SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, September 25, 2011

80 sebab manusia masuk neraka Bahagian Pertama .


Manusia –Manusia kutukan Allah , Rasul dan Para Malaikat .

1.Orang yang melakukan kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga .

Allah SWT berfirman dalam Surah Muhammad ayat 22 – 23 yang bermaksud :

22. (kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan - jika kamu dapat memegang Kuasa - kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim Dengan kaum kerabat?

23. (orang-orang Yang melakukan perkara Yang tersebut) merekalah Yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya

Antara sebab – sebab berlakunya kerosakan dibumi ini adalah kerana melakukan dosa besar dan maksiat terhadap Allah tanpa malu .Allah berfirman dalam surah An Nur ayat 19 yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

2.Penggambar .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Dan Allah mengutukkan pemakan riba dan pemberinya , mengutukkan perempuan yang mewarna tubuh dengan waran dan mengutuk penggambar .(Hadis riwayat Al-Bukhari) .

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Sesungguhnya manusia yang paling pedih mendapat seksaan Allah di hari Kiamat ialah kalangan pengambar – pengambar (pelukis makhluk hidup) .

Manakala dalam kitab Sahih Al-Bukhari juga terdapat berita daripada Ummu Al-Mukminin Aa’syah yang menyebutkan Nabi SAW bersabda yang bermaksud :”Sesungguhnya ahli –ahli penggambar ini akan disiksa di hari Kiamat .Kepada mereka akan dikatakan :”Perhidupkanlah apa yang kamu buat “Dan sesungguhnya para Malaikat tidaklah akan masuk ke sebuah rumah yang memiliki gambar (makhluk hidup) .

3.Menuduh wanita – wanita Mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang .

Allah SWT telah berfirman dalam Surah An Nur ayat 23 yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar;

4.Wanita yang memakai cemara (rambut palsu)

5.Wanita yang meminta pakai cemara .

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Allah telah mengutuk wanita yang pakai cemara dan wanita yang meminta pakai cemara” (Fatah al-bari jilid 10 halaman 374 ) .

6.Sesiapa yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk (panduan) yang diturunkan Allah , firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 159 – 160 yang bermaksud :

159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

160. kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (Apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa yang ditanyakan tentang sesuatu ilmu , maka dia menyumbunyikannya , nescaya Allah akan mengekangnya di hari Kiamat dengan kekang daripada api “.(Hadis riwayat Al-Hakim , Ahmad dan lain –lain ) .

7.Orang yang menjadikan kubur para nabi mereka menjadi masjid .

Daripada Abu Hurairah ra. Bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

Wahai Allah janganlah Engkau menjadikan kuburKu sebagai berhala (disembah) (Sesungguhnya) Allah telah mengutukkan sesuatu kaum (kumpulan) yang menjadikan kubur –kubur para nabi mereka menjadi masjid – masjid .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari ) .

8.Orang yang membinkan kepada bukan bapanya.

9.Hamba yang menghubungkan kepada bukan tuannya.Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :Siapa yang mengakukan kepada bukan bapanya , atau seorang hamba yang menghubungkan kepada bukan tuannya , maka dia akan terkena kutukan Allah yang berterusan sehingga Hari Kiamat ,(H.R.Abu Daud ,Rujuk Sahih Al-Jaami’ 5987).

10,Orang yang menyebabkan halal kahwin .

11.Orang yang diperhalalkan kahwin ;

Junjungan Nabi SAW pernah bersada yang bermaksud :”Allah telah mengutuk penghalal kahwin (Cina buta) dan orang yang diperhalalkan kahwin (cina butaan).(H.R.Ahmad dan selainnya .Rujuk Sahih Al-Jaami’ 5101 ).

(Mungkin) kejadian ini berlaku di kala eorang suami menceraikan isterinya dengan talaq tiga maka dia tidaklah lagi dapat rujuk kepadanya melainkan sesudah isterinya berkahwin (lebih dulu) dengan seseorang Islam yang lain,kemudian suami baru ini menceraikannya pula dengan cara syara’ dengan kemahuannya sendiri, maka di kala itu diperbolehkan suami lama berkahwain semula dengan isterinya sesudah dibuat aqad yang baru.

12.Orang yang mencaci Para Sahabat Nabi SAW .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang mencaci (mencela) para sahabatku, maka dia akan dikutuki Allah,para Malaikat dan seluruh manusia.”(Hadis riwayat At-Tabaraani.Rujuk Al-Jaami 6285).

13.Orang Yang Mengutukkan Bapanya.

14.Orang Yang Menyembelih Bukan kerana Allah.

15.Orang Yang Melindungi Orang Yang Mererkakan Bid’ah .

16.Orang Yang mengubahkan Panduan Jalan .

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya bersumber daripada Ali B Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Allah mengutuk orang yang mengutukkan bapanya,Allah mengutuk orang yang menyembelih kepada selain Allah, Allah mengutukkan sesiapa yang melindungi orang yang merekakan bidah dan Allah mengutukkan orang yang mengubahkan panduan jalan (asalnya menara api).(Hadis riwayat Muslim).

Menurut Imam An Nawawi di kala menghuraikan Hadis ini bahawa kata “Manar Al-Ardh “ ialah tanda –tanda sempadan negeri (panduan jalan atau lebuhraya ).

17.Imam –imam (pemimpin) Yang Tidak Adil (Dzalaim) dan Yang Memungkiri Janji.

Menurut Imam Ahmad dalam kitab musnadnya dan ahli Hadis yang lain meriwayatkan bersumbar dariapada Abu Barzah yang memberitakan Nabi saw bersabda :

Imam – imam (pemimpin Islam) itu hendaklah (dipilih) daripada orang Quraisy : Apabila mereka diminta memberi kebaikan, mereka menghulur kebaikan, apabila mereka berjanji,mereka sempurnakan,dan apabila mereka menghukum , mereka berlaku adil (menggunakan hukum,atau undang – undang Allah ).Maka siapa yang tidak melakukan demikian,maka terkenalah ke atasnya kutukkan Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya.” (Menurut Al-Albaani dalam “Al-Irwaa’”(Isnaad Hadis ini Hasan).

18.Orang Yang Mengubah hukuman Selain Qisas (Hudud) .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

“Siapa dibunuh secara tak terang (dan tak jelas pula pembunuhnya) dalam perkara melontar antara mereka dengan batu , dengan cementi atau dipalu dengan tongkat,maka hukumnya hukum mangsa tak terang (yang wajib dibayar diyat sahaja); dan diyatnya ialah diyat orang yang khilaf (tidak terang);dan siapa yang dibunuhkan secara sengaja, maka dia diqisaskan jiwa dan siapa mengubah kepada selainnya , maka akan dikenakan ke atasnya kutukan Allah dan kemurkaanNya;tidaklah akan diterima amalan fardhu dan sunatnya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan An Nasaai , Rujuk sahih al-Jaami”6451.)

19.Lelaki yang menyerupai perempuan.

20.Perempuan meyerupai lelaki .

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“Allah mengutuk lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai lelaki .” (Hadis riwayat Abu Daud dan Al- Hakim.Rujuk Sahih Al-Jami 5905).

Dalam kitab Sahih al-Bukhari terdapat Hadis sember Ibnu Abbas yang menceritakan :

Rasulullah SAW telah mengutukkan kalangan lelaki yang menyerupai perempuan dan kalangan perempuan yang menyerupai lelaki.” (Rujuk “Fathu al-Baari 10:332 )

21.Wanita berpakaian tetapi semacam bertelanjang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :”Akan berlaku di akhir zaman ada di kalangan umat ini beberapa orang lelaki yang menunggang di atas kain bentangan di perut sehingga mereka datang ke pintu – pintu masjid mereka , di mana wanita – wanita mereka berpakaian tetapi (semacam ) bertelanjang , kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang kurus .Kutukilah mereka; kerana sesungguhnya mereka orang – orang yang terkutuk. (Hadis riwayat Ahmad dalam musnadnya (2:223).

22.Isteri yang lari meninggalkan hamparan tidur suaminya.

Imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya bersumberkan hadis Abu Hurairah memberitakan Nabi SAW bersabda :

إِذَا بَاتَتِ الْمَرْأَةُ مُهَاجِرَةً فِرَاشَ زَوْجِهَا , لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّي تَرْجَعَ .

“Apabila seseorang isteri tidur dengan meninggalkan hamparan tidur suaminya, adalah dia akan dikutukkan oleh para Malaikat sehinggalah dia kembali (kepangkuannya). (Rujuk “Fath al-Baai 9:294 ).

23.Orang yang berserunai di Kala memperolehi nikmat .

24.Orang yang meratap dan sebagainya di kala terkena musibah (Bala’).

Rasulullah s,a,w bersabda :

صَوْتَانِ مَلْعُوْنَانِ فِي الدٌّنْيَا وَالْاَخِرَةِ : مِزْمَارُ عِنْدَ نَعْمَةٍ وَرِنَةٌ عِنْدَ مُصِيْبَةٍ .

“Dua saura di mana kedua – duanya dikutukkan di dunia dan di Akhirat : iaitu suara serunai di kala memperoleh nikmat dan suara ce;ala (merungut) di kala terkena bala’.”

(Hadis riwayat al-Bazzaar dan Adh-Dhiyaa’: Sahih (Rujuk “sahihh al-Jamik 3801).

25.Orang yang mencukur kepala.

26. Orang yang membuang bulu.

27. Orang yang mengoyak (mencarikkan pakaian) di kala berlaku bala’.

Dalam Kitab Sunan An-Nasai terdapat sebuah hadis Junjungan Nabi SAW yang berbunyi :

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) مَنْ حَلَقَ أَوْ سَلَقَ أَوْ خَرَقَ .

“Rasulullah SAW telah mengutukkan orang yang mencukur, membuang (bulu) atau mengoyak pakaian (di kala didatangi bala’).”(Rujuk Sahih Sunan An-Nasai 1761).

28. Orang yang mencakar muka .

29. Orang yang mengoyakkan saku.

30. Orang yang melaungkan kata – kata celaka dan binasa di kala bala’.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

لَعَنَ اللهُ الْخَامِشَةَ وَجْهَهَا وَالشَاقَّةَ جَيْبَهَا , والدَّاعِيَةَ بِالْوَيْلِ وَالثَّبُوْرِ .

“Allah telah mengutukkan orang yang mencakar muka,mengoyakkan saku dan orang yang melaungkan kata – kata celaka (malang) dan binasa.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan lain- lain.Rujuk “Sahih al-Jamik 5092).

31.Wanita yang mencacah.

32.Wanita yang mencabut rambut

33.Wanita yang mengasah gigi agar cantik .

Imam Al-Bukhari dalam kitab Sahihnya mendedahkan suatu berita sumber Alqamah,katanya :

لَعَنَ عَبْدُاللهِ (بن عمر) اَلْوَشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَلْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيَّرَاتِ خَلْقَ اللهِ .

Abdullah Bin Umar telah mengutuk wanita yang mencacah, wanita yang mencabut rambut dan wanita yang mengasah gigi supaya jadi cantik yang mengubah ciptaan Allah.”

Ummu Ya’qub lalu bertanya :”Mengapakah ini?”.Abdullah menjawab :”Apalah saya ini, saya tidak turut mengutuk orang – orang yang telah dikutuk Rasulullah SAW dan orang yang telah dikutuk dalam Kitab Allah (Al-Quran).

Perempuan itu menyampuk:”Demi Allah SWT sungguhnya saya telah membaca tulisan antara dual uh(helaian), maka tiadalah saya memperolehnya.”

Ibnu Umar menjawab:”Demi Allah, seandainya engkau membacanya pasti engkau akan mendapatinya ayat yang bermaksud :

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Al-Hasyr:7).

(Rujuk kitab Al-Fatah Al-bari 10:377)

34.Pemakan Riba.

35.Pemberi makan riba.

36.Penulisnya.

37.Saksi pemakan dan pemberi riba

38.Orang yang tidak mengeluarkan Zakat.

39.Orang Arab desa yang murtad selepas hijrah .

Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya (8:4) dan Al-Hakim (1:387) dan selainnya mendedahkan perkataan Abdullah Bin Masud r.a yang berkata :

اَكِلَ الرِّبَا وَمُوْكِلَهُ وَشَاهِدَاهُ , إِذَا عَلِمَاهُ , وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُتَوَشَّمَةَ وَلاَوِيَ الصَّدَقَةِ وَالمُرْتَدَّ أَعْرَابِيًّا بَعْدَ الْهِجْرَةِ مَلْعُوْنَ عَلَي لِسَانِ مُحَمَّدٍ صلي الله عليه وسلم يَوْمَ الْقِيَامَةِ .

“Pemakan riba dan yang memberi makannya juga saksi-saksi keduanya,apabila keduanya mengetahui(keburukannya), orang yang mencacah dan orang yang minta dicacah,orang yang tidak mengeluarkan zakat dan orang –orang Arab desa(Badwi) yang murtad sesudah hijrah , mereka adalah dikutuk menerusi lidah Junjungan Nabi Muhammad SAW di Hari Kiamat.”.

40.Pencuri – pencuri barang dalam kubur .

Imam Al-Baihaqi (8:270) mendedahkan Hadis sumber Aisyah r,a yang memberitakan :

ان رسول الله (ص) لَعَنَ الْمُخْتَفِي وَالْمُخْتَفِيَةَ .

“Bahawa Rasulullah SAW telah mengutukkan lelaki dan wanita yang mencuri barangan dalam kubur.”.

41.Suami yang menduburi isteri .

Rasulullah SAW bersabda :

مَلْعُوْنٌ مَنْ يَأْتِيْ النِّسَاءَ فِيْ مَحَاشِهِنَّ .

“Terkutuk orang yang menduburi isteri.”(Hadis riwayat Ibnu Adi,menurut AlAlbani :Hasan).

42.Orang yang mengacukan senjata kepada saudaranya .

Jmam Muslim dalam kitab sahihnya mengeluarkan Hadis sumber Abu Hurairah r.a yang memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ أَشَارَ اِلَي أَخِيْهِ بِحَدِيْدٍ , فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَلْعَنُهُ حَتَّي يَدَعَهُ وَإِنَّ كَانَ أَخَاهُ لِأَبِيْهِ وَأُمِّهِ .

“Siapa yang mengacukan besi (senjata)kepada saudaranya, maka sesungguhnya Para Malaikat akan mengutuknya sehinggalah dia menghentikannya sekalipun terhadap suadara seibu sebapa (sendiri). (Rujuk kitab “Syarhu Sahih Muslim”Susunan Imam Al-Nawawi 16 :408) .

43.Orang yang memberi rasuah.

44.Orang yang menerima rasuah .

Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya,juga Imam At-Turmizi dan lainnya mendedahkan Hadis bersumberkan Abdullah bin Umar memberitakan :

لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) اَلرَّاشِيْ وَالْمُرْتَشِيْ.

“Rasulullah SAW telah mengutukkan orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasah .” Rujuk kitab Sahih Sunan At-Turmizi .

45.Orang yang menacing – caingkan Haiwan .

Imam An- Nasai meriwayatkan dalam kitab Sunannya hadis yang bersumberkan dari Ibnu Umar r.a yang berkata :Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda :

لَعَنَ اللهُ مَنْ مَثَّلَ بِالْحَيَوَانِ.

“Allah telah mengutukkan orang yang mengcaing-caingkan (tubuh) haiwan.”

46.Orang yang menggunakan hidupan menjadi sasaran panah .

Ibnu Umar r.a memberitakan :

إِنَّ رَسُوْلَ اللهِ (ص) لَعَنَ مَنِ اتَّخََذَ شَيْئًا فِيْهِ الرُّوْحُ غَرْضًا .

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutukkan orang yang menggunakan seuatu makhluk hidup sebagai sasaran panah (dalam latihan memanah atau menembak.” Rujuk Mukhtasar sahih Msulim.”

47.Menanda pada muka haiwan

48.Memukul pada muka haiwan.

Jabir Bin Abdullah r.a memberitakan bahawa(pada suatu)hari Rasulullah SAW telah melihat seekor keledai yang lalu di hadapan beliau yang ditandai pada mukanya, maka beliau pun bersabda :

لَعَنَ اللهُ وَسمَهُ

“Allah telah mengutukkan orang yang menanda pada muka haiwan .”

Juga Baginda Rasulullah saw bersabda :

أَمَا بَلَغَكُمْ أَنِّي مَنْ وَسَمَ الْبَهِيْمَةَ فِيْ وَجْهِهَا أَوْ ضَرَبَهَا فِيْ وَجْهِهَا .

“Ketahuilah saya menyampaikan kepada kamu, sesungguhnya saya telah mengutukkan siapa yang menandai pada muka binatang atau pun menampar pada mukanya.”

(Hadis riwayat Abu Daud rukuk “Sahih al-Jamik 1326).

49.Minuman Arak

50.Peminum Arak

51.Penaung Arak

52.Penjual Arak

53.Pembeli Arak

54.Pemerah Arak

55.Pengupah membuat Arak

56.Pengedar Arak

57.Penerima Arak

58.Pemakan harga Arak

Rasulullah SAW telah bersabda :

لَعَنَ اللهُ الْخَمْرَ , وَشَارِبَهَا , وَسَاقِيْهَا ,وَبَائِعَهَا ,وَمُبْتَاعَهَا , وَعَاصِرَهَا , وَمُعْتَصِرَهَا ,وَحَامِلَهَا ,وَالْمَحْمُوْلَةَ إِلِيْهِ , وَاَكِلَ ثَمَنِهَا .

“Allah telah mengutukkan arak, mengutukkan peminumnya, penaungnya(pelayan restoran),penjualnya,pembelinya,pemerahnya (pekerja kilang arak),pengupahnya (majikan arak),pengedarnya (juga pengekspotnya)penerimanya (juga pengimpotnya) dan pemakan harganya (pengguna wang harga arak)”.

(Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim .Rujuk “Sahih al-Jamek 5091) .

59.Orang yang menghelah dalam hukum syarak .

Imam Al-Bukhari mendedahkan dalam kitab sahihnya bersumber hadis Ibnu Abas yang berkata,”Saya mendengar Umar r.a berkata:”Allah telah mengutukkan si anu.Tidakkah dia mengetahui bahawa Nabi SAW pernah bersabda :

لَعَنَ اللهَ الْيَهُوْدَ : حَرِّمَتْ عَلَيْهِمُ الشُّحُوْمُ فَجَمَلُوْهَا فَبَاعُوْهَا .

“Allah telah mengutukkan orang Yahudi di mana mereka mengharamkan ke atas diri mereka lemak – lemak, mereka mengcairkan lemak itu; kemudian mereka menjualkannya.” ( Rujuk kitab “ Fath Al-Bari 6:496 ) .

No comments:

Post a Comment