SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, August 24, 2012

Tazkirah 11.Pagi Jumaat 24.8.2012.Siksa orang meratapi mayat dan balasan pahala mereka yang bersabar di atas kematian.


Firman Allah ayat 23 surah Ah-hijr
وَإِنَّا لَنَحْنُ نُحْيِ وَنُمِيْتُ وَنَحْنُ الْوَارِثُونَ
Dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya.
Dan sabda Rasulullah saw :”Orang meratap akan mayat akan keluar dari kuburnya dengan keadaan kusut masai,pakaiannya kotor dan dua tangannya berada di atas kepala dan dimasukkan ke dalam neraka.”
Sabda Rasulullah “ Dua jenis suara yang sangat buruk,pertama suara orang yang meratap terhadap mayat kedua bunyi serunai. Dan mayat akan disiksa kalau ada orang maratap terhadapnya.
Telah bersabda Rasulullah SAW “Apabila mati seorang kanak-kanak maka roh dibawa ke langit,firman Allah “Kenapa engkau tinggalkan ibubapanya,engkau bawa anaknya sahaja, maka jawab malaikat aku tinggalkan ibubapanya kerana ia bersabar di atas kematian anaknya, maka firman Allah sediakan kepada dua ibu yang sabar itu sebauh syurga dibawah arasy yang dinamakan rumah “SABAR”.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang sabar kerana kematian seorang anak kecil , maka ia beroleh pahala sebesar bukit Uhud, Barangsiapa yang sabar kerana kematian dua orang anak kecil , maka ia beroleh pahala nor yang sangat luas, Barangsiapa yang sabar kerana kematian tiga orang anak kecil , maka tertutuplah pintu neraka baginya dan barang siapa sabar di atas kesejukan wuduk dan mandinya kerana hendak mengerjakan solat maka Allah akan beri pahala kepadanya tiap-tiap bulu romanya satu kebajikan.Dan dijadikan tiap –tiap titik air pada tubuh malaikat yang sentiasa bertasbih dan memohon keampunan kepadanya hingga hari kiamat
Barang siapa kerana kematian anak kecil dengan berkata “
انا لله و إنا إليه راجعون ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Maka anaknya pada padang mahsyar akan membawa air telaga haud kauthar kepadanya dimana diwaktu itu semua orang sangat dahaga.
Sabda Rasulullah s.a.w “ Semua orang berkeadaan sangat lapar di waktu bangun dari kubur masing-masing maka datanglah puasanya menyelamatkannya”. Dan anak – anak mati kecil dan sabar ibu bapa di atas kematian mereka maka anak –anak keci; itu akan datang membawa air dan mkanan kepadanya “.
Pada hari kiamat kelak semua kanak – kanak oaring Islam yang mati kecil akan dihimpunkan kemudian dibawa masuk syurga, maka enggan mereka masuk syurga jika tidak bersama mereka ibubaopa mereka yang sabar di atas kematian mereka , maka Allah izin mereka masuk syurga bersama ibubapa mereka .

No comments:

Post a Comment