1.MENERANGKAN HIKMAT PUASA DIANTARANYA DENGAN BERPUASA KITA DAPAT MERASA BETAPA SUSAH DAN SENGSARA ORANG YANG TIDAK ADA MAKANAN ( TIDAK MAMPU MENYEDIAKAN MAKANAN).
2.SUPAYA BERTAMBAH KETAQWAAN KITA SEPERTI YANG DISARANKAN DALAM AYAT 183 SURAH AL-BAQARAH YANG BERMAKSUD “Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” DAN FIRMAN ALLAH DALAM AYAT 7 -10 SURAH ASY SYAM YANG GERMAKSUD :”7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya);
8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
3.HARI RAYA INI KITA MENGAGUKAN ALLAH DENGAN TAKBIR :
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
3.KITA WAJIB MENJAGA DIRI KITA DAN KELUARGA DARI API NERAKA SEPERTI YANG TERDAPAT DALAM SURAH ATTAHRIM AYAT 6 YANG BERMAKSUD :
“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan. “
4.TIAP – TIAP MALAM RAMADAN KITA BERDOA
اللهم إنا نسألك الرضا والجنة ونعوذ بك من سخط والنار
6.KITA HENDAKLAH MENCARI JALAN MENUJU KE SYURGA DAN HENDAKLAH MENJAUHI JALAN MENUJU KE NAERAKA .
7.KITA AGAK SENANG UNTUK MEMBINA AGAMA , BERBANDING DENGAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPAKSA MENGHADAPI BEBAGAI RINTANAGAN DAN KESUKARAN DALAM IA MENGEMBANGAK AGAMA ISLAM YANG KITA DAPAT HARI INI DAN AKAN TERUS BERKEMBANG HINGGA HARI KIAMAT .
8.KITA SEKARANG DALAM SUASANA GEMBIRA KERANA MENYAMBUT HARI RAYA DENGAN KEADAAN AMAN DAN MERDEKA , TETAP KITA JANGAN LUPA BAHAWA KITA BELUM BENAR –BENAR MERDEKA – KERANA UNDANG – UNDANG ISLAM DAN HUKUM ISLAM BELUM LAGI TERTEGAK DI BUMI KITA MALAYSIA .
9. DI HARI RAYA KITA DIHIDANGKAN DENGAN BERBAGAI ANEKA JUADAH DAN MAKANAN TETAPI JANGAN MELAMPAU DAN MEMBAZIR , KERANA ORANG YANG MEMBAZIR ADALAH SAUDARA SYAITAN .FIRMA N ALLAH DALAM AYAT 26-27 SURAH ALISRAK YANG BERMAKSUD “26. dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau.
27. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya.
KHUTUBAH DIAKHIRI DENGAN MENGAJAK SELURUH PARA HADIRIN SUPAYA MEMBINA SATU JEMAAH YANG HIDUP DENGAN PENUH KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH – DAN SENTIASA BERSYUKUR ATAS NIKMAT ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA- FIRMAN ALLAH SURAH IBRAHIM AYAT 7 YANG BERMAKSUD “dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment