SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 3, 2012

Tazkirah 9.Pagi Jumaat 3.8.2012.Siksa orang yang melakukan liwat .

Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوْطِ فَاقْتُلُوْا الفَاعِلَ وِالْمَفْعُوْلَ .
"Sesiapa yang melakukan liwat maka hendaklah dibunuh yang melakukan liwat dan yang kena liwat “.
Ibnu Abbas berkata, “ Hukum otang melakukan liwat hendaklah direjam dari tempat tinggi hingga mati, adalah kaum nabi Lut direjam oleh Allah dari langit dengan batu dari neraka,dan jika dimandikan orang melakukan liwat dengan segala air didunia ini maka tidak hilang najis liwat itu, maka apabila lelaki mendatangi lelaki maka bergegarlah arasy dan malaikat berpegang kepada tiang arasy sambil membaca surah al-ikhlas, maka baru arasy itu berhenti bergerak.
Sabda Rasulullah Saw ,”Tujuh orang disiksa dengan pedihnya , pertama dan kedua dua lelaki melakukan liwat , ketiga orang berzina dengan perempuan melalui duburnya,keempat berzina dengan binatang kelima zina dengan perempuan serta anaknya sekali,keenam zina dengan perempuan sudah ada suami ketujuh orang menyakiti jiran sekampungnya.
Nabi Sulaiman bertanya kepada Iblis,”Siapakah yang kamu paling kasih ?” maka jawab Iblis “ orang melakukan liwat,”
Sabda Rasulullah SAW,”Allah melaknat :”orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan,orang sombong,masuk tandas tidak membersihkan istinjanya,kerana perbutan demikian adalah perangai kaum nabi Lut,maka balasan mereka alah neraka”begitu juga lelaki menyerupai perempuan dan sebaliknya.
Sabda Rasulullah SAW “ Allah akan menyiksa mereka yang melakukan liwat dan mati dengan tidak sempat bertaubat di dalam kubur dengan disambar oleh seekor burung dan diterbangkan ruhnya ke negeri kaum nabi Lut dan terputus dari rahmat Allah“.
Sabda Rasulullah saw ,”pada hari kiamat kelak akan didapat kanak-kanak yang tiada berkepala,lalu Allah bertanya siapakah kamu lalu mereka menjawab , kami adalah orang diinyai oleh bapa kami kerana mereka meliwat kami ,”.

No comments:

Post a Comment