SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, August 6, 2012

TAFSIR AYAT 17 SURAH AL-GHAASYIYAH

“(Mengapa mereka Yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta Bagaimana ia diciptakan?”
Bagaimanakah orang – orang musyrikin boleh mengengkari hari kiamat dan menafilan kemungkinan berlakunya hari kiamat tersebut . Sedangkan mereka seharian melihat unta dan ia adalah binatang paling besar yang wujud dalam persekitaran mereka.Tidakkah mereka memerhatikan penciptaan unta yang begitu unik ? Ia mempunyai tubuh yang besar , tenaga yang kuat,bentuk yang dinamik da ajaib tetapi dalam masa ia mudah disuruh membawa bebanan yang sangat berat,jinak dengan kanak –kanak kecil,dagingnya boleh dimakan,kulitnya boleh digunakan,susunya diminum dan unta sangat sabar menahan lapar dan dahaga.Allah memulakan dengan unta sebagai contoh kerana ia binatang yang lumrah menjadi milik orang – orang Arab.Tambahan pula kegunaannya lebih banyak berbanding dengan binatang lain.Dagingnya di makan,susunya diminum,mudah untuk ditunggang dan membawa bebanan yang berat,dapat merentas perjalanan yang jauh.Sangat tahan dahaga dalam tempoh yang lama,sedikit makan,banyak beranak dan ia merupakan harta yang utama dalam masyarakat Arab. (Tafsir al-Munir juz 30-m.s 208).
RENUNGAN DARI AYAT DI ATAS :
UNTA GANTI KERETA
DI IDLICOTE WARWICKSHIRE ADA SATU KELUARGA FOSSETT BERSAMA DENGAN ISTERINYA REBECCA DAN DUA ANAK MEREKA BERNAMA DAISY 13 TAHUN DAN LEO 10 TAHUN MEREKA MENGGUNAKAN UNTA SEBAGAI KEINDERAAN MEREKA.MEREKA MEMPUNYAI 6 EKOR UNTA .







No comments:

Post a Comment