SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, September 12, 2011

Antara Nikmat dan Sengasara.

Banyak surat khabar antara bangsa melaporkan tindakan bunuh diri yang dilakukan oleh Perdana Menteri Perancis pada masa pemerintahan Presiden Mitterand .Sebab bunuh diri itu adalah kerana sebahagian media Perancis melancarkan kritik pedas dan mencaci-maki kebijaksanaannya.Selain dari itu,Perdana menteri yang malang ini juga tidak mempunyai keimanan, ketenangan dan ketegaran sebagai sandaran. Dia juga tidak tahu lagi kepada siapa harus menyandarkan diri. Maka hidupnya adalah sengsara.Akhirnya, dia mengambil jalan pintas dengan menyambut nyawanya sendiri . Mengikut agama Islam lelaki yang malang yang telah melakukan bunuh diri ini tidak mendapat hidayah dari Allah maka dengan tidak mendapat hidayah itu hidupnya sengsara,sebagaimana tergambar dalam firman Allah SWT :

......وَلاَتَكُ فِيْ ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكَرُوْنَ .

…….dan janganlah Engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah Engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (AlNahl:127 ).

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذَي ………..

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu Dengan ejekan dan tuduhan Yang tidak berasas…….(Ali Imran :111)

وَاصْبِرْ عَلَي مَا يَقُوْلُوْنَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيْلاً .

Dan Bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. ( al-Muzammil :10).

مَنْ يُضْلِلِ اللهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ .......

sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; ……( Al-Araaf :186 ).

Nasihat orang bukan Islam kepada mereka yang di dalam kesusuhan dan kesedihan adalah menyuruh mereka duduk di tepai pantai laut,mendengar muzik bermain dadu dan lain-lain hiburan,

Berbeda dengan orang muslim dan ahli ibadah .Mereka dinasihatkan supaya membaca al-Quran,berzikir , melakukan solat dan berserah kepada qadha dan qadar Allah , apalila dilanda musibah dan kesedihan.

Sentiasa qanaah dengan rezeki yang diberi oleh Allah , serta bersyukur kepada nikmat yang mereka kecapi selama ini dan bertawakkal kepada Allah , kerana Allah itu tempat orang mengadu firman Allah SWT :

اللهُ الصَّمَدُ . الاخلاص اية :2

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

Dengan memperolehi hidayah dan ketenangan itu maka itulah dinamakan nikmat.Itulah nikmat yang sebenarnya iaitu nikmat Iman dan Islam .

Kesimpulannya orang islam mendapat nikmat dan rahmat yang terlalu banyak dari Allah, dan orang kafir akan mendapat sengsara sama ada di dunia ataupun di akhirat.

Wassalam.

Ibn Omar .

No comments:

Post a Comment