SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, November 24, 2010

PENGERTIAN 12 BULAN DALAM KELENDAR ISLAM

1.MUHARAM .
Muharam ertinya yang diharamkan atau yang dipantangkan .Dinamakan Muharam kerana pada bulan ini masyarakat Arab Jahilliah dilarang sama sekali berperang atau berbunuh –bunuhan sesama mereka .
Setelah Islam mula tersebar di Tanah Arab , larangan berperang pada bulan ini masih terus berjalan sehinggalah turunnya ayat Quran yang memansuhkan tradisi tersebut , iaitu apabila umat Islam diperangi dan mereka diperintahkan mempertahankan diri oleh Allah SWT .Firman Allah SWT yang bermaksud :” dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.” Al-Baqarah :191 .
Muharam dipilih sebagai bulan pertama dalam tahun baru hijrah kerana pada bulan ini Rasulullah SAW mula bertekad untuk berhijrah ke Madinah ,setelah menerima ancaman yang cukup keras daripada kaumnya di Mekah .
Ini dikuatkan dengan janji tokoh – tokoh Islam Madinah di Aqabah (selepas haji wada’(Perpisahan) yang menyatakan sumpah setianya kepada Rasulullah . sekiranya baginda berhijrah ke sana .
2.SAFAR.
Safar ertinya kosong (sifar) kerana pada bulan kedua ini orang – orang Arab terutamanya lelaki meninggalkan rumah mereka untuk berdagang , mengembara dan menjalankan kegiatan ekonomi yang lain di luar tempat mereka tinggal . Ini menyebabkan kesemua rumah – rumah meteka menjadi kosong terutamanya lelaki dan yang tinggal Cuma kanak – kanak serta kaum perempuan.
3.RABIULAWAL
Rabi’ ertinya menetap .Awal ertinya pertama .Rabiulawal ertinya menetap yang pertama .Dinamakan Rabi’ulawal kerana bulan ini lelaki yang keluar beramai - ramai mencari nafkah pada bulan safar tadi , mula pulang semula ke rumah masing- masing dengan membawa hasil dagangan dan pertanian .
4.RABIULAWALAKHIR .
Manakala Rabiulakhir adalah tempoh penghabisan bagi orang – orang Arab lelaki yang keluar rumah mencari nafkah kembali semula ke rumah masing – masing (menetap akhir).Keadaan perkampongan mereka mula riuh –renda dan anak isteri masing – masing bergembira dengan kepulangan ayah dan suami mereka.
5.JAMADILAWAL
Jamadil ertinya kering , jamadilawal ertinya kering pertama .Dinamakan demikian kerana pada masa dahulu ketika bulan Jamadil awal tanah Arab akan mula menghadapi masalah kekeringan air .Parit, perigi dan lembah –lembah menjadi kering kontang setengahnya menjadi beku.
6. JAMADILAKHIR ,
Jamadiakhir ertinya kering kali yang terakhir atau penghabisan .Dinamakan demikian kerana masalah kekeringan tanah dan lembah yang dialami pada bulan lalu , akan mula berakhir pada bulan ini apabila air mula mengalir .
7.REJAB .
Rejab ertinya mulia atau agung .Bulan Rejab adalah bulan yang dianggap mulia .Orang –orang Arab menamakan bulan rejab kerana pada masa dahulu mereka bergitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai –bagai cara .Antaranya :
(i)Mereka menyembelih unta pada tanggal satu rejab sebagai binatang korban dan mereka menamakan korban ini dengan nama farak.
(ii)Menjelang 10 rejab, mereka akan menyembelih seekor unta lagi dan korban ini dimamakan utairah.
(iii)Sepanjang bulan Rejab mereka diharamkan berperang atau berbunuhan .
(iv)Pada tanggal 1 Rejab mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas –puasnya.
Walau bagaimanapun setelah kedatangan Islam sebahagian daripada amalan tersebut tidak dilakukan lagi .Misalnya 1 dan 10 Rejab dibatalkan dengan sabda nabi yang bermaksud :”Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam.” (Hadis riwayat Bukhri dan Muslim ) .
8.SYAABAN
Syaaban ertinya berserk – serak .Dinamakan bulan Syaaban kerana pada masa dahulu apabila tiba bulansyaaban , orang – orang Arab berserak ke sana sini mencari air di lembah – lembah sungai sebagai persediaan menghadapi musim panas .
Setelah kedatangan Islam , mereka turut mentakrifkan Syaaban dengan banyaknya amal kebajikan yang berserak –serak pada sepanjang bulan tersebut .Ini berdasarkan sabda Nabi yang bermaksud :”Tahukah kamu kenapa dinamakan bulan ini dengan nama Syaaban ? Para sahabat menjawab , Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui .Lantas Nabi bersabda,”Kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak – serak .”

9.RAMADAN
Ramadan bererti sangat panas atau membakar .Dinamakan bulan Ramadan kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan dalam kelendar qamariah ini , Jaziratul-Arab berada dalam keadaan sangat panas .
Ada juga yang mengatakan bulan ini dinamakan Ramadan kerana pada masa itu masyarakat Arab jahilliah akan menajamkan senjata mereka untuk persediaan berperang pada bulan Syawal .
Ada juga yang mengatakan bulan ini dinamakan Ramadan kerana pahala orang yang puasa pada bulan tersebut dapat menghapuskan atau membakar dosa – dosa yang telah lalu .Seperti mana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud ..”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan iman yang sungguh – sungguh dan mengikhlaskannya kerana Allah semata –mata , nescaya akan diampuni segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
Bulan Ramadan penuh dengan keistimewaan dan kelebihan .Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud ,”Penghulu segala bulan ialah Ramadan , apabila masuk bulan Ramadan dibukakan segala pintu – pintu syurga , dikunci segala pintu – pintu neraka , dirantai dan dibelenggu segala syaitan dan dibukakan pintu – pintu rahmat .Malaikat Jibril turun ke bumi merantai kaki –kaki syaitan dan mendesak mereka ke laut .”
Ini menunjukkan pada bulan tersebut , manusia tidak diganggu oleh syaian .Yang menggoda mereka ialah nafsu yang meronta – ronta dan sering mendorong manusia ke jalan kejahatan dan kemaksiatan .
Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan – bulan yang lain .
(i)Puasa Ramadan selama sebulan.
(ii)Solat tarawih
(iii)Malam kadar
(iv)Zakat fitrah
(v)Nuzul Quran ( turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW ) .

10.SYAWAL .
Bulan syawal adalah bulan perayaan dan kemenangan kegembiraan menyambut syawal adalah manifestasi kekuatan iman yang telah memenangi pertarungan melawan hawa nafsu selama sebulan .
Syawal bererti mengangkat ekor .Dinamakan Syawal kerana menurut masyarakat jahilliah bulan ini merupakan musim unta – unta mengawan dengan mengangkat ekornya .Mereka juga menganggap bulan ini sebagai bulan pesta yang penuh dengan aneka ragam permainan .
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari , Rasulullah SAW dan isterinya Aisyah pernah menyaksikan majlis keramaian seni tari peperangan yang menunjukkan ketangkasan menunggang kuda dan memanah di halaman masjid .
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari di rumah Rasulullah SAW terdengar dua orang wanita sedang menyanyi .Abu Bakar yang turut berada di situ ketika itu melarang dan berkata ,”Seruling syaitan di sisi Nabi.’ Tetapi Rasulullah SAW membiarkan dan mengingatkan waktu itu adalah hari raya .
Anas bin Malik pernah menceritakan bahawa Nabi telah datang ke Madinah sedangkan mereka (penduduk Madinah ) ketika itu sudah mempunyai dua perayaan , maka Rasulullah SAW bersabda ,”Sesungguhnya Allah telah menggantikan unruk kamu dua hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidilfiri dan Aidiladha .” (Riwayat An Nasai dan Ibnu Hibban )
Walau bagaimanapun untuk membezakan Aidilfitri dan Aidiladha dengan perayaan – perayaan masyarakat jahilliah ,Nabi telah mengajurkan kepada Umat Islam Madinah supaya membesarkan hari raya tersebut dengan memperbanyakkan zikir , bertakbir , melakukan solat hari raya dan memperbanyakkan amal – amal kebajikan .

11.ZULKAEDAH
Zulkaedah ertinya yang empunya duduk .Dinamakan Zulkaedah kerana pada bulan ini orang – orang Arab semuanya duduk di rumah , tidak kemana –mana.
Mereka tidak musafir atau meninggalkan rumah seperti pada bulan – bulan yang lain .Sebaliknya mereka duduk – duduk dan beristirehat sahaja di rumah (cuti).

12.ZULHIJAH.
Zulhijah ertinya empunya haji .Dinamakan Zulhijah kerana pada bulan ini umat manusia sejak zaman Nabi Adam a.s melakukan ibadat haji ketika Nabi Adam mengerjakan ibadat haji .Jibri a.s berkata kepadanya “7000 tahun sebalum anda melakukan ibadah haji ini .Malaikat sudah tawaf mengelilingi kaabah . (Petikan dari AL Islam Bil 269 Zulhijah/Muharam 1417 / Mei 1996 ) .

No comments:

Post a Comment