SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 10, 2012

TAZKIRAH RAMADAN


PUASA MENDIDIK UMAT ISLAM NENAHAN LAPAR DAN DAHAGA SERTA SETIAP PERKARA YANG WALAUPUN PADA DASARNYA DIHALALKAN ALLAH SWT SEPERTI HUBUNGAN SUAMI ISTERI,DIHARAMKAN SIANG HARINYA DI BULAN RAMADAN.
PADA BULAN RAMADAN KITA MENGIKUT PERINTAH ALLAH SWT DENGAN MENJAUHI PERKARA YANG HALAL PADA SIANGNYA DI BULAN – BULAN YANG LAIN.PERKARA INI KITA LAKUKAN UNTUK MENDISIPLINKAN DIRI SERTA MENDIDIK DIRI AGAR MENJADI LEBIH BAIK.
TETAPI KENAPA DI LUAR BULAN RAMADAN, ADA KALANGAN ORANG ISLAM BOLEH MAKAN RASUAH DAN SUAP RASUAH ? SEDANGKAN LATIHAN DI BULAN RAMADAN ITU, YANG HALAL PUN MENJADI HARAM PADA WAKTU SIANG DAN SEGALA PANTANG LARANG DARIPADA KITA IKUTI.
SAMA ADA BULAN RAMADAN ATAU LUAR RAMADAN RASUAH ITU TIDAK DIANGGAP JIJIK.ORANG ISLAM YANG BERPUASA JUGA MENERIMA RASUAH.INI BERERTI PUASA TIDAK MENJELMAKAN DISIPLIN DIRI KEPADA SEBAHAGIAN ORANG ISLAM.
SEPATUTNYA UMAT ISLAM MEMBERI CONTOH YANG TERBAIK DAN MENJADI UMAT TERBAIK.KENAPA UMAT ISLAM TIDAK MENDISIPLINKAN DIRI MENJAUHKAN DIRI DARIPADA RASUAH ?INI PERKARA YANG KITA PERLU RENUNGKAN BERSAMA.
MOHAMAD SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS.
(HARAKAH KELUARAN 10-12 OGOS 2012).

No comments:

Post a Comment