SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, December 6, 2010

HIJRAH RASULULLAH SAW : TITIK PERMULAAN MEMBINA KEKUATAN ISLAM.

Dengan Inayah Tuhan Ar-Rahman memelihara dan melindungi Rasullah SAW , ketika berlakunya persidangan di Darul Nadwah untuk menyekat Penghijrahan Rasulullah SAW dan perkembangan akidah Islam ,maka Allah SWT mengizinkan baginda Nabi dan pengikut-pengikutnya berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah .Bukanlah kerana lari dari maut atau untuk mendapat kemenangan .Sesungguhnya penghijrahan baginda adalah untuk menegakkan kebenaran Islam di bumi yang penduduk-penduduknya berfikiran secara terbuka , dan juga untuk mendirikan daulah Islam di Madinah dan menyinarkan cahaya iman untuk penduduk –penduduknya.
Hijrah Rasulullah SAW dan sahabat – sahabatNya adalah untuk membangunkan keimanan yang benar dan mejayakan tuntutan agama .Hijrah merupakan satu pergerakan yang memandu kemajuan ummah , dan kekuatan Ilmu pengetahuan dan menegakkan Akhlak yang mulia .
Hijrah merupakan titik permulaan dalam penyibaran dakwah Islam , untuk melahirkan umat yang terpilih .Hijrah membawa pengertian yang agong kepada perkembangan Islam .Dengan hijrah itu maka lahirlah pembaharuan cahaya keimanan ,keamanan sejagat, mendapat hidayah dan kemanisan iman.
Hijrah belaku selepas tiga belas tahun nabi menyeru kaumNya kepada Islam, tetapi hasilnya tidak menggalakkan , malah baginda dan pengikut-pengikutnay menanggung penderitaan yang hibat dalam usaha dakwah untuk mengajak kepada akidah yang betul , jauh dari syirik dan akhlak yang buruk .
Faktor – faktor yang membawa kepada Nabi berhijrah :
1.Umat Islam sangat menderita disiksa oleh kaum musyrikin Qurisy .Firman Allah SWT yan bermaksud :
29. Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
30. dan apabila orang-orang yang beriman lalu dekat mereka, mereka mengerling dan memejam celikkan mata sesama sendiri (mencemuhnya).
31. dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira;
32. dan apabila mereka melihat orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Sesungguhnya orang-orang itu adalah golongan yang sesat!"
33. pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang-orang yang beriman itu! ( Surah Al-Mutaffifin : 29 – 33) .
Firman Allah SWT surah Al-‘An’am ayat 33 – 34 yang bermaksud :
33. Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
34. dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan oran-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
Selepas Islam beberapa orang daripada penduduk Mekah, mereka mengiktu ajaran Nabi Muhammad SW yang terdiri semua kabilah di Mekah , maka orang – orang kafir Qurisy marah dan menyiksa di kalangan keluarga mereka dan hamba abdi kepunyaan mereka dengan dipukul ,dijemur dan tidak diberi makan .Di antaranya yang menerima siksa yang hebat itu ialah Bilal bin Rabah seorang hamba milikUmaiyah bin Khalaf , Bilal disiksa dengan hebat ,supaya kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi Bilal mempunyai keimanan yang kuat , walaupun disiksa beliau tetap beriman dengan berkata .” Ahad, Ahad (Tuhan yang Esa, Tuhan yang esa ).Bani Makhzum menyiksa keluarga Ammar bin yasir , ibu dan ayahnya dibunuh .Diwaktu Rasulullah melalui tempat penyiksaan keluarga Ammar baginda berdoa .”Ya! Allah sabarkan kelurga Ammar ,kamu semua akan dijanjikan dengan balasan syurga .”
Kedua :Penyiksaan yang sangat hebat diterima oleh Rasulullah SAW selepas wafat bapa saudaraNya Abu Talib , yang mana semasa hayatnya sangat kuat mempertahankan baginda dari disiksa .Baginda bersama Zaid bin Harithah menujukan ke Taif , untuk mendapat bantuan dari Suku Thaqif , tetapi malangnya baginda tidak diterima oleh orang – orang Taif malah disiksa dengan hebat , sehingga baginda mendapat luka-luka dari serangan orang Taif itu .
Ketiga :Baiah Aqabah pertama dan Baiah Aqabah kedua merupakan perjanjian yang menanamkan seamangat keimanan yang benar yang membawa kepada kejayaan .Di dalam perjanjian Aqabah pertama mereka berjanji :
a.Beriman dengan Allah SWT yang satu
b.Berpegang teguh dengan dengan kelebihan amalan dan ibadat.
c.Dan dilarang daripada berzina, membunuh anak dan ,mencuri.
Baiah Aqabah kedua yang diwakili seramai 75 orang (73 lelaki dan 2 0rang wanita )mereka berjanji dengan Nabi SAW :
a.Mempertahankan Rasulullah SAW dari dizalimi musuh .
b.Taat setia di masa kesusahan mahupun di masa senang , di masa genting mahupun di masa tenang
c.Tidak akan berpecah .dan bercakap benar ,
c.Takut kepada Allah SWT .
Firman Allah SWT surah Al-Haj : ayat 39 -40 yang bermaksud:
39. diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
40. Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Dengan perjanjian yang baru membuka peluang kepada Rasulullah SAW dan pengikut – pengikutnya untuk berjuang memperkukuhkan Iman dan seruan Islam secara bebas , disamping dibenarkan untuk berjihad .
Keempat : Desakkan dari Kafir Quraisy supaya Rasulullah SAW dan pengikut –pengikutnya berhijrah , firman Allah SWT ayat 30 Surah Al-Anfalyang bermaksud :

dan ingatlah (Wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.
Selepas perjanjian Aqabah kedua ,Islam dapat pertolongan .Rasulullah SAW memerintahkan supaya orang Ansar di Yathrib menerima tetamu orang – orang Muhajirin sebagai saudara . Orang - orang Islam pun berhijrah seacara persendirian dan bersembunyi ,kerana takut diketahui oleh orang – orang kafir Quraisy , jika diketahui mereka akan membawa balik semula ke Mekah mereka yang berhijrah .
Kafir Quraisy menghalang Nabi Muhammad SAW daripada berhijrah ke Madinah , kerana mereka tahu dengan hijrah nabi Muhammad itu akan berkembang Islam di sana dan mengugat Agama Berhala yang mereka anuti .
Nabi Muhammad SAW tinggal di Mekah bersama –sama dengan beberapa orang Islam yang ditahan dari berhijrah ke Madinah . Maka berhijrah Rasulullah SAW bersama sahabatnya Saidina Abu Bakr Assidiq dengan penuh kesukaran . Hijrah Rasulullah SAW itu merupakan titik permulaan kepada kekuatan Islam dan pembaharuan Masyarakat Islam yang harmoni .

PENGAJARAN DARI HIJRAH RASULULLAH SAW :
Pertama :Mengajar umat Islam supaya teguh menyimpan rahsia sulit .Jangan dedahkan sebagai strategi untuk mencapai kejayaan .
Kedua :Berpegang teguh dengan Allah SWT yang satu , firman Allah SWT surah At Taubah ayat 40yang bermaksud :
kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ketiga : Beriman kepada Allah SWT , kerana iman adalah roh yang mengerakkan jasad untuk hidup , yang sanggup berkorban dan menanggung kesukaran di dalam menyibarkan dakwah Islam .
Keempat : Persaudaraan Islam.Dengan hijrah mempersaudarakan kaum Aus dan Khadrraj dan kaum Ansar dan Muhajirn dengan persaudaraan yang kuat dan kukuh .
Kelima ;Umat Islam dapat berpegang teguh dengan minhaj Al- Quran dan menjadikan sebagai umat yang terpilih .
Kesimpulan ; Hijrah Rasulullah SAW memberi pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam , kerana dair hijrah mengajar umat Islam supaya bersabar menempuh dugaan di dalam perjuangan , menyusun strategi yang baik , sanggup berkorban harta dan jiwa , bertolong bantu , teguh kepada perjanjian dan mewujudkan ikhwah Islamiah .
Umat Islam merupakan umat yang ramai di dunia , marilah kita bersatu padu untuk menyahut semangat hijrah,dan menjadikan umat yang terpilih seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud:
kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara yang baik dan melarang daripada Segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
Wassalam ;
Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omr
P/setiausaha Dewan ulamak Pas Pahang .

No comments:

Post a Comment