1.Pengertian kufur.
Kufur lawan iman iaitu orang –orang yang sengaja mengingkari dan tidak mahu menerima akan pekara yang mereka telah ketahui akan kebenaran dengan dalil / alasan yang cukup.
2.Tingkat-tingkat kufur.
(i)Kufur Al-Ilhad dan Al-Juhud (Ingkar & Tidak mengakui Allah).
Kekufuran pada peringkat yang paling tertinggi ini sama sekali tidak mengakui adanya Rabb sebagai pencipta dan pengurus alam raya ini , mereka menapikan semua yang terkandung di dalam rukun iman .Slogan hidup mereka adalah seperti yang dijelaskan Allah di dalam firmanNya :
Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup Yang lain selain dari hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
(Al-An’am :29)
Orang –orang kafir pada peringkat ini adalah mereka yang sesat terlalu jauh, firman Allah SWT :
Dan sesiapa Yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh. (Al-Nisa’ :136 )
(ii)Kufur Syirik .
Kekufuran yang terletak pada peringkat kedua adalah :kufur syirik seperti kekufuran bangsa Arab pada masa Jahiliyah .Mereka mengaku kewujudan tuhan yang menjadikan langit,bumi, manusia , makhluk , dan mengatur rezeki ,kematian dan kehidupan makhluk di alam raya . mengaku tauhid rububiyyah tetapi tidak percaya kepada tauhid uluhiyyah..Dengan menyembah benda-benda ciptaan Allah .
Allah menjelaskan di dalam ayat – ayat berikut :
1.Surah al-Zukhruf ayat 9 :
9. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".
2.Surah al-ankabut ayat 61 :
61. dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah Yang menciptakan langit dan bumi, dan Yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". maka Bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?
)iii)Surah Yunus ayat 31 :
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? atau siapakah Yang Menguasai pendengaran dan penglihatan? dan siapakah Yang mengeluarkan makhluk Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari makhluk Yang hidup? dan siapakah pula Yang mentadbirkan urusan sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) Dengan berkata: "Allah jualah Yang Menguasai segala-galanya! "Oleh itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui Yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?
Syirik adalah merupakan sumber utama tumbuhnya semua perkara – perkara khurafat , karut , dan seumpamanya , dan ia menjerumuskan manusia ke dalam lembah kehinaan dan kenistaan , kerana mereka menyembah perkara –perkara yang dicipta Allah SWT .Firman Allah :
Dan sesiapa Yang mempersekutukan sesuatu Yang lain Dengan Allah maka seolah-olah Dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat Yang jauh (yang membinasakan).(AL-HAJJ : 31) .
3.Kufur Ahli Kitab ,
Kekufuran peringkat ketiga adalah : kufurnya Ahli Kitab daripada kaum Yahudi dan Nasrani , dan kekufuran mereka dari segi pengingkaran kepada kerasulan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa risalah langit yang terakhir ,dan diurunkan kitab suci Al-Quran yang mengakui apa yang terkandung di dalam kitab Taurat dan Inji; dan meluruskan apa yang mereka selewengkan di dalamnya.firman Allah SWT :
dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab suci Yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah Engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa Yang telah datang kepadamu dari kebenaran (Al-Maidaah :48) .
4.Kufur Orang Murtad .
Mengikut pendapat para ulama bahawa di antara jenis kekufuran yang paling yang jahat ialah : murtad , iaitu seorang Muslim yang meninggalkan Islam dan memeluk agama lain .Kekufuran setelah Islam adalah lebih jahat dan dahsyat daripada kafir asli dan semulajadi . Gerakan memurtadkan orang Islam telah berjalan sejak dahulu lagi , firman Allah SWT “:
dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan Yang demikian); (Al-Baqarah :217 ) .
Kemudian Allah SWT menjelaskan tentang balasan dan ancaman orang –orang yang menyahut seruan dan ajakan orang –orang kafir tersebut untuk keluar daripada Islam firmanNya :
Dan sesiapa di antara kamu Yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang Yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya). (Al-Baqarah :217 ) .
Orang Islam tidak boleh membiarkan gerakan memurtadkan orang Islam . Aliran itu mesti dhentikan ,firman AllahSWT :
Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
(Al-Maidaah : 54)
5.Kufur Munafiq .
Di antara kekufuran yang paling berbahaya dan mengancam ketenteraman kehidupan masyarakat Islam ialah kekufuran orang –orang munafiq .Hal ini kerana mereka hidup bercampur dengan orang Islam ,kerana secara zahirnya ia Islam ,tetapi batinnya mereka memusuhi dan membenci kaum Muslimin dan menyokong musuh –musuh Islam .
Kewujudan mereka adalah amat bahaya,Al-Quran membuka dan meyingkap tabir kemunafikan mereka , di dalam beberapa surah , seperti di dalam suarh al – Taubah, Surah Munafiqun dan Surah Al-Baqarah . Di dalam Surah An-Nisa’ ayat 145 –146 menyatakan bahawa mereka akan ditempatkan di dalam api neraka yang paling bawah kerana kedahsyatan dan bahayanya orang munafiq itu :
145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.
146. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang Yang beriman (di Dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar.
Sikap orang –orang munafiq memang pelik ,kerana mereka tidak berani berterus terang untuk menzahirkan kekufuran mereka , ini menjadikan kita sukar untuk menghukum mereka .Mereka sangat licik menyembunyi kekufuran mereka ,supaya dapat bersama dengan orang Islam dan menikam dari arah dalam .Friman Allah SWT :
mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (Al-Baqarah :9) .
3. Perbezaan antara kufur , syirik,nifaq besar dan kecil .
Perkara yang sangat penting untuk diperhatikan disini adalah membezakan antara kufur ,syirik ,nifaq besar dan kecil ,kerana perkara –perkara tersebut tidaklah semua berada di dalam peringkat yang sama , ada yang besar dan ada yang kecil .
a.Kekufuran besar dan kecil
(i)Kekufurab besar :
Ialah kufur kepada Allah dan RasulNya seperti kufur orang komunis,atheis dan anti agama, atau kefur terhadap kerasulan dan risalah Baginda Nabi Muhammad SAW ,seperti kufurnya orang Yahudi dan Nasrani .Firman Allah SWT :
dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An –Nisa’ :115)
(ii)Kekufuran kecil :
Adalah merupakan perbuatan maksiat yang tercela ,walaupun sedikit kadarnya , seperti orang yang meninggalkan solat kerana malas ,bukan kerana ingkar ,mengejek atau menafikan kewajipan solat tersebut .Orang seperti ini mengikut Jamhur Ulamak adalah orang yang melakukan maksiat , walaupun disebut alkufru di dalam beberapa hadis , ia bermakna kufur kecil (maksiat) ,Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad ibn Hanbal :”Pembatas antara kita dan mereka adalah solat, maka sesiapa yang meninggalkannya sungguh telah kafir ,”
b.Syirik besar dan kecil
(i) Syirik besar :
Ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu ,seperti meyembah berhala, memuja syaitan dan lain –lain ,
Ken\musyrikan seperti ini tidak akan dapat pengampunan dari Allah SWT ,kecuali dengan bertaubat kepadaNya seperti dijelaskan di dalam firmanNya :
. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa Yang lain dari itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka Sesungguhnya ia telah melakukan dosa Yang besar.
(An –Nisa’ :48)
ii)Syirik kecil .
Imam ibn Qayyim (r.h) mengatakan syirik kecil adalah seperti riak, mencari pujian dari manusia , bersumpah dengan selain nama Allah, seperti yang dijelaskan oleh hadis Rasulullah yang bermaksud :
“Sesiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah sungguh telah melakukan perbuatan syirik.
c.Nifaq besar dan kecil
Nifaq pun mempunyai dua tingkat , yang besar nifaq tulen , dan yang kecil yang bersifat dengan orang munafiq .
(i)Nifaq besar ;
Nifaq besar ialah nifaq dalam urusan aqidah dan keimanan dan ianya boleh menyebabkan seseorang berkekalan di dalam neraka yang paling bawah .Hakikat nifaq seperti ini ialah “Menyembunyikan kekufuran (didalam hati) dan menampakkan Islam.”
Perkara seperti ini telah didedahkan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah dari ayat 8 hingga ayat 20.
(ii)Nifaq kecil :
Nifaq kecil ialah nifaq di dalam urusan amal dan akhlak .seperti berakhlak dengan akhlak orang munafiq ,seperti hadis Rasullah SAW bermaksud :”Empat perkara apabila kesemuanya berada di dalam diri seseorang maka orang tersebut adalah (berciri)munafiq, dan apabila ada satu sifat sahaja, maka hanya satu sifat nifaq dalam dirinya sehingga ia meninggalkannya : apabila diberikan amanah, ia berkhianat , apabila ia bercakap, ia berdusta,apabila ia berjanji ia memungkiri dan apabila berseteru ia berbuat zalim.”
Dalam riwayat Muslim (r.h) :
“Meskipun ia puasa dan menunaikan solat dan mengaku dirinya seorang Muslim.
4.Ulasan tentang ayat 44 Surah Al-Maidaah :
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ .
Dan sesiapa Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Ayat ini menerangkan kepada kita sesiapa yang tidak menghukum dengan hukuman dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka adalah kafir.Pendapat ulamak tingkat kekufuran mereka itu adalah seperti berikut :
Pendapat pertama :
Mengikut pendapat Fathi Yakan “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM “ Dewan Pustaka fajar . “Beramal untuk Islam adalah wajib dari segi hukum , maka orang yang tidak mengamalkan hukum Islam maka adalah kafir .Berpandukan kepada ayat 44 Surah Al Maidaah di atas.
Pendapat kedua :
Berkata ibn Abbas (r.a) :” Kekufuran dalam ayat 44 surah al- Maidaah bukanlah kekufuran yang memindahkan seseorang daripada Islam ,namun dengan meninggalkan hukum Allah ,ia telah kufur , tetapi kufurnya tidaklah kufur al- Ilhad dan al –Juhud .
Pendapat ini disokong oleh Imam Tawus dan Atha : Kekufuran tersebut lebih rendah dari kekufuran yang sebenar .
Pendapat Ketiga :
Abdul Aziz al-Kannani (r.h)”Sesiapa yang meninggalkan semua perintah dan wahyu yang diturunkan Allah SWT kepada Baginda SAW adalah kafir termasuk menafikan tauhid dan menolak Islam .
Pendapat keempat :
Pendapat yang diriwayatkan oleh Imam al-Baghawi dan beberapa ulamak mengatakan ,”Bahawa orang menghukum dengan hukum berbeza dari undang –undang Allah secara sengaja dan bukan bodoh, adalah kafir “.
Pendapat kelima :
Menghukum dengan hukuman yang selain yang diturunkan oleh Allah ulamak berpendapat mereka itu akan menjadi kufur besar dan kufur kecil
Kufur besar : Apabila yakin memutuskan mrengikut hukum Allah tidak wajib dan ia boleh memilih mana –mana undang –undang .Maka tindakan ini kufur besar .
Kufur kecil : Ia yakin akan kewjipan menjadikan undang –undang Allah pada sesuatu perkara , kemudian ia meninggalkannya, walhal ia yakin akan mendapat dosa dan seksa, maka tindakan ini adalah kufur kecil .
5.Penutup
Dengan keterangan yang saya paparkan berpandukan beberapa kitab karangan ulamak mu’tabar , maka dapatlah kita membezakan di antara kufur tulen dengan kufur nikmat
Salam hormat dari saya :
Ustaz Haji Zakaria bin Haji Omar
6.Rujukan
1.FIQH AL-AWLAWIYYAT (fiqh keutamaan)
satu kajian baru dari perspektif Al-Quran dan Al-Sunnah .
PROF.DR.YUSUF ABDULLAH AL-QARDHAWI .
2.Tafsir Pimpinan ar –Rahman kepada pengertian Al-Quran , Darul Fikri Kuala Lumpur .
3.APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM .FATHI YAKAN .DEWAN PUSTAKA FAJAR .
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
3 days ago
No comments:
Post a Comment