PENGERTIAN MEMELIHARA ANGGOTA (SECARA UMUM) DAN MEMELIHARA MATA .
Di dalam ilmu tasawwuf bahawa Umat Islam wajib memelihara anggota yang tujuh iaitu mata,telinga, lidah,perut,kaki dan tangan ,kemaluan dan nafsu , kerana semua anggota itu merupakan nikmat yang Allah SWT anugerah kapada kita ,merupakan nikmat yang sangat besar dan hendaklah mensyukurinya , kalau tidak memeliharanya nescaya akan menjadi saksi pada hari Kiamat kelak , firman Allah SWT yang bermaksud :
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. (Yassin : 65)
Dan anggota itu akan bertutur sebagai saksi akan kejahatan yang dilakukan di dunia ,firman Allah SWT yang bermaksud :
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu). (Fasulaat :22)
Oleh kerana semau anggota akan menjadi saksi akan kejahatan yang dilakukan di dunia maka wajiblah memelihara semua anggota dari melakukan maksiat ,kerana anggota –anggota itu tidak bercerai dari manusia setiap masa dan tempat. Anggota yang pertama ialah mata , pengertian memelihara mata ialah memeliharanya dari melihat dan memadang kepada perkara- perkara yang maksiat dan haram ,seperti melihat gambar lucah ,perempuan ajnabi dan lain-lain lagi .
MATA SEBAGAI SATU NIKMAT
Mata adalah anggota yang sangat penting, kerana dengannya kita dapat melihat sesuatu,Kita boleh melihat langit,bintang –bintang supaya dengan itu ia dapat melihat kebesaran Allah SWT dan wujudnya Allah , kita dapat melihat Al-Quran dan membacanya , dapat berjalan ke Masjid dan melihat perusahaan , dan menjauhkan dari mara bahaya .Dan banyak lagi nikmat mata yang Allah anugerhkan kepada kita .
KEPENTINGAN DAN CARA –CARA MENJAGA MATA
Menjaga mata itu adalah sangat penting kerana dengan menjaga mata dari memandang perkara –perkara yang haram ,maka terpelihara dari melakukan maksiat firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur :30) .
Ayat ini menyeru orang yang beri,an supaya memelihara mata dari memandang perkara –perkara yang tidak halal iaitu perkara yang haram dan menjaga kemaluan ,maka akan menjadi orang yang bersih dari maksiat .Dan juga bersih hati , kerana Allah amat mengtahui apa yang dilakukan oleh hambaNya .
2.Mata hendaklah dijauhkan dari memandang perkara yang haram, di antara jangan pergi ketempat maksiat , ke tempat orang suka mendedahkan aurat, hendaklah ingat apa yang kita lihat diketahui oleh Allah, FirmanNya yang bermaksud“
Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa Yang tersembunyi di dalam hati. (Al-Mu’min :19 ).
Hendaklah menjauhi memandang perempuan ajnabi kerana ia membahayakan iman seseorang lelaki . Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bahawasanya memandang kepada tempat yang elok dari tubuh perempuan itu seperti anak panah beracun daripada anak – anak panah Iblis (sangat cepat membinasakan),maka barangsiapa yang meninggalkan (memandang) kerana takut kepada Allah SWT necaya akan memperoleh kelazatan yang mengembirakannya di dalam berbuat ibadat”.
Elokkan memandang perkara buruk kerana mata itu punca melakukan zina ,sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Adalah bagi tiap-tiap manusia berzina , maka dua mata itu berzina , kerana memandang kepada perkara yang tidak harus dipandang
Melihat pornografi .
Akibat ledakan dalam teknologi maklumat , maka ujudlah dunia siber yang mana terdapat beratus ribu atau juta laman web lucah yang memaparkan pornografi yang mudah dilayari .Akibat dari melayari porno itu menjadikan pelayar – pelayarnya ketagih , dan menjadi hamba nafsu yang sentiasa dahagakan aksi – aksi yang baru dan lebih mencabar .Bagi mengatasi kerjasama semua anggota masyarakat hedaklah diwujudkan supaya dapat membendung gejala yang tidak sihat dan haram disisi Agama Islam. Sebagai contoh ibubapa ,majikan disarankan agar memastikan setiap computer yang digunakan oleh anak –anak dan para pekerja mestilah dilengkapi dengan perisian antipornografi yang berfungsi menghalang akses kepada laman –lamanweb web pornografi.Dalam bajet 2011 kerajaan berhasrat untuk mendapatkan liputan jalur lebar yang berkelajuaan tinggi , tetapi hendaklah ia menjaga akhlak rakyat melalui Suruhan jaya Komunikasi dan Multi –media supaya tidak terjebak kepada dosa – dosa mata , khasnya umat Islam yang dilarang melakukan demikian , kerana ramai penghuni jahannam kerana tidak menggunkan mata pada tempat yang sebenarnya, firman Allah SWT ayat 179 Surah Al-Araf yang bermaksud :
dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu
-
*RENCANA KHAS *
*Anwar semacam tidak ghairahdi Kelantan dan Terengganu.*
SETELAH dua tahun kerajaan Madani berlalu memberi gambaran sebahagian
rakyat me...
23 hours ago
No comments:
Post a Comment