عن ابو امامه " أَنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْل ُ : صِنْفَانِ مِنْ أُمّّتِيْ لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِيْ , إِمَامٌ ظَلُوْمٌ غَشُوْمٌ وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ ( رواه مسلم) .
Terjemahan Hadis
Ada dua golongan dari umatku yang sama sekali tidak akan dapat mencapai syafaatku iaitu : imam yang zalim lagi kejam (perampas) dan tiap – tiap orang pengkhianat yang keluar dari agamanya .( Hadis Riwayat Muslim) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Amamah seorang sahabat Rasulullah SAW , hadis ini terdapat di dalam Sahih Sunnan Ibn majah 2/2308 – 2859/14 dan Az-Zilal 1065 – 1078 .
Nilai Hadis
Hadis ini menjadi panduan kepada pemimpin supaya jangan melakukan kezaliman terhadap orang yang mereka pimpin , kerana Rasulullah SAW menyatakan pemimpin yang melakukan kezaliman tidak akan mendapat syafaatnya pada hari kiamat nanti , dan juga orang melakukan khianat terhadap agama dengan melampau. Pada hari kiamat kelak kita sangat berharap untuk mendapat syafaat dari rasulullah SAW .
Keterangan Hadis secara terperinci
Di dalam hadis ini Rasulullah menyebutkan bahawa ada dua golongan yang tidak akan mendapat syafaatnya iaitu ;
(i)Pemimpin yang zalim
(ii)Pengkhianat agama .
Keterangan mengenai pemimpin yang zalim
Islam menghendaki kententeraman dan ketertiban hidup ini , baik individu mahupun masyarakat . Untuk mencapai tuntutan seperti itu diperlukan pemimpin sebagai pengatur ketetapan – keteapan masyarakat kerana seorang pemimpin itu memiliki tanggungjawab yang berat . Kententeraman suatu masyrakat banyak dipengaruhi oleh watak pemimpinnya . Pemimpin yang berlaku zalim , akan merosakkan ketenteraman masyarakat , zalim itu adalah sifat yang dicela oleh Allah SWT , kerana melakukan suatu perbuatan yang tidak kena pada tempatnya, zalim adalah merupakan dosa besar dan akan mendapat seksaan yang pedih di akhirat nanti, oleh itu wajarlah ia tidak mendapat syafaat Rasul , kerana kezalimannya itu .Firman Allah SWT yang bermaksud:
(42) Jangan menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
43. (dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44. dan berilah amaran (Wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah Kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada Kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya Kami menyahut seruanmu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya Kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45. "Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)". (Ibrahim :42 – 45 ).
Keterangan mengenai pengkhianat agama :
Yang dimaksudkan pengkhianat agama , ialah orang yang pada mula berugama Islam kemudian keluar dari agama Islam dan mebantu pula musuh –musuh Islam . Pengkhianat seperti ini maka wajarlah tidak mendapat syafaat rsul, kerana perbuatan khianat itu adalah dilarang di dalam Islam dan akan mendapat kemurkaan Allah SWT , firmanNya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). (Al-Anfal :27 ) .
Apakah yang dimaksudkan syafaat Rasul ?
Yang dimaksudkan syafaat rasul (nabi) ialah pertolongan atau permohonan rasul di akhirat nanti untuk kebaikan umatnya .
Maka syafaat itu terbahagi kepada lima bahangian :
(a)Syafaat supaya disegerakan perbicaraan dan diringankab penderitaan ketika di Mahsyar .
(b)Syafaat untuk dimasukkan orang – orang baik ke dalam syurga tanpa dikenakan hisab.
(c)Syafaat untuk menaikkan darjat syurga .
(d)Syafaat untuk melepaskan orang –orang yang berdosa tanpa taubat pada masa hendak masuk syurga .
(e)Syafaat supaya dikeluarkan dari neraka .
Sabda Rasulullah SAW :
شَفَاعَتِىْ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أَمَّتِىْ , مَنْ كَذّبّهَا لَمْ يَنَلْهَا .
Syafaatku juga akan aku berikan kepada orang – orang yang melakukan dosa besar dari umatku , maka ssesiapa yang tidak mempercayainya tidak akan mendapatinya.
Daripada hadis di atas Rasulullah SAW akan memberi syafaat kepada umat –umatnya yang melakukan dosa besar , tetapi mereka yang menjadi pemimpin yang zalim dan pengkhianat agama tidak akan mendapat syafaat itu .Kerana telah ditegaskan rasul di dalam hadis yang kita bicarakan ini .Oleh itu sebagai pemimpin maka hendaklah berlaku adil jangan melakukan kezaliman terhadap orang dipimpinnya , mudah – mudahan akan mendapat syafaat rasul.
Pengajaran Hadis .
1.Dua golongan tidak akan mendapat syafaat nabi Muhammad SAW : Pemimpin yang zalim dan Pengkhianat agama yang melampau .
2.Kezaliman dan khianat dua sifat mazmumah yang sangat dicela oleh agama ,maka hendaklah dijauhi , semoga kita akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW .
3.Syafaat merupakan pertolongan yang amat berguna kepada manusia pada hari kiamat kelak , kerana ia boleh meringankan azab atau menambahkan darjat nikmat syurga yang akan diterima
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan
-
*CATATAN PERISTIWA*
*Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.*
DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada
malam Sabtu...
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment