SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 31, 2012

Tazkirah 12.Pagi Jumaat 31.8.2012.Siksa orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat)i) .

Firman Allah swt dalam ayat 110 surah al-baqarah :
وأقيموا الصلاة وءاتوا الزكاة
dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat
Diceritkan dari Nabi Muhammad SAW “Tidak diterima tiga perkara melainkan dengan tiga perkara (pertama )Tidak diterima solat melainkan dengan mengeluarkan zakat (Kedua )Tidak diterima saksi melainkan berbuat baik kepada dua ibubapa (ketiga)Tidak menurut kata Allah melainkan menurut kata RasulNya .”
Sabda Rasulullah saw “ Apabila seseorang muslim memiliki emas seberat 20 misqal maka wajib ia mengeluarkan zakat sebanyak ½ misqal (1/40) dan hendak sampai haul (12 bulan Qamariah) – seseorang yang cukup nusab harta , jika ia tidak mengeluarkan zakat maka harta akan menyiksanya pada hari qiamat .
Sabda Rasulullah saw “Barang siapa memilik harta yang cukup nisab dan ia tidak mengeluarkan zakat- maka datang pada hari qiamat beberapa ekor ular yang mempunyai mata yang menyala –nyala dan giginya daripada besi maka mengigit ia akan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu. Kemudian dimasukkan ke dalam neraka “
Sabda Rasulullah saw “ orang memiliki binatang ternakan yang cukup nisab . maka pada hari qiamat datanglah kambing - lembu – kerbau menanduknya sehingga jatuh ia ke dalam neraka “.
Sabda Rasulullah saw “ Ditulis pada pntu syurga diharamkan kepada mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

No comments:

Post a Comment