Dalam menunaikan solat apabila seseorang memijak tikar sembahyang sudah ada lintasan dalam hati untuk mengerjakan solat , maka itulah dinamakan niat .
Masyarakat Arab yang berilmu tidak memakan masa yang lama ketika mengangkat takbir .Sebaliknya sekejap sahaja .
Was – was adalah berpunca daripada penjelasan yang tidak tepat .Umpamanya dalam menunaikan solat dianjurkan memasang niat “Sahaja aku solat fardhu Zohor empat rakat tunai kerana Allah Taala “.
Bukan begini cara niat yang disuruh oleh Agama.Apabila pengertian niat sebenarnya tidak diberi penjelasan,kesannya ada orang yang mengangkat takbir lama sebab hendak memasukkan niat dalam takbirnya .Afa pula yang mengangkat takbir lima atau enam kali .Sebab masih belum puas dalam usahanya memasukkan niat .
Cuba lakukan takbir sekali sahaja . Jangan was – was (ragu –ragu ) , yakinkan dengan sepenuh keyakinan yang niat sudah jadi .Memang syaitan hendak kita terus mengulangi dan merasa tidak puas .Dari sini timbullah penyakit was – was .Oleh itu sebagai ubatya .setiap kita mesti yakin dengan apa yang kita lakukan itu sudah baik dan sempurna , jangan ada was –was .Insya Allah ibadat kita diterima Allah dan penyakit was –was dapat diubati .
NIAT DENGAN LAFAZ .
Ulamak menyatakan bahawa hendaklah disebut lafaz dahulu sebelum niat .Ia boleh dilakukan sebagai memandu hati untuk melakukan niat .Ianya adalah baik , tetapi kalau dengan lafaz itu mengganggu pencapaian seseorang untuk berniat maka lebih baik tak usah lakukan lafaz .Tujuan ulamak itu baik untuk memudahlkan kita, tetapi jika menyusahkan , tidak perlu kepada lafaz sebelum berniat .
Sabda Rasululhahn SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya segala amalan diterima berasaskan kepada niat dan bagi setiap orang diberi pahala berdasarkan kepada apa yang diniatkannya.”
Berpanda kepda hadis di atas , bahawa segala amalan itu diterima berasaskan niat bukannya lafaz .
AKIBAT DARI PENYAKIT WAS – WAS .
1.Menggambarkan negative tentang Islam.
2.Melemahkan semangat orang untuk masuk Islam.
3.Mengganggu makmum lain dengan mengangkat takbir beberapa kali sebelum solat ,contoh dalam hendak mengerjkan solat ( bagi mereka yang was- was ) .

UBAT PENYAKIT WAS – WAS .
WAS- WAS bukanlah perkara baru, ia telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW , dan untuk mengubatinya maka kita disuruh membaca Surah An Nas .Surah An Nas mengajar kita mohon perlindungan kepada Allah daripada bahaya – bahaya batin , iaitu bahaya perasaan ragu – ragu dan ingatan buruk yang datangnya daripada angkara makhluk yang tidak kelihatan – syaitan atau jin , dan daripada tipu daya makhluk yang berupa manusia /perasaan dan ingatan buruk ini adalah penyakit besar yang menyababkan rosaknya iktikad atau kepercayaan dan amal ibadat .




Maksud Surah An Nas :
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
2. "Yang Menguasai sekalian manusia,
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, -
5. "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, -
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omar
Ketua Penerangan urusan Ulamak PAS Kawasan Temerloh .

No comments:

Post a Comment