.
SEORANG ULAMAK BESAR DAN TERSOHOR DI MESIR SYIKH MUHAMMAD ALGHAZALI YANG DILAHIRKAN DI KAMPONG NALLAL’INAB DAERAH ‘ITAI AL-BURUD BUHAIRAH MESIR PADA 5 ZULHIJJAH 1335H = 22 SEPT 1917M.BERKELULUSAN IJAZAH USULDIN BELIAU BEPENDAPAT IBADAT IALAH UPACARA – UPACARA DAN KERJA- KERJA YANG DILAKUKAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT DAN MEMPUNYAI NIAT IKHLAS KERANA ALLAH DINYATAKAN DIDALAM BUKUNYA : مشكلات في طريق الحياة الاسلامية MENYEBUTKAN “SEJAK DULU LAGI SESETENGAH AHLI IBADAT , BAHAWA IBADAT ITU HANYALAH SOLAT DAN BERZIKIR .MEREKA TERUS SAHAJA MELAKUKAN KERJA-KERJA ITU, TIDAK MELAKUKAN AKTIVITI –AKTIVITI LAIN YANG BERSANGKUT DENGAN KEDUNIAAN .KATANYA “ SIAPAKAH YANG MELAKUKAN TAMADDUN DUNIA INI KALAU MEMBUAT KERJA – KERJA SOLAT DAN BERZIKIR SAHAJA .SEDANGKAN ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD “dan Kami telah menciptakan besi Dengan keadaannya mengandungi kekuatan Yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (dijadikan besi Dengan keadaan Yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu Dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang Yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
MENGULAS LEBIH LANJUT FAHAMAN YANG SALAH INI BELIAU BERKATA “kalau ibadat itu hanya solat dan zikr sahaja , maka ia adalah sangat mudah dilakukan dan memakan masa yang sangat singkat kira –kira ½ jam sahaja di dalam sehari .Maka pengajarannya tidak lebih dari satu atau dau muka surat .”
SEHUBUNG DENGAN INI JUGA BELIAU MENGATAKAN TENTANG KEKELIRUAN DI KALANGAN UMAT ISLAM SEKARANG TENTANG FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH .KATA BELIAU “MEMANG FARDU ‘AIN ITU KEWAJIPAN ATAS SETIAP ORANG SECARA INDIVIDU , SEMANTARA FARDU KIFAYAH PULA KEWAJIPAN ATAS MASYARAKAT SECARA KESELURAN.
DI DALAM MELAKSANAKAN FARDU KIFAYAH MAKA IANYA BERGANTUNG KEPADA KUANTITI DAN KUALITI .OLEH ITU TIDAK TEPAT KALAULAH KEWAJIPAN FARDU KIFAYAH ITU TELAH TERLAKSANA TETAPI TIDAK MEMUASKAN DI SEGI KUANTITI DAN KUALITI .YANG TEPAT IALAH KEWAJIPAN ITU TERLAKASANA KALAULAH DILAKUKAN SEJUMLAH ORANG CUKUP BILANGANNAY DAN DENGAN CARA YANG MUNASABAH BAGI MELAHIRKAN HASIL YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN MASYARAKAT BERKENAAN .
SELANJUTNYA BELIAU MENGATAKAN BAHAWA FARDU KIFAYAH AKAN BERTUKAR MENJADI FARDU AIN , ANDAINYA SEORANG INDIVIDU SAHAJA YANG BOLEH MELAKUKANNYA .MAKA KETIKA ITU HENDAKLAH INDIVIDU TERSEBUT MELAKUKAN DENGAN SEMPURNA .
MENYENTUH TENTANG KEUTAMAAN ANTARA FARDU DAN SUNAT SYIKH AL-GHAZALI , BELIAU MENEGUR ADA SEBILANGAN BESAR UMAT ISLAM TIDAK MENGAMBIL BERAT TENTANG KEUTAMAAN INI , SEPATUTNYA SESEORANG ITU MENGUTAMAKAN YANG FARDU DARI YANG SUNAT . SEBAGAI CONTOH ADALAH PERLU MENGUTAMAKAN MENUBUHKAN KELINIK PERUBATAN ISLAM KERNAA IA FARDU, DARIPADA PERGI MENUNAIKAN UMRAH BERBILANG –BILANG KALI IA MERUPAKAN SUNAT SAHAJA.
BEGITU JUGA DENGAN MENGAJAR ANAK BANGSA YANG MERLUKAN ILMU PENGETAHUAN ADALAH MERUPAKAN FARDU , DARI MELAKUKAN IBADAT BERITIKAF DAN BERZIKIR , KERANA IA MERUPAKAN SUNAT SAHAJA .
OLEH HAL YANG DEMIKIAN DARI PENDAPAT SYIKH AL-GHAZALI INI MAKA KITA WAJIB BERJUANG MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG BERLANDASKAN HUKUM ALLAH .ADALAH MEJADIKAN KITA BERDOSA DENGAN MENINGGALKANNYA DENGAN ANGGAPAN BAHAWA MEMADAI DENGAN BERZIKIR DAN BERSYUKUR ITU SAHAJA SEBAGAI IBADAT YANG TULIN .
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment