SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, June 5, 2010

Fikah wanita 3 .

AL-ISTIHADHAH(الاستحاضة)
1.Pengertian Istihadhah

Iaitu darah yang keluar dari faraj perempuan bukan pada hati haid dan bukan pada hari nifas.

2. Dalil al-Quran dan al-Hadith

جَأَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ أَبِىْ حُبَيْشٍ الي النبي صلي الله عليه وسلم فقالت : يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنِّي أْمَرَأَةٌ اَسْتَحَاضُ فَلاَ اَطْهَرُ , أَفَأَدْعُ الصَّلاَةَ ؟ فَقَالَ رسول الله صلي الله عليه وسلم : إِنَّمَا ذلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالْحَيْضَةُ , فَإِذَا أَقْبَلَتِ الْحِيْضَةُ فَأَتْرُكَ الصَّلاَةَ , فَإِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فَأغْسِلِي عَنْكَ الدَّمَ وَصَلِّىْ ( رواه البخاري ومسلم ) .
“Telah datang Fatimah binti Abi Habisy kepada nabi SAW , lalu bertanya : Ya Rasulullah SAW ! Sesungguhnya aku seorang perempuan yang sedang di dalam haid . Maka aku belum juga suci .Adakah aku tinggalkan solat ? Maka Rasulullah SAW menjawab :Hanya sesungguhnya darah itu keluar dari urat yang mengalir daripadanya darah istihadah (darah penyakit) dan bukan darah haid .Maka apabila datang darah haid , maka tinggalkanlah solat (selama hari haid) itu ,Dan apabila kadar darah haid tadi (sudah kering darah haid itu mengikut kebiasaannya ) maka mandilah dan solatlah .
3.Cara ibadah orang yang istihadhah

Cara ibadah orang istihadah ialah sebelum berwuduk hendaklah membasuh kemaluannya .Beegitu juga jika merekan bertayammum hendakah juga mereka membasuh kemaluannya sebelum bertayammum .
Sehubung dengan ini perempuan –perenpuan istihadah ( darah penyakit) itu hendaklah menyumbat kemaluannya dengan kapas dan seabagainya dari apa sahaja benda yang lembut dan halus .dan sebaik –baiknya hendaklah direnjiskan penyumbat tersebut dengan air wangi .Selepas itu barulah perempuan tadi berwuduk atau bertayammum .
Dan wajib juga ke atas perempuan – perempuan yang ke datangan istihadah tadi membaharui penyumbat kemaluan pada setiap kali solat fardhu sekalipun darah isthadahnya itu tidak keluar dari lubang kemaluan dan tidak pula melilih ke tepi kemaluannya itu .

4. Permasalahan yang berkaitan dengan istihadhah

Darah Istihadah ialah darah penyakit yang keluar dari urat yang lebih hampir ke rahim perempuan yang dinamakan al azil iaitu urat yang mengalir daripadanya darah istihadah (darah penyakit) .Darah istihadah ini membatalkan wudhuk dam tidak mewajibkan mandi janabah dan tidak wajib meninggalkan soat , dan tidak wajib meninggalkan puasa , di mana darah istihadah ini adalah keluar bukan di masa hari haid dan hari nifas .Dan merupakan hadas yang berkekalan .Cara ibadat orang yang keluar darah istihadah seperti yang diterangkan di atas . dan wajib bagi mereka berwuduk pada tiap – tiap solat fardu , sekalipun solat fardu itu solat nazar .Kerana hukum bagi mereka itu adalah seperti hukum orang yang sentiasa berhadas

No comments:

Post a Comment