SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, June 4, 2010

Fikah wanita 2

AL-NIFAS DAN AL-WILADAH(النفاس والولادة)
1.Pengertian nifas dan wiladah

Nifas ialah darah yang keluar dari faraj perempuan mengiringi anak (selepas beranak).
Wiladah : keluarnya anak sendiri itu mewajibkan mandi , walaupun tanpa keluar darah

2. Dalil al-Quran dan al-Hadith

Sabda Rasulullah SAW :

كَانَتِ النُّفَسَاءُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صلي الله عليه وسلم تَقْعُدُ بَعْدَ نِفَاسِهَا أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا . ( رواه ابو داود والترميذى وصححه الحاكم ) .
“Adalah orang –orang perempuan yang kedatangan nifas di zaman Rasululla SAW duduk berdiam diri selepas nifasnya selama 40 hari .

3. Tempoh nifas

Tempoh nifas : Menurut pengarang al-Minhaj sekurang – kurang masa nifas ialah satu lahzah (seperludahan atau sekelip mata) dan menurut al-Raudah pula .mengikut pendapat ar – Rafie nifas itu sekurang –kurang tempohnya tidak ada perbatasannya , hanya yang ada perbatasan banyaknya yang mana sebanyak –banyak tempoh nifas itu ialah 60 hari 60 malam ( 2 bulan) dan kebiasaannya 40 hari 40 malam .
4. Perkara – perkara yang diharamkan ketika nifas

Perkara – perkara yang diharamkan ketika nifas adalah sama dengan perkara-perkara yang diharamkan ketika haid .lihat bahagian 15 perkara 4 .

5 Permasalahan yang berkaitan dengan nifas dan wiladah

Darah nifas ialah darah haid yang berhimpun dalam rahim perempuan yang tiada keluar haidnya disebabkan hamil , di mana darah nifas itu adalah kumpulan darah haid yang berhimpun di dalam rahim perempuan yang hamil .Oleh itu perempuan – perempuan yang sedang hamil (tengah mengandung) terkadang keluar juga dari rahimnya darah haid yang berhimpun dalam rahim perempuan tadi .Dengan sebab itu fukahak tidak mengemukakan dalil yang khusus bersabit dengan darah nifas , kerana sudah cukup dan memadai dengan dalil – dalil haid sahaja .

Mengikut asy syafiah pendapat yang asah di sisinya :”Seseorang perempuan yang melahirkan anak wajib keatas mereka itu mandi wiladah , sekalipun anak yang dilahirkannya itu merupakan seketul darah atau seketul daging yang kering , kerana yang lahir itu adalah berasal dari percampuran air mani lelaki dengan air mani perempuan .Jadi kalau wajib mandi dengan sebab keluar mani , maka wajib pula mandi disebabkan beranak .Oleh itu fukahak tidak mengemukakan dalil khusus mengenai masalah dari wiladah .

No comments:

Post a Comment