SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, October 11, 2009

ISTIQAMAH DI DALAM BERAMAL

Istiqamah ialah : Mejalani jalan yang lurus
( الصراط المستقيم )Jalan agama yang lurus tanpa sebarang liku -likunya .ia meliputi segala perbuatan taat yang zahir dan yang batin ,juga meninggalkan segala larangan,ini semua erti istiqamah ,ia itu kelurusan yang tetap di dalam melaksanakan amal.
Firman Allah Taala dalam surah Fussilat ayat 30:

إِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اَسْتَقَمُوْا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوْا وَلاَ تَحْزَنُو وَأَبْشِرُوْا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوْعَدُوْنَ

."Sesungguhnya orang -orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: " Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul,akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham) : " Jangan kamu bimbang ( dari belakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu ) dan janganlah kamu berdukacita,dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu
.
Di dalam ayat di atas menyatakan kepada kita mereka yang mengatakan " Rabb kami adalah Allah " bermaksud mengaku Allah dalam bentuk Rubbubiyah dan wahdiniyyat (keasaan) .,kemudian mereka beristiqamah , iaitu mereka teguh pendirian, lahir dan batin dengan cara mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan sehingga mati. Malaikat akan turun kepada mereka iaitu malaikat Rahmat akan turun ketika kematian atau ketika bangkit dari kubur,yang mana malaikat ini sebagai penghibur dengan berkata " Janganlah kamu takut " yakni jangan takut mati dan perkara-perkara yang berlaku selepas mati " jangan bersedih hati " tidak perlu bimbang terhadap kaum keluarga yang ditinggalkan kerana malaikat adalah sebagai pengganti ," Bergembiralah dengan syurga " oleh itu hendak bergembira kerana mendapat balasan syurga yang penoh nikmat dan bahagia yang abadi ,yang tidak pernah dilihat oeh mata , dan di dengar oleh telinga dan tidak terlintas di hati." yang telah dijanjikan kepada kamu " yang mana telah disebut di dalam Al Quran . "Kamilah penolong - penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat "
Para Malaikat akan melindungi orang yang istiqamah waktu di dunia dan mereka akan bersama menyertainya hingga masuk syurga .

Di dalam surah Al Ahqaaf ayat 13 - 14 adalah sama dengan ayat -ayat di atas .yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang -orang yang mengatakan Rabb kami ialah Allah kemudian mereka tetap istiqamah,maka tiada ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula ) berdukacita .Mereka itulah penghuni -penghuni syurga ,mereka kekal di dalamnya ,sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan ."

Dari kedua ayat di atas (ayat 30 surah fussilat dan ayat 13 -14 Surah Al Ahqaaf ) dapat diketahui bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tentang pentingnya istiqamah dan juga hasil dari istiqamah itu yang dibuktikan dalam bentuk ucapan dan perbuatan .Di dalam ayat lain Allah berfirman di dalam Surah Hud ayat 112 yang menyuruh kita melakukan istiqamah :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ

" Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar ,sebagaimana diperintahkan kepada kamu dan (juga ) orang yang telah taubat berserta kamu dan janganlah kamu melampui batas.sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan ".

Pentingnya istiqamah dijelaskan oleh beberapa hadis di antaranya sabda rasulullah SAW :


عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبدالله رضي الله عنه قال , قلت يا رسول الله
قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك , قال : قل أمنت بالله ثم استقم - رواه مسلم
" Dari Abi Amru dan ada dikatakan pula dari Abi Amrah Sufian bin Abdullah Radiayallah anhu katanya :,kataku,Ya! Rasulullah ! katakanlah kepada aku tentang Islam satu perkataan yang tidak aku tanyakan lagi daripadanya akan seseorang yang lain daripada engkau.Sabdanya : Katakanlah "Aku beriman kepada Allah , kemudian hendaklah engkau beristiqamah ..( Riwayat Muslim )

Istiqamah yang dikehendaki Rasulullah pada hadis di atas ialah ketekunan dan keteguhan dalam iman menuruti tuntunannya,pengertian dan hakikatnya pada bila -bila masa.tetapi istiqamah itu tidak mungkin ujud pada seseorang kalau hatinya belum dapat dibersihkan dari unsur -unsur yang menudainya atau yang mengganggu tauhidnya.sehingga ia menjadi mukmin yang setia .Sebab istiqamah walaupun kesannya dapat dilihat pada amal,tetapi sumbernya adalah dari kelurusan hati di atas tauhid yang berpandukan kepada ayat :

إِنَّ الَّذِيْنَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اَسْتَقَمُوْا

Inilah yang ditafsirkan oleh Saidina Abu Bakar As siddik Radiayallah anhu kerana mereka yang telah beristiqamah yang lurus pada jalan tauhid yang kekal menurut falasafahnya tidak lagi mahu berpaling kepada yang lainnya.Hati yang telah tegak dan lurus atas dasar ma'rifat Allah, memulia dan menyanjung tinggi kehibatanNya dan kebesaranNya .Mempengaruhi segala anggota untuk memberikan sepenuh ketaatannya kepada Allah,hati adalah raja,kalau ia betul maka betul segala anggota yang lain,bila hati telah istiqamah maka istiqamah anggota yang lain .

No comments:

Post a Comment