KITA TELAH SELESAI MENJALANI IBADAT PUSAS,MAKA MARILAH KITA BANYAK BERDOA KEPADA ALLAH SEMOGA IA MENERIMA IBADAT PUASA KITA DAN MEMOHON KEPADA ALLAH SEMOGA KITA DI PANJANGKAN USIA SUPAYA DAPAT MENJALANI IBADAT PUASA TAHUN YANG AKAN DATANG.
BERAKHIRNYA RAMADHAN TIDAK BERERTI BERAKHIRNYA MUSIM UNTUK KITA BERAMAL IBADAT.BAGI MUKMIN YANG SEJATI, IBADAT MEREKA TIDAKLAH BERMUSIM BAHKAN AKAN BERTERUSAN HINGGA AKHIR HAYAT.INILAH YANG DIPERINTAHKAN OLEH ALLAH SWT .FIRMANYA DALAM SURAH ALHIJR AYAT 99:
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّي يَأْتِيَكَ الْيَقِيْنُ .
dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin.
FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH ALI IMRAN ayat 102 :
يَااَيُّهَاالَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ .
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Dari ayat tersebut dapat kita fahami,bahawa pengabdian kita kepada Allah tidak bermusim,bahkan dituntut melakukan dan mentgerjakannya dengan cara berterusan sepanjang hayat kita ini dijelaskan dalam Firman Allah SWT dalam surah Insyirah ayat 7-8 :
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَي ر!بِّكَ فَارْغَبْ (8)
7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yng lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa yang Engkau gemar dan ingini).
Sehubung dengan itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kepada kita agar meneruskan ibadat puasa, walaupun puasa di Bulan Ramadhan telah kita laksanakan , di antara puasa sunat enam hari di Bulan Syawal, yang mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah SWT , sebagaimana sabada Baginda SAW :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَالٍ كَانَ كَصِيَامِالدَّهْرِ ( رواه مسلم) ,
“Barangsiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal , makaa ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun “ (Hadis riwayat Muslim.”
Dalam kitab Durratun nasiheen menyatakan barang siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan selama tiga puluh hari, seumpama ia berpuasa selama tiga ratus hari dan kemudian diikuti enam hari di bulan Syawal ,seumpama ia berpuasa selama enam puluh hari. Maka ganjarannya seumpama ia berpuasa selama setahun, sebagai maksud hadis yang tersebut di atas.
Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal mempunyai beberapa hikmat dan kelebihan di antaranya ialah :
Pertama : Puasa 6 hari dapat menutup kecacatan puasa Ramadhan.
Kedua :Dapat meneruskan iabdat puasa .
Ketiga :Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT .
Banyakan puasa sunat Isnin dan Khamis sebagai meneruskan ibadat Ramadhan.
Ibadat yang perlu kita lakukan ialah dengan meneruskan solah secara berjemmaah seperti kita lakukan dalam solat terawih .Penuhi masjid dan surau sebagaiman dalam bulan Ramadhan.
Teruskan semangat takwa yang kita dapat dari latihan Ramadhan,dengan tidak mengumpat dan mencela orang lain seperti dalam Ramadhan.
Terukan amalan solat berjemaah , seperti di dalam Bulan Ramadhan,Jangan tinggalkan masjid dan surau kosong dan lenggang dari para jemaah.
Teruskan membaca al-Quran dan berzikir seperti di dalam bulan Ramadhan, Jangan biarkan a;-Quran di simpan dalam almari sebagai perhisan .Kerana amalan membaca al-Quran sangat baik, sabda Rasulullah SAW :
مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ الْقُرْاَنَ كَمَثَلِ الْأُتْرَجَةِ رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِيْ لاَيَقْرَأُ الْقُرْاَنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ لاَ رِيْحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حَلْوٌ (رواه البخاري ) .
Perumpamaan orang mukmin yang suka membaca al-Quran, seperti buah limau baunya harum dan rasanya pun enak.Adapun perumpamaan orang mukmin yang tidak suka membaca al-Quran seperti buah kurma tidak ada bau, tetapi rasanya manias .
Marilah kita mneruskan amal ibadat kita sepeti di bulan Ramadhan secara berterusan.Moga –moga metalamat dan hikmat dari puasa yang telah kita hadapi itu dicernakan dalam diri kita, Dengan itu jadilah diri kita seorang mukmin yang penuh dengan sifat taqwa dan mendapat keridhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah Al ‘Anam ayat 160 :
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالَهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيْئَةِ فَلاَ يُجْزَي إِلاَّ مِثْلَهَا وَهُمْ لاَ يُظْلَمُوْنَ .
160. sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
No comments:
Post a Comment