SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, September 25, 2010

PUASA SUNAT ENAM SYAWAL

MASIH ramai dalam kalangan umat Islam yang tidak sedar tentang kelebihan puasa sunat enam syawal .Malah tidak dinafikan juga masih ada yang belum yakin dengan hanya berpuasa enam dalam bulan syawal pahalanya seperti berpuasa setahun .Berdasarkan hadis yang bermaksud “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti pula dengan puasa sunat 6 hari pada bulan syawal , ia adalah seperti berpuasa setahun “ Riwayat Muslim). Kita dituntut supaya berpuasa sunat 6 hari pada bulan syawal kerana dengan berpuasa itu kita telah mencukupkan puasa selama setahun , dengan perkiraan sehari puasa ramadhan menyamai 10 hari , maka sebulan menyamai 300 hari atau 10 bulan dan puasa sunat syawal menyamai 60 hari atau 2 bulan , maka jumlah kedua-dauanya 12 bulan atau setahun .Puasa sunat syawal boleh menampal kecacatan puasa bulan ramdhan , puasa ini boleh dilakukan secara berselang seli di dalam bulan syawal , atau berturut –turut , mengerjakan secara berturut –turut adalah lebih afdhal .Kelebihan dan faedah puasa enam syawal .
(a)Berpuasa enam syawal itu adalah menyempurnakan segala kekurangan dalam puasa bulan ramadhan.
(b)Mengiringi puasa sesudah puasa bulan ramdhan menjadi tanda peningkatan iman dan taqwa.
(c)Berpuasa enam tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang dianugerahkanNya.
(d)Ibadat puasa yang dilaksanakan melatih agar diamalkan secara berterusan dan hanya selesai pada bulan ramadhan sahaja.
Oleh hornatilan bulan syawal seperti mana kita menghormati bulan Ramdhan , syawal bukan bererti kita bebas melakukan apa sahaja .Syawal juga dipenuhi dengan pelbagau kebajikan .Aktiviti berfaedah sama ada untuk kita atau orang lain , disamping mengingati Allah SWT .Bersyukur di atas nimat yang telah dianugerhkan kepada kita termasuk nikmat kesihatan , nikmat rezeki , nikmat dapat menjalani puasa sepanjang ramadhan dan menunaikan hak –hak ramadhan dengan sempurna , sewajarlah segala nikmat itu kita syukuri .

No comments:

Post a Comment