SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, September 29, 2011

80 sebab manusia masuk neraka Bahagian Kedua.

Orang –orang yang tak dapat masuk Syurga Atau Bakal Penghuni neraka .

ِAl Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab “Tatah al-Bari 4:415 di kala menghuraikan hadis ini,beliau menyebutkan :”Sesungguhnya apabila sesuatu benda itu diharamkan,maka haramlah harganya.”

Rasulullah SAW bersabda:

وَإِنَّ اللهَ إِذَا حَرَّمََ عَلَي قَوْمٍ اَكْلَ شَيئ اَكْلَ شَيْئَ حَرَّمََ عَلَيْهِمْ ثَمَنَهُ .

“Dan sesungguhnya Allah apabila Dia mengharamkan sesuatu kaum memakan sesuatu, maka Dia mengharamkan pula menggunakan harganya.(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud,rujuk “Sahih Al-Jamek”.

60.Dunia dan perhiasannya :

Berdasarkan hadis Abu Hurairah r.a , Ibnu Mas’ud r.a menceritakan Nabi SAW bersabda :

اَلدُّنْيَا مَلْعُوْنَةٌ , مَلْعُوْنَةٌ مَا فِيْهَا , إِلاَّ ذَكَرَ اللهَ , وَمَا وَالاَهُ , وَعَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا .

“Dunia (yang menyeleweng ) itu terkutuk ; isinya terkutuk, melainkan menyebut (mengingatkan) Allah dan yang mendorongnya,orang alim atau orang yang menuntut ilmu.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan selainnya.Rujuk kepada Sahih Al-Jamek.”(3414).

Maksud “dunia” itu ialah setiap perkara yang melalaikan dari meningati Allah Taala dan menjauhkan daripada Allah .

Nabi SAW pernah bersabda :

مَنْ كَانَتِ الْأَخِرَةُ هَمَّهُ جَعَلَ اللهُ غِنَاهُ فِيْ قَلْبِهِ وَجَمَعَ لَهُ شَمْلَهُ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ . وَمَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , جَعَلَ اللهُ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ وَفَرَّقَ عَلَيْهِ شَمْلَهُ وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ مَا قُدِرَ لَهُ .

Sesiapa yang berwawasan Akhirat , maka Allah menjadikan hatinya terkaya dan Dia mengumpulkan untuknya urusan –urusannya yang terpisah – pisah dan Allah SWT memberikan dunianya, sedangkan dia tidak menyayanginya (tidak terpesona).Dan sesiapa yang berwawasan dunia,maka Allah SWT menjadikan kefakirannya antara dua matanya (selalu melihat dengan rasa tidak puas hati terhadap kehidupan duniawi),dan Dia memisahkan daripadanya urusan –urusannya yang telah terkumpul, dan Dia tidaklah memberikan keduniaan kepadanya melainkan apa yang ditentukan untuknya (sahaja tanpa lebih).(Hadis riwayat At-Turmuzi .Rujuk “Sahih Al-Jamek 6510).

61.Orang yang menahan hak seseorang Islam .

Imam Muslim dalam kitab Sahihnya menyebutkan sumber Abu Hurairah yang memberitakan Nabi SAW bersabda :

مَنِ اقْتَطَعَ حَقَّ امْرِيءٍ مُسْلِمٍ بِيَمِيْنِهِ , فَقَدْ أَوْجَبَ اللهَ لَهُ النَّارَ وَحَرَّمَ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ .

“Sesiapa yang menahan (merosakkan) hak seseorang Islam dengan tangannya, maka sesungguhnya Allah akan memasukkannya ke Neraka , dan dia akan menahannya dari memasuki Syurga”.

Maka seseorang sahabat bertanya:”Bagaimana kalau dia melakukan sedikit sahaja ,wahai Rasulullah ?.

Nabi SAW menjawab:”Sekalipun sekerat kayu sugi.”

62.Membunuh seseorang Mukmin dengan sengaja,

Allah berfirman dalam surah An-Nisak ayat 93 yang bermaksud :

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadaNya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar.

63.Orang yang menggangui jiran .

Abu Hurairah r.a memberitakan bahawa nabi SAW telah bersabda :

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لاَ يَأْمَنُ جَارُهُ بِوَاثِقَهِ

“Tidaklah akan masuk Syurga orang yang mengganggukan jirannya dengan irihati dan kejahatannya.

64.Isteri yang meminta cerai .

Thauban r.a memberitakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Mana –mana isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebarang kesalahan Syarak maka ditahankan dia dari mencium bau Syurga.” Hadis riwayat lima Iman kecuali AnNasai .

63.Orang yang Memutuskan Hubungan Keluarga .

Imam Muslim dalam kitab sahihnya mendedahkan satu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan keluarga .”

66.Orang yang mengumpat ; mengadu domba .

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab SahihNya bersumberkan daripada Huzaifah r.a yang mendengar Nabi bersabda :

لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ

Tidak masuk Syurga orang yang mengumpat .

Dan juga Rasulullah bersabda :

لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ

Tidak masuk Syurga orang yang mengadu-dumba.

67.Orang yang sombong .

Junjungan Nabi SAW pernah bersabda :

لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ .

Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi rasa sombong.

68.Orang yang membangkit – bangkitkan pemberiannya (budi)

69.Orang yang durhaka kepada ibubapa.

70.Orang yang minum arak .

Rasulullah SAW bersabda :

لاَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنَانٌ وَعَاقٌ وَلاَ مُدْمِنُ خَمْرٍ

Tidaklah akan memasuki syurga orang yang membangkit-bangkitkan pemberian,orang yang menderhakakan ibubapa dan orang yang sentiasa minum arak (tahi arak) .Sahih Al-Jamek 7676.

71.Orang yang berdusta dan berbuat jahat.

Sabda Rasulullah SAW :

وَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَي الْفُجُوْرِ , وَإِنَّ الْفُجُوْرَ يَهْدِي إِلَي النَّارِ .

Dan sesungguhnya dusta itu akan membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan itu akan memandu (jalan)ke Neraka .

72.Orang yang membunuh diri .

Imam Al-Bukhari dalam kitab sahihnya bersumber daripada Jundub bin Abdullah r.a memberitakan Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Adalah di kalangan orang – orang sebelum kamu seorang lelaki yang terluka, maka dia tidak sabar, lantas dia mengambil sebilah pisau lalu dia menyembelih dengan tangannya,maka tidak berhenti darah sehingga dia mati,maka Allah swt berfirman:”HambaKu telah bersegera dengan dirinya menemuiKu, maka Aku haramkan (tahankan) dia memperolehi syurga(Ku)”.

Allah SWT berfirman :

وَلاَ تَقْتُلُوْا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا (29)وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ عُدْوَانًا وَظُلْمًا فَسَوْفَ نُصْلِيْهِ نَارًا وَكَانَ ذَلِكَ عَلَي اللهِ يَسِيْرًا (30)( النساء 29-30) .

Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya).

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Siapa membunuh dirinya dengan sebatang besi, maka besinya akan berada ditangannya kelak, di mana dia akan menusuk –nusukkan besi itu kepada perutnya dalam Neraka, dia akan kekal di dalamnya selamalamanya.Siapa yang minum racun, maka dia adalah membunuh diri sendiri (dengan sengaja), maka dia akan menghirupnya dalam Neraka Jahannam dia akan kekal di dalamnya selamalamanya,Dan siapa yang terjun dari sebuah bukit, maka berti dia membunuh dirinya, maka dia akan terjun ke dalam Neraka,dia akan kekal dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya .(Hadis riwayat Muslim).

73.Pemimpin yang menipu (menghampakan)Rakyat .

Sabda Rasulullah SAW :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ .

“Tiadalah seorang hamba yang dipertugaskan Allah menjaga (memimpin) rakyat,maka Allah akan menahannya dari memasuki Syurga, bila dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya.”

74.Tubuh Yang dibesarkan daripada sumber yang haram .

Sabda Rasulullah SAW :

كُلُّ جَسَدٍ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ فَالنَّارُ أَوْلَي بِهِ .

Setiap tubuh yang tumbuh daripada sumber yang serong (haram), maka Neraka adalah lebih utama terhadapnya.

75.Orang yang sombong menentang.

76.Orang yang sombong berkasar .

Sabda Rasulullah SAW :

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْجَوَّاظُ , وَلاَ الْجَعْظَرِيُّ .

“Tidak akan masuk Syurga orang yang sombong menentang(berlagak di waktu berjalan) dan tiada masuk syurga juga orang yang sombong lagi bersifat kasar.” Rujuk Sahih Al-Jamek 4519.

الْجَوَّاظُ = orang yang mempunyai beberapa perangai suka menentang lagi sombong, berlagak sombong di waktu berjalan.

الْجَعْظَرِيُّ = orang yang bersifat kasar , keras lagi sombong .

77.Wanita gagak hitam .

Ialah wanita yang bersifat jahat di antara wanita –wanita .

78.Orang yang mengatakan perkara yang bukan milik peribadi seorang mukmin.

Sabda Rasulullah SAW :

مَنْ حَالَتْ شَفَاعَتُهُ دُوْنَ حَدَّ مِنْ حُدُوْدِ اللهِ , فَقَدْ ضَادَّ اللهَ فِيْ أَمْرِهِ .

وَمَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ , فَلَيْسَ بِالدِّيْنَارِ وَالدِّرْهَمِ , وَلَكِنْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ,

وَمَنْ خَاصَمَ فِيْ بَاطِلٍ وَهُوَ يَعْلَمُهُ لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللغِ حَتَّي يَنْزَعَ .

وَمَنْ قَالَ فِي مُؤْمِنٍ مَالَيْسَ فِيْهِ أَسْكَنَهُ رَدْغَةَ الْخَبَالِ حَتَّي يَخْرُجُ مِمَّا قَالَ , وَلَيْسَ بِخَارِجٍ .

“Sesiapa yang dengan perantaraannya mengubah satu had daripada had –had (hukuman) Allah, maka sesungguhnya dia adalah seorang menentang Allah dalam urusanNya.Dan sesiapa yang mati, sedangkan menanggung hutang, maka tiadalah dinar dan dirham (pembayarnya), akan tetapi (dibayar) dengan segala kebajikan (yang berhutang) dan segala kejahatan ( orang memberi hutang).Dan siapa yang membela dalam perkara palsu,sedang ia mengetahuinya, maka sentiasalah dia dalam kemurkaan Allah sehingga ia meninggalkannya.Dan Barang siapa yang mengatakan terhadap seorang mukmin apa yang tiada padanya, pastilah Allah akan menempatkannya (di Neraka) dengan diberi minum hampas perahan(berupa lumpur pekat yang mengalir dari kulit Ahli Neraka) sehinggalah dia keluar daripada apa yang dia katakana (menarik balik tuduhan melulu ) sedangkan dia tidak aakan dapat keluar .”

Firaman Allah SWT dalam ayat 58 Surah Al Ahzaab :

وَالَّذِيْنَ يُؤْذُوْنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَااكْتَسَبُوْا فَقَدِاحْتَمَلُوْا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِيْنًا .

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

79.Lelaki yang mencambuk manusia.

80.Perempuan yang kelihatan seolah –olah bogel.

Imam Muslim dalam kitab sahihnya meriwayatkan sebuah hadis seperti berikut :

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا : قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطُ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ , يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ , وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ, مُمِيْلاَتٌ مَءِلاَتٌ , رُؤُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ , لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيْحَهَا , وَإِنَّ رِيْحَهَا لَيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذّا وَكَذَا .

“Ada dua golongan yang bakal menjadi penghuni Neraka :

(Pertama) : Golongan (penguasa) yang mempunyai cementi –cementi bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang (penguasa yang zalim) .

(Kedua) perempuan yang (hanya) berpakaian tetapi (sebenarnya dikira) bertelanjang (membogel),berlenggang –lenggok (waktu berjalan) mengahyunkan bahu.Kepala (sanggul)mereka bagaikan bonggol unta yang senget .Kedua-dua golongan inilah tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium bau wanginya dan sesungguhnya (kesemerbakan)bau syurga itu sudah tercium dari pejalanan sekian dan sekian (amat jauh terhidunya ).”

Jarak bau wangi syurga itu adalah sejarak 40 tahun perjalanan , ada mengatakan sejauh 70 tahun perjalanan dan ada juga mengatakan sejarak 500 tahun perjalanan .

Jagalah diri kita jangan menjadi orang – orang yang tidak dapat masuk syurga dan dimasukkan kedalam neraka, samada perbuatan atau perangai kita , sebagaimana telah dierangkan sebanyak 80 sebab yang boleh kita masuk neraka .

No comments:

Post a Comment