عَن مُعَاوِيَّة َ بن ابو سفيان رضي الله عنه قال : قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :مَا مِنْ إِمَامٍ يُغْلِقُ بَابَهُ دُوْنَ ذَوِيْ الْحَجَةَ زَالْخَلَّةِ وَالْمَسْكَنَةِ إِلاَّ أَغْلَقَ اللهُ أَبْوَابَ السَّمَاءِ دُوْنَ خَلَّتِهِ زَحَاجَتِهِ وَمَسْكَنَتِهِ .
( رواه الترميذي , الحاكم واحمد ) .
Terjemahan Hadis
Daripada Muawiyah bin Abu Sufian r.a berkata ia : Sabda Rasulullah SAW :”Tiada seorang imam (pemimpin) yang menutup pintunya untuk menghalang orang yang berhajat , yang memerlukan , dan orang miskin ,melainkan Allah menutup pintu – pintu langit , tidak memenuhi keperluan dan kemiskinannya . (Hadis riwayat : At-Tirmizi ,Hakim dan Ahmad).
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Muawiyah bin Abi Sufian .Seorang pengasas Kerajaan Umaiyah di Syam .Lahir di Mekah pada tahun 15 sebelum Hijrah (630M) dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 60H /680M .Beliau adalah seorang yang pintar , lidahnya fasih , kira bicaranya tenang dan tanah menanggung kesusahan .
Memeluk Agama Islam pada tahun kelapan Hijrah ketika pembukaan kota Mekah , waktu umurnya 23 tahun .Kerana masuk Islamnya terlalu akhir , sedangkan beliau adalah seorang muda cergas maka nabi memberi pemghormatan khusus dengan cara mendampingnya dan melantik beliau salah seorang daripada jurutulis wilayah dan ada meriwayat hadis ,
Nilai Hadis
Hadis ini adalah menerangkan tentang kewajipan pemimpinan mesti menolong rakyat yang memerlukan bantuan darinya .
Keterangan Hadis secara terperinci
Seorang pemimpin mestilah menjaga rakyatnya seperti menjaga anak-anaknya sendiri ,jika ada orang yang berhajat atau memohon perlindaungan atau terdapat golongan miskin , maka perlulah ia menunaikan hajat orang yang berhajat dan memberi pertolongan dan perlindungan kepada mereka yang meminta pertolongan dan pelindungan , pemimpin yang perihati sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakyat yang miskin , kerana golongan ini amat perlu diberi bantuan , kalau golongan miskin tidak dibantu , pemimpin seperti ini dianggap pendusta Agama , Firman Allah SWT yang bermaksud :
1. Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. ( Al-Maaun : 1-3 ) .
Seorang pemimpin tidak boleh menghampakan permintaan dan keperluan mereka yang tersbut di atas tadi , ini ditegas di dalam hadis ini , jika mereka menutup pintu (tidak memebri bantuan) maka akibatnya mereka akan ditutup oleh Allah SWT pintu langit (tidak mendapat berkat) : “Dengan tidak memenuhi keperluannya dan membiarkannya di dalam kemiskinan “.
Ingatlah bahawa pintu – pintu langit sentiasa terbuka kepada hambanya yang bertakwa dan mengambil tahu dan perihatin terhadap orang –orang yang susah ,Firman Allah SWT yang bermaksud :
dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (Al-Araaf :96).
Oleh itu seoang pemimpin hendaklah sentiasa memenuhi kehendak rakyat dan mengambil berat tentang golongan miskin , pemimpin yang melakukan yang demikian akan mendapat hidup senang , sebaliknya pemimpin yang mengabaikan keperluan rakyat dan tidak perihatin terhadap golongan miskin , akan menerima balasan hidup tidak berkat dan sentiasa di dalam kesusahan dan keluh kesah .
Pengajaran Hadis .
1.Pemimpin perlu memenuhi kehendak rakyat , supaya rakyat dapat hidup dengan aman sentosa .
2.Pemimpin yang tidak menunaikan kehendak rakyat akan menerima balasan dari Allah SWT dengan disempitkan rezekinya dan jauh dari pertolongan Allah .
No comments:
Post a Comment