SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, December 28, 2010

Kuliah 12:AKHLAK YANG BAIK.

11.1.Menunaikan janji ,Firman Allah Taala dalam Surah Al Baqarah ayat 40 yang bermksud:

"Wahai Bani Israil ! kenangkan kamu akan segala nikmat yang telah kuberikan kepada kamu , dan sempurnakan perjanjian (kamu ) denganku,supaya aku sempurnakan perjanjianku dengan kamu, dan kepada Akulah sahaja kamu merasa gerun takut ( bukan kepada sesuatu yang lain )

Perjanjian di sini ialah perjanjian di antara Allah dengan hambanya suapaya mereka mematuhi perintah Allah dan menyerahkan seluruh diri mereka kepad Allah .Untuk Mematuhi perjanjian tersebut Allah Menyeru Bani Israil supaya takut kepadaNya ,di antara perkara yang diperintahkan menunaikan janji itu ialah supaya Bani Israil beriman dengan Al Quran ,yang mana kitab suci yang mengesahkan kitab -kitan sebelum Al Quran termasuk Taurat yang ada pada mereka dan jangan menjadi oarang pertama mengingkari seperti Firman Allah Surah Al Baqarah ayat 41 yang bermksud:

"Dan berimanlah kepada kitab yang telah ku turunkan ( Al Quran) yang mengesahkan kita yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang pertama mengingkarinya."

Sifat menunaikan janji adalah sifat yang mulia,orang -orang yang tidak menunaikan janji adalah dianggap adalah tanda orang munafiq .

11.2.Memberi salam . Firman Allah Taala dalam Surah An Nisaa' ayat 86 yang bermksud:

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya , atau balaslah dia (dengan cara yang sama ). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap -tiap sesuatu ."

Menjawab salam adalah satu kewajipan bagi orang Islam , dan jawapan yang diberikan itu hendaklah lebih baik dari salam yang diberi ataupun sama dengan salam itu,kerana jawapan yang lebih baik akan mendapat lebih banyak ganjaran dari Allah . Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermakud :" Datang seorang lelaki Badwi menemui Rasulullah SAW lalu mengucap "" ASsalammualaikum” maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " sepuluh " .Kemudian datang seorang yang lain ,lalu memberi salam " "" ASsalammualaikum warahmatullahا maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " dua puluh ' .Kemudian datang seorang lain mengucapkan "" ASsalammualaikum warahmatullahاwabarakatuh ا "" maka beliau menjawabnya kemudian beliau duduk dan bersabda " tiga puluh ' ( tiga puluh kebajikan ) . Riwayat Abu Daud dan Termizi .
Di dalam sebuah hadis yang lain yang menyatakan bahawa jawapan yang lebih baik adalah di anjurkan tersebut dalam Azkar karangan Imam Nawawi Seorang sahabat berjalan melalui Rasulullah lalu membari salam : ASsalammualaikum warahmatullahا " Baginda Rasulullah menjawab :
Alaikumussalam warahmatullah wabarakahtu waridwanuhu. sahabat hairan dengan jawapan Nabi yang terlalu panjang,dan bertanya :"Engkau menjawab salam itu kenapa terlalu panjang? " Rasulullah menjawab :"Salahkah aku lakukan ini yang akan menghasilkan ganjarannya menyamai beberapa belas orang ."


11,3, Tolak kejahatan dengan cara baik. Firman Allah Taala dalam Surah Al Mukminun ayat 96 yang bermaksud:

"Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepada kamu dengan cara sebaik -baiknya .Kami Maha Mengtahui apa yang mereka katakan itu ."


Dengan ini Allah memberi pertunjuk supaya Nabi Muhammad SAW menolak dengan cara sebaik -baiknya kejahatan kaum musyrik yang mendustakannya dan menyakitinya , bukan sahaja dengan bersabar dan memaafkan mereka, bahkan juga dengan berbuat baik kepada mereka, kerana Allah jualah yang akan membalas kejahatan mereka dengan seadil-adilnya .

11.4.Memberi salam ketika berkunjung ke rumah jiran . Firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 27 - 28 yang bermaksud:

27."Wahai orang -orang yang beriman ,janganlah kamu masuk ke dalam mana -mana ruamh bukan rumah kamu,sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya ,yang demikian adalah lebih baik bagi kamu,supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu ).
28.Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin ) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah" maka hendaklah kamu berundur balik,cara yang demikian itu adalah lebih suci bagi kamu, dan (ingatlah )Allah Maha Mengtahui akan apa yang kamu lakukan."

Ayat di atas Allah Mengajar Umat Islam cara dan adab peraturan berziarah ke rumah orang lain( jiran ) , supaya terhindar dari belakunya perkara yang tidak diingini,lebih -lebih lagi kalau di masa itu orang lelaki tiada di rumah .
Jika kamu diperintahkan pulang , maka hendaklah kamu pulang contohnya orang perempuan mengatakan orang lelaki tiada di rumah dan menyuruh kamu pulang ,maka hendaklah kamu pulang dengan berlapang dada .

11.5.Cara bergaul dengan Ibubapa /majikan . Firman Allah Taala dalam Surah An Nur ayat 58 - 59 yang bermaksud:
58 .Wahai orang -orang beriman ,hendaklah hamba -hamba kamu dan orang -orang yang belum baligh dari kalangan kamu , meminta izin kepada kamu ( sebelum masuk kepada kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang subuh , dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya ) .Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut , (kerana mereka ) orang -orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu masing -masing sentiasa berhubung rapat di antara satu sama lain..Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat -ayatNya ( yang menjelaskan hukum-hukumnya) dan (ingatlah ) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
59."Dan apabila kanak -kanak dari kalangan kamu telah baligh ,maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang -orang ( yang telah cukup umur ) yang tersebut dahulu , meminta izin .Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya ) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Dalam ayat 58 Allah menyeru kepada orang -orang beriman supaya mengikuti peraturan pergaulan diantara ibubapa/majikan dengan anak-anak belum baligh/hamba iaitu mengenai peraturan : Adalah dilarang kepada anak-anak belum baligh/hamba masuk kepada ibubapa/majikan dalam tiga masa berikut:

(1)Semasa bangun dari tidur (sebelum sembahyang subuh)

(2)Semasa rehat di tengahari .

(3)Selepas sembahyang Isyak ,

kecuali meminta izin .,kerana waktu tersebut kebiasaannya aurat mereka (ibubapa/majikan) terdedah

.Selain dari tiga masa tersebut tidaklah menjadi kesalahan untuk mereka (kanak-kanak belum baligh/hamba) masuk menemui ibubapa/majikan mereka tanpa izin , Peraturan ini mestilah diikuti demi untuk menjaga kehormatan masing -masing. Dalam ayat 59 pula Allah menjelaskan bahawa peraturan ini hendaklah diikuti lagi walaupun kanak -kanak telah meningkat dewasa (baligh).Peraturan ini hendak diajarkan kepada mereka .Dengan mengikuti peraturan ini wujudlah sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera .

11.6.Adab di dalam Majlis .Firman Allah Taala surah Al Mujadalah ayat 11 yang bermaksud:
" Wahai orang -orang beriman ! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu ( untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh -bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya ) untuk kamu .Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah ,supaya Allah meninggikan darjat orang -orang yang berilmu di antara kamu, dan orang -orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu) - beberapa darjat .Dan (ingatlah) ,Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."


Orang - orang Islam diingatkan apabila berada di dalam sesuatu majlis maka hendaklah ia mematuhi peraturan dan adab di dalamnya, umpamanya melapangkan tempat duduk bagi mereka yang masuk kemudian,bangun apabila di minta bangun dan meninggalkn majlis itu.

Menuntut ilmu adalah satu kkewajipan bagi umat islam demi untuk mendapat darjat dan pangkat sebagaimana dijanjikan Allah di dalam ayat tersebut di atas .Orang -orang yang mempunyai ilmu pengetahuan hendaklah bersifat amanah dengan ilmu yang ada padanya iaitu beramal dengan ilmunya dan meyebarkan kepada orang lain .

No comments:

Post a Comment