SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 26, 2011

Cara menyambut Hari Raya mengikut syariat Islam .


Selamat Hari Raya Fitrah saya ucapkan kepada pembaca blog ini, semoga anda semua di dalam keberkatan dan sihat sejahtera .

Sambutan hari yang akan kita sambut nanti sewajarnya kita penuhi dengan perkara – perkara yang mendatangkan faedah, jangan melakukan perkara sia – sia , elokkan dari pembaziran walaupun dalam keadaan mampu, jauhilah hiburan yang melalaikan , berpakaianlah dengan pakaian yang sempurna dan menutup aurat, jagalah batas- batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhram, elokkan daripada menghadhri majlis yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya .Lakukan segala kegiatan hidup berdasarkan keimanan semata –mata kerana Allah dan syariatNya , mudah – mudahan kehidupan kita dilimpahi keberkatan dan ketenangan .

Pada hari raya hendaklah kita mengiratkan sillaturrahim sesama kita , jangan lupa kepada ibubapa , kepada mereka yang masih hidup keduanya, bagi yang telah meninggal ziarahilah pusara mereka .Zirahilah sanak saudara , jiran tetangga sambil maaf bermaafan .Firman Allah Taala dalam surah al-Hasyar ayat 19 :

وَلاَ تَكُوْنُوْا كَالَّذِيْنَ نَسُواْ اللهَ فَأَنْسَهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمْ الْفَسِقُوْنَ .

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. mereka itulah orang-orang yang fasik - derhaka.

Kelebihan sillaturrahim :

1.Daripada Abu Hurairah r.a katanya , sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghubungkan Sillaturrahim

2.Umur seseorang akan dilanjutkan dengan menghubungkan sillaturrahim , Ah-Dhahak di dalam mentafsirkan ayat 39 surah ar Rad :

يَمْحُوْا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيَثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ .

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu Segala suratan".

· Seorang lelaki telah menghubungkan sillaturrahim dengan keluarganya yang telah lama terputus ,sedangkan umurnya hanya tinggal tiga hari , lalu Allah melanjutkan umurnya selama 30 tahun.

· Seorang lelaki telah memutuskan sillaturrahim dengan keluarganya yang telah lama terjalin , sedangkan umurnya masih tinggal 30 tahun ,lalu Allah memindikkan umurnya hanya tinggal tiga hari sahaja.

3.Kata Abu Ya’la mengatakan bahawa sedekah dan sillaturrahim memberi faedah :

a.Menambahkan panjang umur

b.Mendapat pertolongan yang mudah di dalam melakukan kerja- kerja kebajikan.

c.Melindungi diri dari berlakunya kejahatan.

d.Mendapat pertolongan yang mudah di dalam melakukan kerja –kerja sukar .

“SELAMAT HARI IDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN “

DARIPADA KETUA DAN AJK URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH .

No comments:

Post a Comment