SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, October 15, 2009

TAZKIRAH YDP PAS KAWASAN TEMERLOH

1.PERLU KEPADA TAZKIRAH.
Tazkirah adalah penting , firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya
peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(AZZARIYAT : 55)

Tazkirah penting menginggatkan yang lupa.orang lupa perlu disedarkan ,
sebab itu kita disuruh membaca سورة العصر , di dalam hal agama kita
mudah lupa, dalam hal dunia kita payah lupa .

2.KEWAJIPAN MENEGAKKAN NEGARA ISLAM .
Allah jadikan manusia sebagai khalifah di dunia ini , firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
(AL-BAQARAH : 30)
Khalifah berperanan :
إِقَامَةُ الدِّيْنِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِهِ .
“Menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia dengannya”.
Kerja menegakan agama adalah sunnah amaliah, diberi pahala yang
melakukannya , dan berdosa yang meninggalkannya .

Oleh itu di dalam menyampaikan Islam mrengikut waqi’ yang sesuai ,gunakan فقه الدعوة ,dengan cara lembut , firman Allah SWT yang bermaksud :

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
(AL-NAHL: 125 ).
Dan fiman Allah SWT yang bermaksud :

. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Taahaa :44).
Kita berjuang atas dasar موجهه السلمية .
3.PAS MENYAMPAIKAN ISLAM KEPADA ORANG RAMAI .
a.Menyampaikan kebenaran (hak) .
Kebenaran itu hanya satu –إِنَّ الْحَقَّ وَاحِدٌ لاَ يَتَعَدَّدُ
“Sesungguhnya kebenaran itu hanya satu ,tidak berbilang –bilang “
Di dalam menyampaikan hak hendaklah ada stratigi dan matlamat , maka hendaklah dielakkan :
"Jangan cedera sebelum benar - benar cedera ".
"Jangan mati sebelum benar - benar mati ".
b.Islam ada perhitungan di sisi Allah SWT .

Seorang Islam yang meninggal dunia dalam keadaan tidak syirik
akan mendapat :
(a)Akan dihapuskan segala dosa lalu ia dimasukkan ke dalam syurga
atau
(b)Allah siksa dahulu kerana banyak dosa/maksiat , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.
الحمدلله kita berada di dalam kumpulan orang yang hendak menegakkan Islam dan mendapat hidayah dari Allah ,kerana Allah memberi hidayah kepada mereka yang Dia kehendaki ,firman Allah SWT yang bermaksud:
Allah Yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa
yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus".
(AL-BAQARAH : 142 ).
Dengan itu orang Islam sentiasa memohon hidayah daripada Allah,setiap kali menunaikan solat .Dalam setiap rakaat dikehendaki membaca doa yang terkandung di dalam ayat 6 Surah Al-Fatihah ayat 6 yang bermaksud :
. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
Dengan doa ini kita berharap :
(a)Kekal di dalam hidayah Allah SWT
(b) Jangan Allah tarik hidayah dari kita yang sudah di dalam hidayahNya.
(c) Bagaimana hendak bersyukur ?
Ulamak kata “ Berkerja untuk menegakkan Islam – sayang kepada Islam .tanda orang yang bersyukur , benci kepada Islam tanda tidak bersyukur kepada Allah .Orang lain ukur ikut banyak harta dan hidup mewah , Islam sukat dengan Iman, Kita masuk PAS kerana Iman dan kasih kepada Islam , perlembagaan PAS ialah Al-Quran dan Hadis .
(d) Selamatkan bangsa dengan Islam, firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yangdiberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
(AL-MAAIDAAH : 54)
ISLAM DAN IMAN , RAMAI ISLAM TETAPI BUAT MAKSIAT KERANA TIADA IMAN , IMAN PENTING KEPADA KITA .

Parti Islam ada di seluruh dunia , tetapi tetap ditentang oleh rangkaian yang tidak suka kepada Islam , menuntut kita berjihad , kerana terpaksa menhdapai dua sakrah iaitu الجاهل وحب الدنيا .
Jahil dan suka kepada dunia .Masih ramai yang tidak suka kepada Islam ,maka kita perlu jihad , iaitu buat kerja dengan sungguh –sungguh ,kerana :

لِكُلِّ أُمَةٍ رَهَبَانِيَّةِو لِكُلِّ َرَهَبَانِيَّة جِهَادٌ
Tiap –tiap umat ada pejuang,dan tiap-tiap pejuang diminta berjihad.

Perjuangan kita masih panjang dan sukar ,firman Allah SWT yang bermaksud:

kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(AT –TAUBAH : 42 )
Di dalam ibadat haji kenapa diperintahkan tawaf keliling kaabah tujuh kali , menunjukkan bahawa perjuangan ini akan menghadapi,pusingan yang sukar.
(e) JIHAD MENDAPAT PAHALA YANG BESAR .
Seorang sahabat yang baru masuk Islam bernama Hanzalah telah pergi berjuang ke medan perang , yang mayatnya dimandikan oleh malaikat sabda Rasulullah SAW :

إِنِّيْ رِأِيْتُ الْمَلاَئِكَةَ تَغْسِلُ حَنْظَلَةَ بِنْ أَبِيْ عَامِرِ بَيْنَ الْسَمَاءِ وَالْاَرْضِ بِمَاءِ الْمَزْنِ فِيْ صِحَافِ الْفِضَّةِ .
“Sesu ngguhnya Aku melihat Malaikat memandikan jenazah Hanzalah Ibnu Abi Amir , di antara langit dan bumi dengan air wap dari gumpulan awan di dalam bekas daripada perak
(a)jangan mati sebelum benar –benar mati “.

Wurud Hadis :

Diriwayatkan oleh Ibnu Saad r.a : “Ketika Syaaddad Ibnu Aswad berjaya membunuh Hanzalah r.a , Rasulluah SAW bersabda :”Sesungguhnya sahabatmu (Hanzalah) aku lihat dimandikan oleh Malaikat .”. Lalu sahabat pergi bertanya kepada isteri Hanzalah ,kenapa jenazah Hanzalah dimandikan oleh Malaikat ,isterinya menerangkan bahawa dia berangkat ke medan peperangan dengan keadaan junub ‘ .
Lihatlah betapa besarnya pahala jihad , walaupun Hanzalah belum melakukan ibadat-ibadat khusus dan amal-amal soleh yang lain , ia telah ditempatkan ke dalam syurga Allah SWT.Memanglah besar paahala berjuang di jalan Allah ,Firman Allah SWT yang bermaksud

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar.
(AT-TAUBAH :111) .
Sekian , Wassalam .terima kasih .

No comments:

Post a Comment