SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, August 4, 2012

JADIKAN AL-QURAN PETUNJUK SEPANJANG ZAMAN OLEH : DR.HARON DIN TIM.MURSYIDUL AM.

الحمدلله Kita telah memasuki Ramadan yang baru,setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan kita.Ramadan disebut صوم /صيام yang bermaksud menahan diri.
Menahan diri bermaksud menjaga diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri daripada semua perkara – perkara lagha.
Sebeb itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan – perlataan palsu dan beramal dengan perkara – perkara palsu,maka Allah tidak berhajat padanya untuk berpuasa.”
Ramadan bulan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud”YA!Allah,berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Shaaban dan sampaikan kami,panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan”.
Hadis ini memberi makna Ramadan yang ditunggu dengan penuh lahap,dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri.
Dalam Islam boleh dikatakan semua ibadat –ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan persyariatannya.
Contohnya seperti solat,istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh –sungguh agar kita menjadi hambaNya yang pergantungan kita hanya kepada Allah.
Sebab itu sembahyang diulang –ulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antara manusia dengan Allah.
Zakat,istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyucikan jiwa daripada yang tidak baik.Haji,sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.
Daripada zahir,puasa nampak seolah olah mendera diri.Walaupun dikatakan mendera diri,ia dilakukan kerana Allah.Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya.
Tetapi penderaan itu kerana dunia.Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya,kena regim yang ekstrim.Hendak membina badan,kena latihan yang lasak,makanan yang dikawal.
Selain itu,hendak pandai bermain kena berlatih bersungguh –sungguh,berbulan –bulan dan mungkin bertahun-tahun.Kesemuanya ini dilakukan kerana tujuan keduniaan.
Sedangkan puasa ianya dibuat kerana Allah.Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud:”Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya.”
Puasa adalah medan latihan hakiki untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehedak duniawi untuk mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.
Inilah yang disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:” Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah.Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim,ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut – turutan atau lakukan dengan cara tidak bersemangat.
Seperti didesak oleh satu pihak,tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar – benar patuh kepada Allah.
Ibadah puasa ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersunggu-sungguh meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut.Ramadan dikenali juga dengan شهر مغفرة iaitu bulan keampunan.
Allah menyediakan peluang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan Allah.Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud”Alangkah hairan dan ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan,apabila habis Ramadan dia tidak mendapat peluang kempunan Allah”
Ini juga disebut dalam hadis lain yang bermaksud”Ramadan awalnya rahmah,dipertengahannya keampunan, dan diakhirnya membebaskan diri daripada api neraka”
Rabutlah peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa – dosa kita.seolah –olah habis Ramadan,habislah dosa kita . Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut”رمضان شهر القران .
Kalau Allah telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan petunjuk kepada manusia dan menjelaskan sejelas –jelasnya mana yang Allah suruh,yang Allah reda.Mana yang Allah larang untuk dijauhi,yang disuruh untuk ditaati.(Harakah 30 julai – 2 ogos 2012).

No comments:

Post a Comment