SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, August 1, 2012

240 memerima sumbangan dun kerdau

Kuala Krau : Lebih 240 golongan kurang bernasib baik,anak yatim dan ibu tunggal dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun)Kerdau menerima sumbangan sempena kehadiran Ramadan Al-Mubarak.
Pengarah Majlis Tindakan Dun,Haji Ahmad Mat Yaman berkata,majlis penyampaian sumbangan ini dibuat di Darul Hikmah dan Kampong Purun yang dihadir sama oleh bekas Calon Parlimen Kuala krau Ustaz Kamal Saari dan Ketua Pemuda Pas Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-hafiz.
Pada tahun ini pihaknya menerima sumbangan daripada pelbagai pihak kira – kira RM14,300 bagi tujuan program ini.
“Pihak Dun mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini khususnya para penderma”katanya.
Antara sumbangan adalah anak yatim kepada bekas pengedar Harakah Dun Kerdau En.Zulhasmi yang meninggal akibat kemalangan jalanraya.Anak-anaknya yang menerima sumbangan ialah Zul Muhamad Shakir,Zul Muhamad Sauqi dan Zul Muhamad Fakrin . (Harakah Keluaran 30 Julai – 2 Ogos 2012).
ustaz kamal Saari dan Us.Shahril Azman menyampaikan sumbangan.

No comments:

Post a Comment