AL-HAID(الخيض)
1.Pengertian haid
Darah yang keluar dari faraj perempuan sewaktu sihat bukan dengan sebab beranak .
2. Dalil al-Quran dan al-Hadith
1.Hadis Rasulullah SAW :
قَالَ رَسُوْلِ الله صلي الله عليه وسلم لِفَاطِمَةِ بِنْتِ اَبِى حُبَيْشِ : إِذَا اَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِىْ الصَّلاَةَ وَإِذَا اَدْبَرَتْ فَاغْتَسِلِىْ وَصَلِّىْ .
“Rasulullah SAW telah bersabda kepada Fatimah binti Habisy : Apabila datang haidh tinggalkan solat dan apabila berhenti haidh hendaklah mandi dan solat .”
2.Firman Allah SWT Surah AlBaqarah ayat 222 yang bermaksud:
Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
3.Tempoh haid
Sekurang – kurang tempoh haid ialah sehari semalam , dan kebiasaannya ialah enam hari enam malam atau tujuh hari tujuh malam .Dan sebanyak –bnayaknya pula lima belas hari lima belas malam .Tempoh – tempoh haid tersebut adalah berdasarkan pemeriksaan fukahak yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.a dan telah dicatatkan oleh Imam Syafie rahimallah dalam kitab –kitab fekahnya dengan berdalilkan sabda Rasulullah SAW kepada Hamnah bint Jahsyin :
تَحِيْضِيْنَ سِتَّةَ أَيَّامٍ أَوْ سَبْعَةً فِِيْ عِلْمِ اللهِ تَعَالَى, ثُمَّ اغْتَسِلِىْ , وَإِذَا رَأَيْتَ أَنَّكَِ طَهُرْتِ وَاسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّىْ أَرْبَعًا وَعِشْرِيْنَ أَوْ ثَلاَثًا وَعِشْرِيْنَ لَيْلَةً وَأَيَّامَهُنَّ وَصُوْمِيْ فَإِنَّ ذَلِكَ يُجْزيْكَ وَكَذَلِكَ فَافْعَلِىْ فِىْ كُلِّ شَهْرٍ كَمَا يَطْهُرْنَ لِمِيْقَاتِ حَيْضِهِنَّ وطُهْرِهِنَّ ,
(رواه أبو داود والترمذي , وقال حسن صحيح ) .
“Engkau (Hamnah ) kedatangan haid selama enam hari atau tujuh hari adalah dalam pengetahuan Allah .Kemudian engkau mandilah .Dan apabila telah engkau keahui diri engkau telah suci dan bersih hendaklah engkau solat dan berpuasa selama 24 atau 23 hari dalam sebulan .Yang demikian adalah memadai untuk engkau .Begitulah hendaknya engkau perbuat di tiap – tiap bulan sebagaimana suci merekaitu bagi masa haid dan masa sucinya .
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan katanya Hassan lagi sahih ) .
Begitu juga sabanyak –banyak masa haid 15hari 15 malam adalah dengan pemeriksaan ulamak fekah .Diriwayatkan dari Ali r.a , Imam Syafie berkata :
رَأَيْتُ نِسَاءً أَثْبَتَ لِىْ عَنْهُنَّ أَنَّهَنَّ لَمْ يَزَلْنَ يَحِضْنَ خَمْسَةَ عَشَرَ يَوْمًا .
“Aku telah ketahui perempuan – perempuan telah memberi tahu kepada aku bahawa merekaitu sentiasa kedatangan haid selama 15 hari .
4.Perkara yang diharamkan ketika haid
1.Solat : Haram ke atas perempuan –perempuan yang kedatangan haid mengerjakan solat termasuk juga sujud tilawah dan sujud syukur .Sabda Rasulullah SAW kepada Fatimah bintin Abi Habisy diriwayatkan daripada Aisyah r.a :
إِذَا اَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِىْ الصَّلاَةَ وَإِذَا اَدْبَرَتْ فَاغْتَسِلِىْ وَصَلِّىْ .
“ Apabila datang haidh tinggalkan solat dan apabila berhenti haidh hendaklah mandi dan solat .”
2.Puasa : Perempuan – perempuan yang kedatangan haid haram mengerjakan puasa ,dan wajib mengada’ puasanya yang ditinggalkan masa haid , berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya :
كُنَّا نَحِيْضُ عِنَد رَسُوْلِ الله صلي الله عليه وسلم ثُمَّ نَطْهَُرُ فَنُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الصَّوْمِ وَلاَ نُؤْمَرُ بِقَضَاءِ الضَّلاَةِ . (رواه الشيخان : البخاري ومسلم ) .
“Adalah kami (isteri –isteri Rasulllah SAW ) kedatangan haid di sisi Rasulullah SAW .Kemudian setelah kering darah haid kami , kami pun bersuci (mandi janabah /mandi hadas besar) .Maka Rasulullah SAW menyuruh kami menkadha’ puasa dan tidak disuruh kami menkadha’ solat .” (Hadis Riwayat :Al Syaikhan :Al-Bukhari dan Muslim) .
3.Membaca Al-Quran :Perempuan – perempuan yang kedatangan haid haram membaca Quran awalaupun setengah ayat .Sabda Rasulullah SAW :
لاَ يَقْرَاءُ الْجُنُبُ وَلاَ الْحَائِضُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْءَانِ .(رواه الترميذي وابن ماجه بسند صحيح) .
“Tidak boleh orang – orang yang berjunub dan perempuan - perempuan yang haid membaca sedikitpun dari ayat –ayat Quran .” (Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah dengan sanad yang sahih )
لاَ يَقْرَاءُ الْجُنُبُ وَلاَ الْحَائِضُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْءَانِ .(رواه الترميذي وابن ماجه بسند صحيح) .
“Tidak boleh orang – orang yang berjunub dan perempuan - perempuan yang haid membaca sedikitpun dari ayat –ayat Quran .” (Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah dengan sanad yang sahih )
4.Menyentuh Quran dan menanggungnya : Perempuan – perempuan yang kedatangan haid haram menyentuh dan menanggung Quran.Ini berdalilkan nas – nas berikut :
a)Firman Allah SWT surah al waqiaah ayat 79 yang bermaksud :
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
b)Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Ibni Umar r .a :
لاَ يَمَسُّ الْقُرْاءَنَ إِلاَّ طَاهِرٌ .
“Tidak boleh menyentuh Quran kecuali orang yang suci (orang yang berwuduk). ( Hadis riwayat : Ad Darulqatni .)
5.Masuk masjid :Haram ke atas perempuan – perempuan yang kedatangan haid masuk ke dalam masjid dan duduk atau berhenti di dalamnya ,sekalipun berdiri atau berjalan berulang alik di dalam masjid . Hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aisyah :
إِنِّىْ لاَ أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلاَ جُنُبٍ
Sesungguhya Aku tidak halalkan masjid dijadikan tempat perhentian perempuan – perempuan yang haidh dan orang – orang yang berjunub .
(Hadis riwayat Abu Daud)
6.Tawaf di Baitullah .
Perempuan yang sedang kedatangan haid haram tawaf di baitullah , kerana tawaf itu seperti solat juga ..Dan syarat tawaf sama dengan syarat solat hendaklah suci dari hadas besar dan hadas kecil .sabda Rasulullah SAW :
اَلطَّوَافُ بِالْبَيْتِ صَلاَةٌ , إِلاَّ أَنَّ اللهَ أَحَلَّ لَكُمْ فِيْهِ الْكَلاَمَ , فَمَنْ تَكَلَّمَ فَلاَ يَتَكَلَّمَ إِلاَّ بِخَيْرٍ . ( رواه الحاكم ) .
“Tawaf mengelilingi Baitullah adalah sepetti solat , kecuali Allah menghalalkan kamu bercakap (ketika kamu mengerjakan tawaf).Maka sesiapa yang bercakap (semasa tawaf) janganlah bercakap kecuali percakapan yang baik.” (Hadis riwayat oleh Hakim) .
7.Jimak ( Bersetubuh) .Perempuan yang sedang di dalam haid haram mereka bersetubuh dengan suaminya sehingga mereka suci mandi janabah .Firman Allah SWT yang bermaksud :
oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. (Al-Baqarah : 222)
8.Bersedap – sedap dengan barang yang di antara pusat dan lutut .
Perempuan – perempuan yang sedang di dalam haid haram bagi suaminya bersedap – sedap dengan barang yang di antar pusat dan lutut isterinya (bersedap – sedap dengan faraj - kemaluan isterinya) dalam masalah ini Abdullah bin Masud r.a berkata :
سَأَلْتُ رَسُوْلِ الله صلي الله عليه وسلم عَمَّا يَحِلُّ لِيْ مِنِامْرَأَتِيْ وَهُوَ حَائِضٌ فَقَالَ لَكَ مَا فَوْقَ الاءِزَارِ . (رواه ابو داود ) .
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW apakah halal kepadaku terhadap isteriku yang sedang di dalam haid ? Baginda menjawab ;”Halal bagi engkau barang yang di atas kain lepas .”
5.Permasalahan yang berkaitan dengan haid
Sekurang – kurang suci di antara dua haid ialah 15 hari 15 malam dan sebanyak –banyaknya pula tidak ada perbatasannya , ketetapan ini adala berdasarkan penyelidikan fukahak .Mengenai masa sebanyak-banyak suci di antara dua haid itu tidak ada perbatansannya .Kerana perempuan- perempuan itu terkadang kedatangamn haid dalam setahun hanya sekali malah ada juga perempuan- perempuan itu kedatangan haid seumur hidupnya hanya sekali sahaja.
Darah haid itu akan keluar sehingga menjangkau umur 60 tahun .Bila seseorang hamil maka ia tidak ada kedatangan haid , yang dinamakan nifas yang akan dibancangkannya di bawah nanti
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment