Syahadah ialah pengakuan atau penyaksian.Berkata Al Gharib Al Asfahani di dalam kitabnya Almufradat fi gharibul quran “ bahawa syahadah itu ialah perkataan yang terbit dari pandangan hati atau mata .” oleh itu syahadah merupakan satu pengakuan yang dilahirkan oleh perkataan yang terbit dari keyakinan hati , yang bersumberkan ilmu pengetahuan . Maksud syahadah ialah pengakuan keimanan kepada Allah dan RasulNya . Dan ia merupakan rukun Islam yang pertama .sekiranya tidak ada syahadah maka tidak sah keimanan seseorang itu .Sabda Nabi saw :عَنْ أَبِيْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطّّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : بُنِيَ الْإِسْلاَمُ عَلَي خمْسٍ : شَهَادَةِ أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ , وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ,وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ وحَجِّ الْبَيْتِ , وَصَوْمَ رَمَضَانَ . رواه البخاري ومسلم .Ertinya :”Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Umar (r.a) katanya:”Aku dengar Rasulullah saw besabda :Didirikan Islam atas lima (rukun) Syahadah (pengakuan) bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad Rasulullah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan mengerjakan Haji di Baitullah dan puasa Bulan Ramadhan . Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim .Dan sabda Rasulullah saw :عَنْ إِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنْ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوْا أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَيُقِيْمُوْا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوْا الزَّكَاةَ . فَإِذَا فَعَلُوْا ذَلِكَ عَصَمُوْا مِنِّي دَمَاءَهُمْ وَأَمْوًالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الْإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُم عَلَي اللهِ تَعَالَي . رواه البخاري ومسلم .Ertinya :Daripada Ibni Umar r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda :”Aku diperintahkan supaya memerangi manusia hingga mereka mengucap “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ “Bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah , dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka apabila mereka berbuat demikian itu terpeliharalah mereka daripada aku : darah mereka dan harta benda mereka kecuali dengan hak islam dan hisab mereka atas Allah Taala . Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim .Di dalam aqidah Islam tiap-tiap seorang itu mesti membuat pengakuan dengan dua kalimah syahadah iaitu mengaku dan membenarkan dengan hati, menyaksikan dengan lidah, dan melaksanakan dengan anggota.Mengaku dengan hati itu bererti membenarkan dengan sebulat hati dan tidak ragu-ragu lagi bahawa Allah itulah sebenar-benar Tuhan disembah dan memperhambakan diri kepadaNya.Menyaksikan dengan lidah pula ialah melafazkan kata –kata :اَشْهَدُ أََنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِErtinya :Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah,Melaksanakan dengan anggota iaitu mengerjakan segala rukun yang wajib ditunaikan seperti sembahyang ,puasa dan lainnya dan menjauhkan segala larangannya sperti berzina, minum arak,berjudi dan lain-lain.Dua kalimah syahadah itu merupakan dua kalimah agong yang menjadi anak kunci bagi seseorang yang hendak berada di dalam Islam dan menjadi syarat sah bagi seseorang yang memeluk Islam , di dalamnya mengandungi dua tujuan besar :1.Mengaku tentang keasaan Allah yang memiliki segala kesempurnaan dan tidak ada sebarang sifat kekurangan.2.Mengaku bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya utusan Allah yang membawa pengajaranNya kepada manusia , firman Allah Taala Surah al Fath ayat 28 yang bermaksud:(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan ugama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh RasulNya itu).Peringatan :Untuk mengetahui batalnya syahadah cuba lihat kepada atikal bulan OKTOBER bertarikh 1hb.
No comments:
Post a Comment